Search This Blog

Loading...

Tuesday, May 21, 2013

Fidyah puasa

ini menu berbuka semlm. dan ini jugak menu sahur aku semlm.
alhamdulillah, ganti puasa dah nak habis. esok last. day. yayyyyyy.. pastu raya.. hihi.. minggu ni klau blh nak puasa terus. esok klau xda apa2, nak puasa juga. sehari je lagi kak yahhhhhhhhhh.. minggu lepas puasa jugak, tapi pkul 3 camtu aku period. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. kenapa kau tak datang pkul 11 ke pkul 8 pagi ke? sesia aku tahan lapar. ehh?

gigih la semlm balik keja, masak laju2. simple2 cukup. sayur campur+udang dan ayam goreng rempah. dan, sambal belacan harus ada. penambah selera yee.. utk amni buatkan dia nasi goreng. bg dia mkn dlu, sebab pastu mak nak melantak pulak. klau tak, xsenang la aku nak berbuka dan menikmati makanan.. huhu..

sabtu lepas aku dah setel bayar fidyah puasa. alhamdulillah..

tau apa itu fidyah puasa?

meh aku kongsi sket..

Fidyah Puasa

Pengertian

Fidyah adalah tebusan yang wajib dikenakan untuk menebus atau membayar perkara-perkara yang makruh dan haram ke atasnya (yang telah dilakukan).

Hukum Syarak

Terdapat beberapa pecahan mengenai hukum orang-orang yang meninggalkan puasa dan yang berkaitan dengan fidyah seperti berikut:

Wajib Qada

  • Orang yang sedang sakit dan sakitnya akan memberi mudarat kepadanya atau bertambah lambat sembuhnya.
  • Orang yang meninggalkan puasa sewaktu belayar atau musafir kira-kira 2 marhalah, yakni dalam lingkungan 90KM.
  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak dan khuatir dirinya menjadi mudarat.
  • Orang yang sedang haid atau nifas.
  • Orang yang terlalu lapar atau dahaga yang boleh membahayakan dirinya.
  • Orang yang batal puasanya kerana salah satu sebab yang membatalkannya.

Wajib Qada dan Membayar Fidyah

  • Ibu yang hamil atau menyusukan anak, sekiranya hanya khuatir anaknya menjadi mudarat.
  • Orang yang berhutang puasa yang belum dijelaskan sehingga timbulnya Ramadan yang lain.
    Jika lewat qada puasa hingga datang bulan Ramadan yang lain wajib membayar fidyah secupak pada tiap-tiap hari puasa yang ditinggalkan, dan jika lewat 2 tahun, melewati dua kali Ramadan, wajib berfidyah sebanyak dua cupak dan begitulah seterusnya di samping wajib mengqada puasa itu.

Tidak Wajib Qada Tetapi Wajib Fidyah

  • Orang sakit yang tidak berdaya untuk berpuasa dan harapan sembuh sangat tipis.
  • Orang yang lemah kerana sudah tua dan tidak mampu lagi untuk berpuasa.

Wajib Qada atau Fidyah

  • Waris bagi orang yang meninggal dengan ketiadaan uzur sebelum mengqada puasanya.

Tidak Wajib Qada dan Fidyah

  • Waris bagi orang sakit atau musafir dan meninggal dunia sebelum mengqada puasanya.
  • Kanak-kanak.
  • Gila.
Wallahua’lam

sumber



dah lama tertangguh2, akhirnya sabtu lepas dah langsai. tak ada la terasa di awang2 lagi pasni. hihi.. harap2 tu fidyah aku diterima. amin.. fidyah ni utk puasa yg aku tinggal masa mengandungkan amni. 18 hari oke!! the rest aku puasa la. hujung2 mmg merangkak la.. pasni nak peknen pulak ,kena edjas sket. xsanggup woo duk dlm pantang masa raya. azab oiiiii

memula pak mentua aku suh g baitulmal je, bayar kat sana senang. tapi ai is malu u know.. muda2 lagi sudah kena bayar fidyah. tuhan bagi setahun utk ganti puasa, apa yg ko buat haaaaa.. xsempat ganti derr.. try jugak puasa, time tu masih bf amni. end up melepek aku letih. tahun lepas, dah setel ganti puasa utk 2011 tu. tinggal fidyah jelah. tangguh2 kang masuk ke ramadhan pulak, berganda fidyah tu nnt. so, marilah kita tunaikan kewajipan. eh, ada org xtau yeh pasal ni. ada jugak fahaman2 yg salah pasal fidyah dan ganti puasa. ada yg kata puasa akan jadi berganda klau tak digantikan pada tahun yg sama. no no no.. puasa tak bertambah, tapi fidyah yg bertambah yeee.

cemana nak kira fidyah?

haaaa.. klik sini..

tapi tidak ku paham gimana mau guna.. hahahaha.. yg ku tahu, sehari tinggal puasa sama dengan secupak beras. 18 hari, so kena ada 18 cupak beras. tapi aku xbg beras. aku bayar guna duit. kira berapa harga 18 cupak beras tu, then convert ke duit. aku bayar kepada jiran aku. dia bukan org senang, then now xsihat and xleh keja. lagi prefer bg duit kut. klau g baitulmal pun, bayar dengan duit jugak. so, aku bg dia je. niatkan fidyah and the rest klau ada, kira sedekah. selesai.

korang2 ada ke yg kena bayar fidyah? klau ada, jgn tangguh2 ye. tu hutang kita dengan Tuhan. klau dengan orang blh la nak mintak2 halal kan? lagipun ini hukum. ada yg berhak ke atas hutang kita tu. xbanyak pun, and xjatuh miskin pun kita klau bayar fidyah ni. so, sesama la kita tunaikan yeh

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...