Monday, July 29, 2013

Energy enhancer di bulan puasa

kemain tajuk entry kak yah yeh.. omputih sangat.. padahal nak bgtau penambah tenaga je pun... hahah..

bulan puasa, haruslah melembik sesaja kan? jgn kata org lain, aku pun. pkul 10 pagi, perut dah menyanyi dondang sayang bagai dah. pukul 12, kluar habis lagu rock smua. pastu muka smua sayu je.. sket lagi, lekat lah muka kat meja.

rasanya, ramai yg ambik makanan tambahan bila bulan puasa kan? yelah, utk tambah tenaga sket. ater, dah tak mkn siang kan?

aku pun sama jugak. ada jugak makanan tambahan. tapi ini bukan sebarangan. mampu milik insyallah...

apa yg kak yah makan???

mudah je nak cari. nak2 bulan puasa ni smua org carik. bulan tak puasa, kadang2 susah nak jumpa. tapi kat umah aku, sepanjang tahun ada..

apakah diaaaa?






 yusoff taiyobbbbbb.. bisik2 sikit yeh... hihi...


"Barangsiapa memakan 7 biji buah kurma sebelum sarapan, maka tidak ada sihir ataupun racun yang boleh mengganggunya pada hari itu." (HR Al-Bukhari)
"Sebaik-baik sahurnya seorang mukmin adalah dengan kurma." (HR Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi. Sanad hadith ini sahih.)
"Adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam berbuka dengan kurma basah (ruthab), jika tidak ada ruthab maka berbuka dengan kurma kering (tamr), jika tidak ada tamr maka minum dengan satu tegukan air." (HR Ahmad, At-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah. Sanad hadith ini sahih.)

aku tak minat sgt kurma nih. dlu2 masa zaman skolah menengah, aku duk asrama. bila berbuka haruslah ada kurma. pihak kantin kasik kurma yg jenis basah tu. mmg aku xlalu langsung nak mkn. time tu kasik la banyak mana pun kurma, mmg aku xmakan. bajet kurma adalah tak sedap. sebab dah terbiasa dihadapkan dengan kurma basah. abah aku pun slalu beli yg jenis basah tu. rupanya kurma kering tu dulu agak mahal yeh? apa nak buat, dlu2 tak mampu kan?
now dah tua2 ni, dah tau khasiat kurma, dah ada duit nak beli, aku beli kurma kering. haaa, yg tu aku boleh mkn. klau yg jenis basah tu, mmg xleh masuk mulut.  terpaling suka jenis ni la. tapi aku bukan addict sgt. skali mkn, sebijik je. lebih mmg tak. sebab aku bukan pencinta kurma. tapi klau abah dgn laki aku, skali hadap bule habis setangkai. kadang2 bule bergaduh dgn laki aku sebab dia telan habis sekotak kurma. aku baru mkn 3,4 bijik, tgk2 kotak dah kosong. yelah, aku mkn sehari sebijik je, dia sehari setangkai.

bila puasa, haruslah ada kurma ye dok? utk berbuka aku jarang2 berbuka dgn kurma. togok air dlu, pastu kuih, pastu nasik. kurma terus lupa. hahahah.. tapi utk sahur, harus makan! aku perasan, bila aku sahur and mkn kurma, esok pagi, penghadaman aku adalah bagus. dan aku rasa bertenaga compare dgn aku tak makan kurma. bila tak boleh puasa, aku lagi letih walau bule mkn. tapi dah nama bulan puasa, takdalah nak makan beriya2 dok? klau bulan puasa, berlambak lah yusof taiyoob ni, klau bulan tak puasa, susah sket nak dapat. so aku beli yg jenis timbang tu. mariami ke, rotab ke, apa ke nama lagi ntah. selalu ada la kat umah aku kurma ni. skang ni tak mahal pun, pastu melambak2 dah. pokok kurma pun dah ramai yg cuba tanam. tapi tulah, tak dapat lah mcm kat mekah sana ye dok?

dulu masa mengandung, walau tak lalu mkn, tapi utk kurma and kismis aku gagahkan jugak lah. busuk2 telan jugak lah sehari sebijik. pikirkan khasiat yg akan dapat tu. rasanya smua org tau khasiat kurma yeh? tak tau, sila google..
amni pun aku ajar mkn kurma. tapi secara tidak langsung. klau kasik kurma, mmg takdanya nak makan budak tu. aku buat puree and letak dlm makanan dia. buat sup, letak puree kurma, buat nasi goreng, pun letak puree kurma. mkn roti, jam dia puree kurma tu  jugak lah. sampai skang ni, puree kurma tak pernah putus dlm peti ais aku utk stok amni.

korang2 makan kurma tak? makanlah walau sikit. bukan setakat ianya makanan sunnah nabi kita, tapi pikirkan khasiat kurma yg akan kita dapat. tak suka, makan sebiji, suka makan 3, sedap sangat, makan 5. tu antara adab nabi masa makan kurma, makan dlm bilangan ganjil. kak yah makan sebijik je.. hihi....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...