Search This Blog

Tuesday, June 18, 2013

Amni setahun 9 bulan


 
Amni dah setahun 9 bulan. means 21 bulan sudah. tak lama lagi nak 2 tahun. yay! papa sila alert. awak slalu bantai jek brapa umo anak.
ikut bulan islam, 1 syawal dah cukup 2 tahun la sebab aku beranakkan dia sehari sebelum raya.. hujung ramadhan dah.

perkembangan dia? huii.. xtercerita kut. kena pulak aku tinggal dia lama kan kali ni? jumaat, 31 may, pagi2 dah hantar g umah tok. selasa, 4 jun baru aku balik. pastu ahad, 9 jun pagi2 lagi dah kena tinggal. aku kursus kat Intan Bukit kiara pulak. sabtu pagi 15 jun baru sampai umah.

hari sabtu tu huii, syok buat drama. lama kan xjumpa mama. dah la tinggal umah lama, banyak la keja umah kena buat. pfffff...
pagi sabtu tu badan aku xberapa nak sihat tapi gagahkan jugak la. yelah, tengok ke tahi cicak bertempek2 penuh rumah, baju penuh bakul nak kena basuh, sawang labah.. huii.. semak! pkul 10, siap mandi, makan, marilah kita mulakan kerja. mujurlah cuca panas elok. sebelum tu kan hujan ja 2,3 hari. alhamdulillah, baju aku 4 mesin, smua kering. legaaaaaaaaaaaa...

budak kecit tu kan, dah la kita sebok, dia lagi laaaaaaaaaaaaaaaaa sebok. aku duk sapu sampah ni, dengan habuknya, dengan taik cicaknya, sebelah tangan pegang penyapu, sebelah tangan pimpim dia. kejap2, " mama, nak gang" ( nak pegang tangan ), "mama, lukkk (nak peluk), "mama nak ayang" ( nak sayang), so mama layankan jelah. marah kang sentap pulak. slalu, sejam tu habislah sapu keseluruhan rumah. kali ni mau dekat 3 jam baru sudah. dah lah kena tarik2 sket sofa smua kan. dengan amni yg kejap2 nak pegang, nak sayang, nak peluk. haishhh.. bunyik kucing ke ayam ke, " mamaaaaaaaaaaaa, akut, nak lukk".. yelah2, mama peluk. geram jugak sebab kita nak habiskan kerja cepat2, sian dia kang habuk, dia plak nak berkepit. tapi syok sangat! rasa mcm ohhh, kamu sangat pandai mengambil hati wahai anak. aku pun layan, peluk, sayang, pegang, sayang smua tu. kadang2 lagi over dari anak. siap gomol2, kiss2.. lama xjumpa anak kann?


ajaran syiah mana yg ko ikut ni nakkkkkkkkkkkkk? haiyoo.. pagi2 tadi elok la pakai baju kembang2 bagai. dah tgh hari, jadi gini lah. kan ke panas, aku duk menyapu, dia sebok nak mengendeng. last2 aku tanggalkan tinggal spender jelah. aku duk simpan2 baju, tudung kat bilik sebelah, dia masuk jumpa tudung, sebok nak pakai. lama plak tu pakai sampai berpeluh2 xmo buang... haiyooo anak.. rajin kau xbertempat la pulak..

ok, ni feeling habis. bapaknya tgk gambar ni gelak sakan. dia tgk kami duk sandar kat situ. pastu pejam2 mata. pastu tekan2 butang. dia pun buat sama padahal xtau pun apa benda alah tu. hahahahhah.. tu urut blakang  nak oiii..


kan dekat 2 minggu dia stay umah tokwan. manjanya kemainnnnnnnnnnnnnn.. ni masa aku baru balik dr bandung. yg rajin melayan and langsung tak marah adalah tokwan@abah. amni pun ngada sungguh klau abah ada. ni aku marah sket kut. beriya menangis g kat abah. sambil nangis sambil panggil abah. aku marah suh diam, tutup mulut. dia tutup mulut dgn tangan tapi tetap menangis. lawok hoi anak...

tinggal sana lama, mcm2 akai dah bule. mulut tu toksah cakap lah.. bila tanya mama g mana, dia jawab "mama p donnnn".. hahahaha.. pastu pandai ejek tok cakap. apa tok kata, kadang2 dia ikuttt je. tok kata " amni cakap banyak, potpetpotpet". dia cakap balik, "potpetpotpet". lawak giler! abah ajar lagi xbley blah. bila kita kata "amni cepattt". dia jawab pe tau  "nanti catttttttttttttt".. T______T

amboihh.. kemain ko nakk. silang kaki bagai.. hihi.. nnt2 update lagi pasal perkembangan amni yeh.. ai is bizis..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...