Search This Blog

Loading...

Tuesday, July 23, 2013

Menu berbuka and also for sahur..

dah 14 hari eh kita puasa? esok dah 15, separuh bulan dah.. kejapnya kan?  mula2 puasa, sementara nak biasakan diri, aduii, azab je rasa. blm separuh hari, perut dah krok krek krok krek. melembik je masing. dah lepas seminggu, now dah stabil. puasa 2 bulan pun kak yah ok je.. eheh

sebenarnya, aku dah 4 hari xpuasa masuk hari ni. laki aku semlm baru tau. tu pun aku bagitau sebab dia duk berleter kata aku melambat solat. lepas berbuka, aku duk ilex2 baca novel dlm bilik. ecewahhh.. syok leh berleter kat bini sebab lambat sembahyang. slalu aku duk berleter ke dia kan? bule dia xperasan aku xleh smayang. hehehe.. pandai dok aku berlakon sampai 3 hari dia tak tau. bulan puasa ni, lepas berbuka, smayang maghrib gilir2 la kan dah ada amni. pas smayang, slalu aku baca quran sementara nak tunggu isyak. klau g buat keja lain, alamatnya masa sahur nnt la aku smayang. nak bg perut reda sket, moh le kita mengaji. nak g terawih kat masjid xdapat, kita buat amalan lain. alhamdulillah, klau berbuka kat rumah, mgg aku tak miss lagi mengaji. so, bila aku xleh sembahyang, aku masuk bilik, mandi pastu duk belek jerawat depan cermin. laki aku ingat aku smayang gamaknya. aku pun saja tak bgtau nak tgk dia perasan ke tak. rupanya tak perasan. yelah, sahur pun aku bgn makan sama2 dgn dia. berbuka pun mkn mcm biasa. bl aku bgtau, baru dia cakap aku nampak lain. apa yg lainnya? tak peluk dia mlm2 katanya. cissssssssssssss.. klau peluk kang lain plak jadinya bang oii..

utk berbuka, klau tak berbuka umah abah or umah ayah, insyallah aku masak. ada jugak masak and beli jugak sket2. takat hari ni baru 2 kali g param. tak mau g kerap2 kang napsu menjadi2. smua nak beli, makannya idok. sebolehnya nak elak membazior puasa kali ni. biar laki jelah beli.


ini menu hari selasa lepas. memula kat opis, mcm mls masak. kol laki bgtau ajak berbuka kat luar. well, knowing my husband tu mana lah dia mau. aku ajak keluar pas maghrib la. tp time tu dah pkul 4, nak booking utk berbuka haruslah tak boleh dah. kat perlis berapa kerat je yek yg ada kan? otw balik umah pikir2 lah nak masak apa.. terjadilah perkara2 seperti di dlm gambar di atas..

sayur and kuah harus ada utk amni. dia suka mkn nasi and ada kuah. aku pun sama. and sayur harus ada. sawi tumis air je pun, pastu pecah telo. amni suka je. ratah sayur ngan telor dlu, baru mkn nasi.

pastu buat ayam merah. ayam merah version aku mudah je..

bahan2 :
ayam
bawang merah+bawang putih blender halus
sos cili
sos tomato
sos tiram
stok cili kering

sayur

cara2 :
tumis bawang yg dah blend tu. pastu masuk sos cili, sos tomato, stok cili and sos tiram. sukatan? agak2 je. nak pedas, masuk stok cili bnyk sket. tumis2, masuk air sket. pastu masuk ayam. pastu masuk sayur apa yg ko nak masuk dgn bawang holland. agak masak, tutup. dahhh.. senang tak? dah la senang, sedap plak tuuuuuuuuuuuuu.. oh, garam gula aku xmasuk dah sebab stok cili kering dah ada semua. sos tiram pun dah masin ye dok? klau ada daun limau purut, campak masuk, ok gak.. wangiiii jee..

dekat2 nak berbuka, gigih buat cucur bilis.. aku xboleh berbuka klau xda kuih. dialah star of the day hari tu. berebut2 makan laki bini. lama sgt dah xjumpa cucur bilis. taruk bilis ngan bawang banyak sket, cicah sos.. dap dap...

tu bubur lambuk, opis kasi. pun sedap.. aku mkn cucur bilis, pastu mkn bubur lambuk masa berbuka. nasi xmakan pun. kenyang dah.. sahur baru mkn ayam merah tu..

simple je, tapi sedap... mudah2 cukup lahhh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...