Search This Blog

Tuesday, May 07, 2013

Keperluan anak

dah ada anak ni, keperluan anak menjadi keutamaan. dlu2 sebelum kawin atau sebelum ada anak, nak beli apa, beli ja tanpa pikir masa depan. duit habis ke nnt, sempat ke nak tunggu gaji pulak. xda duit mintak kat mak bapak, xpun minta kat laki. auchhhh.. mintak kat laki ok la tanggungjwab dia kan, mintak kat mak bapak tak kut. dah keja lagi nak minta duit kat mak bapak kan??


now, nak buat apa2 akan pikirkan ini budak dlu. nak beli apa, nak g mana, nak cakap apa pun kena pikirkan pasal kenit nih. nak2 klau nak shopping. nnt cukup tak duit nak beli keperluan amni. kena berpada2. dah ada anak ni, org tua2 kata simpanan  kena ada. tak bnyk, sket pun jadilah. kena menyimpan. utk sakit demam diorg. bukan minta diorg sakit, tapi sakit nak datang bila kita xtau. walaupun sekarang ni ada insuran bagai, blh pegi hospital kerajaan yg xkena bayar, tapi kita nak bg keselesaan utk anak kita kan?


buat masa sekarang, ini keperluan terpenting utk amni. diapers dan susu. susu dr duit bapaknya. dpt jek gaji, laju2 aku mintak duit susu amni. kita share2 yeh utk keperluan anak ni. xbnyk, sorang sikit pun xpa. tapi aku tau, rata2 kat luar sana, slalunya keperluan anak, mesti mak yg lebih kan? yelah mak mesti  lg tau apa nak beli utk anak. bapaknya hulur awal bulan jelah, hujung2 klau ada yg xcukup, maknya jugak la kena top up. that's y, bl laki aku dpt gaji, beli terus susu amni utk sebulan. klau xcukup pun dah hujung2 tu kita tambah sebungkus je sebelum beli stok baru. aku akan make sure stok susu paling kurang ada 2 bungkus kat umah. klau pengasuh bgtau susu habis, xdak la menggagau nak g bli. ambik stok kat umah saja.
bila susu dan pampers dah cukup utk stok sebulan, so mama xda la risau sgt klau nak terlebih shopping nnt. hehehe. bukan apa, maknya sronok beli baju, beli tudung, kang anak xcukup susu pulak.. xsanggup wooo..

now amni minum susu Fearnleaf 1+. dlu, since baby, minum susu S26 sampai umor 1y5m. masuk setahun kita tukar S26 ke step 3. alhamdulillah, dia ok. dah 5bln minum, nampak mcm dia slalu minum xhabis. ada 1 masa, dia kurang minum susu. kurang makan, and nampak muka dia susut sket. mak is worry okeh! doc kata maybe dia kena cacing. so mkn ubat cacing for the 1st time. then, tok mandi dgn air daun apa ntah utk buang cacing. pastu aku tukar susu. pikir maybe dia dah jemu sebab rasa yg sama dr kecik kan? 1st aku try dumex. sebotol jek, pastu trus reject. aku rasa pun xsedap. hehe.. pastu try ducth baby. reject jugak. then ambik ducth lady 1++ pulak. eh, dia suka. minum bnyk. mama dah syok dah. yelah, S26 tu mahal bule tahan. dah tukar ke step 3 tu murah sket la. tu pun jenuh pusing cari kedai mana murah. sebulan duit susu jek dah 200++. bl amni suka ducth lady tu, wawaaaaa, mama dah syok. dlm 10hari minum, dia sembelit teruk. menangis2 nak berak. kesian sgt tgk dia. pengasuh pun cakap mcm tu. then kita back to S26. papa dia pun kata xpyh kasik dutch lady lg dah. biarla mahal pun, janji dia ok. minum S26, amni baru 3 kali demam. syukur la antibodi dia kuat walau dia premature kan? dia bf sampai umo 10 bulan. pastu mama try bg fearnleaf pulak. pun amni suka, dan xsembelit! yay!! minum pun banyak. muka dah chubby balik. makan nasi pun dah berselera sket skang ni. sebulan, dlm 5 paket susu sekarang ni. paket yg 900g tu. klau duk umah pengasuh xkuat sgt minum susu sebab asyik main. klau duk umah dgn mama, asyik main pun, cukup 2-3jam camtu, mmg aku bg dia minum. dia pun dah pandai mintak.
bajet susu amni now dlm RM100 jek klau bli 5 pek. dlu masa minum S26, sebelum tukar ke step 3, teruk sket la. bl dia brenti breastfeeding, bertambah sket kos. tukar ke step 3, haa, murah sket. sekotak 1.2kg dapat RM36. sebelum ni, sekotak RM59 camtu. sekarang ni beli susu fearnleaf kat tesco, baru RM17.90. muuurahnyaaa...
tapi nak bg amni sihat, nak bg amni mkn, bnyk mana pun mama xkisah.. kan?

tu keperluan paling utama. next is diapers. kulit amni sesuai dgn Drypers, PetPet dan MamiPoko. siang, pakai drypers. mlm pakai mamipoko. aku try jugak bg pakai drypers waktu mlm. seminggu jugak try sbb mamipoko habis. tgh mlm kena tukar. klau tak, bgn subuh confirm bocor. kena pulak amni tdor meniarap. habis dgn baju skali basah. klau mamipoko, pakai pkul 10mlm, sampai pkul 8 pg esok, masih ok walau dah selambak dah diapers tu. beli diapers dia tgk kepada sale kat supemarket. mana murah aku grab. xkisah la petpet or drypers. xpun, g beli kat farmasi cina kat alor star. situ mamipoko murah gila. pek L30++ tu baru RM30.90. mana nak dapat derrrr.. petpet pun sama. RM32 ringgit saja yg pek L60 tu. farmasi tu smua murah. dlu susu S26 duk beli situ jugak selain padang besar. murah bnyk. pernah try diapers lain. yg mahal and yg lagi murah. xsesuai. pakai 2 hari jek, habis merah2. menanagis2 dia pedih. mahal pun klau xsesuai dgn kulit dia nak buat cemana kan?

dah setel bab susu and diapers, baru leh pikir nak beli yg lain utk amni. like baju or toys. baju aku tgk jugak. klau ada sale, aku beli. klau nak g memana or raya, nak jugak pakai yg baru kan? tapi baju jln amni xbnyk sgt. nak g memana baru aku beli. slalu beli baju pakai hari2 la. masa baru beli tu pun kira baju baru la kan? blh je pakai jalan klau takat nak g alor star tu. pastu kita blasah pakai hari2 la. baju dia pun xdak mahal2 aku beli. baju hari2 tu slalunya bawah 20 hengget la. xkoser nak beli yg mahal. lagipun diorg cepat besar. pastu klau kena kotor ke apa, mula nak meroyan sebab baju tu mahal. hehehe.. pada aku sehelai 50 hengget pun dah mahal. diorg kecik lagi, bukan tau pun baju tu mahal ke murah ke. pada aku, selesa pakai, elok, no hal. baju mama pun selai 50 hengget, baju amni yg kecik conet tu pun 50 hengget. wohohoho.. tgk kepada keadaan la nak beli baju kat anak ni. klau sale, longgok2 pun aku blasah je. ada jek yg branded like annakku, pigeon, disney. bila sale kan murah, so kita grab bnyk2. org lain aku xtau la kan? aku gaji seciput jek, so kita belanja berpada2 sudahhh..

now amni dah besar, mak bapak gila beli toys pulak. tapi masih dlm kawalan. kat kedah perlis ni ada kedai2 yg jual mainan best, harga pun 10-20 hengget. mampu milik. dia main, kasar, rosak, mak pun xsakit hati kan?

pada aku, dari kita habiskan duit, beli baju, beli toys, merapu meraban, baik kita saving utk masa depan dia. sementara anak baru seorang bak kata mak aku. kang dah berderet2 nak simpan 10 hinggit sebulan pun susah. tu pun keperluan jugak. mommies kat luar sana cemana yeh?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...