Search This Blog

Monday, May 06, 2013

Pilihanraya pun raya jugak. sebab tu meriah!

pilihanraya dah habis. result pun dah tahu. nak tau, klik sini. tahniah kepada pemenang. kepada pengalah ( bak kata vince AF1 ), jgn marah2. adat bertanding, ada yg menang, ada yg kalah. terima kekalahan dengan hati terbuka. mungkin blh diperbaiki pada masa akan datang. kepada pemenang, jgn terlalu selesa. besar amanah yg akan dipikul. harapan rakyat yg  telah memilih ni supaya pemimpin2 baru dan yg lama akan terus bekerja dgn sebaiknya. tunaikan apa yg dijanji, menjaga kebajikan rakyat, dll yg dijanjikan sebelum ni.

tahun ni peratusan mengundi meningkat. baguslah kan? rakyat semakin bijak memilih.. cuma harapan aku, bangsa melayu akan lebih bersatu lepas ni. jgn biar bangsa lain mengambil hak kita dan menguasai kita..

ahad pagi, smua ada kat rumah. sronok! mcm raya pulak. umi kata raya jugak lah, pilihanraya.. :-). pagi2 umi dah buat nasi lemak. oh heaven klau duk umah mak kan?

abah pagi2 dah keluar. membuang undi. kami smua baru bgn tdor, dia dah kluar. bagus tak abah saya? heheh.. dlm umah tu, kami berempat blh mengundi. abah, aku, ciklan (abang) dgn dikwan (adik). pizah xsempat daftar.. apa pun xboleyy

pkul 10.30, aku pulak keluar mengundi. abah bawak, g dgn motor lah senang. sekangkang kera ja dr umah. abah dgn ciklan mengundi kat Perlis, parlimen arau, dun guar sanji. diorg xtukar pun. dlu kan kami duk perlis. aku ngudi kedah. parlimen jerlun dun siputeh.

aku kena buang undi kat Mada Batu 4. situ xramai org sangat. dikwan sama parlimen and dun dgn aku, tapi kena kat skolah. pun xjauh dr umah. pusat jek xsama. klau tak leh g sama. nak g sensorang kang xtau hala plak umi kata, so abah hantar.. ailebiu la abah! pas bwk aku, bwk ciklan, pastu bwk dikwan pulak. last2 abah yg terbongkang lena, letih!


khemah SPR. aku xsinggah dah. masuk terus. sebab dah dpt slip details utk mengundi. BN kawasan tu yg print and edarkan. abah g ambik siap2, senang. ada slip tu lagi mudah sebab no saluran and no siri dah ada. masa nak semak kat dlm bilik mengundi, cepat sket.


kat situ ada 3 saluran. saluran 1 & 2 utk warga tua. saluran 3 utk org muda. aku buat kesimpulan gitu. sebab saluran 3 ni kat tingkat atas and rata2 yg duk beratur adalah 40 thn dan kebawah. adalah aku kenal sorang 2. kat saluran 1 & 2 mostly adalah org tua. baguslah, xpayah diorg panjat tangga kan? tapi kesian pulak, walau kat bawah ianya adalah panas.


sini xramai sgt. time aku pegi ni adalah kat depan aku dlm 20 org. aku beratur tu dlm 15mnt gitu. ok la kan? tgk kat blog2, ada yg beratur sampai 2 jam nak mengundi.. dgn hujannya, panas terik.. phewww.. iolls, cepat je :)


sana tu saluran 1. ramai jugak. saluran 2 xdak org pun. cepat je sapa yg gi sini. bagus spr.. tapi ada jugak yg aku dgr, ada yg buat kat tingkat atas utk semua saluran. sian kat org tua yg sakit lutut tu smua. nak panjat tangga kan ? kena tgk balik la utk penambahbaikan masa depan.


dah setel, abah ajak singgah kat bilik gerakan kejap. nak claim duit katanya. eh eh? ada ke? utk anak2 kedah yg balik mengundi, semua dapat. asal luar dr kawsan mengundi, ada la imbuhan sket. syiok2.. tunggu punya tunggu, nan hado. duit habis. tgg dr alor setar ke mana ntah hantar pulak. so, kita balik dlu lah..

klau xsalah, negeri lain pun sama jugak. abang aku mengundi kat perlis pun dapat. xdak la banyak, tapi lepas la klau nak buat tambang bas. dikwan dpt paling bnyk. aku? ptg tu g pulak pun tak dapat. banyak bilik gerakan yg duit dah habis. nnt diorg bgtau lain katanya. xpa, aku tak terdesak sgt, xjauh mana pun aku blk mengundi. tu tanggungjawab saya utk negara.. ecewahh


replika depan bilik gerakan. kreatif sungguh. klau hantar g universiti, asah bakat sket, buleh jadi enggineer nih. mcm2 jenis ada. abang aku rajin, round2 melawat kawasan and ambik gambar. roket la, kreta kebal la, mesin padi la, macam2 adoo


hari ahad tu bak kata cousin aku, hari mengupload gambar jari sedunia. pesbuk, istag, penuh dgn gambar jari sesaja. aku 2 hari xbuka pesbuk. cemuih. mcm2 hal ada. smua pasal nak pilihanraya. sudah2 lah.. mcm2 cerita pasal dakwat kekal ni pulak. ada yg tanggal, ada yg xtanggal. ntah,  malas nak ambik pot. hr ni aku punya dah tanggal. aku xbesungguh2 basuh pun. biar natural jek. ciklan punya, pas mengundi, terus basuh dgn sabuh basuh baju, yg serbuk tu. clear la. tapi celah2 jari ada sket lagi. abah punya, xkluar walau celup dlm petrol. laki aku punya pun sama. xtanggal pun walau tonyoh2 sket. yg tu kena tanya spr. jgn tetiba nak salahkan anwar ibrahim pulak..

blk umah aku, check jari incik suami. kut2 kat jari dia lain pulak. tetiba ada cat 3 jari kaler merah.. haaaaaaaa..... tu dah lain dah tuuu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...