Tuesday, July 16, 2013

Pejam celik pejam celik, dah seminggu puasa..

yee.. pejam celik pejam celik, pastu pejam tak celik2... waaaaaaaaa... xmau xmau.. dah seminggu dah puasa. lagi 2,3 minggu nak raya.. bahaha.. baju raya xsiap lagi niiii..

eh eh, semlm otw nak g opis, dah dekat nak sampai dah, ada eksiden. ngeriiiiiii.. kereta viva, kreta kancil ngan moto. kena pulak pagi tu hujan sket. tak taulah cemana alkisah eksiden tu. kreta dah naik atas divider, berlanggar, pastu moto kat tgh jalan. and of coz, jln jam sket. seb baik tak lewat sampai opis. and, yg sedihnya, pakcik moto tu meninggal.  putus kaki okeh. masa aku lalu tu mcm baru lagi eksiden tu. diorg baru nak selimutkan mayat. elok je aku pusing tgk, nampak kaki xda. putus!!! ngeriii.. ya allah.. al -fatihah utk arwah pakcik tu if dia islam.


ok, dah back to repekan puasa..
setakat semlm, baru sekali aku g pasar ramadahan @ param. tu pun hari jumaat lepas. 1st and 2nd day puasa, masak and berbuka di rumah. 3rd day, berbuka kat umah PIL. blk keja incik somi ajak p param. boleylah. lagipun esok tak keja and xpayah masak hari tu. moh le kita jln2. tapi ayah dah pesan jgn beli bnyk sgt sebab mama ada masak jugak 2,3 jenis lauk and ayah dah beli kuih banyak. so pegi jalan2 kat paran and beli sket2 utk bekal sahur. dah xmasak utk berbuka, kang sahra nak telan apa? slalu utk sahur, aku panaskan je blk lauk berbuka. jgn membazir yeh. tak koser la nak masak lauk baru pagi2 buta. laki iolls pun sokay saja.

1st time pegi param.. ermmm, manusia ramai ya ampun. kami pegi param kat stadium utama kangar. sebelum tu pusing2 jugak tgk kat tepi2 jalan. meriah jugak dgn org berniaga. tapi aku mls nak turun, moh kita ke stadium sana. nak carik parking dah 1 azab. kena pulak stadium tgh renovate, persediaan utk sukma tahun depan. seb baik ada gak parking, laju je laki aku cilok. pesanan penaja sket eh.. klau pegi param yg dah tentu2nya sesak tu, sila parkir kenderaan anda dengan berhemah! jangan halang laluan kenderaan lain yeh. dan jangan block kenderaan lain utk keluar. semak mata tau! elok2 ada pahala puasa, terus hilang nnt sebab marahhhhhhhhhhhh... no no, tak baekk..

tgk jam dah pkul 7, moh le kita balik. biar ke laki aku lama2, smua dia nak beli. aku ni duk istigfar je dlm hati. jeling kiri jeling kanan, pastu jln laju2 and buat muka poyo. klau tak, aku pun sama smua nak beli. beli yg btul2 nak mkn je sudah. kang membaziorrr je. napsu membeli bl bulan puasa ni dia seram sket. smua nak beli mcm duit terjun dr langit. beli sket je. kebab, roti john, kuih sket. dahhh.. aku ni pulak, mlm2 xreti nak repeat makan. kut la pkul 10 mcm tu duk tgk tv, then kunyah kuih ke.. ishh, jarangg sgt kut. so, kita beli mana yg perlu sudah.

blk umah, laju2 siap nak g umah ayah. amni mengamuk mcm apa ntah. smua nak papa, xmau kat mama. sket lagi aku tampar bontot tu. mengada sgt dia klau bapaknya ada. hilang sabar aku kadang2. bapaknya lah ni, manjakan sangat. klau xda, elok je duk dgn aku. gasak la. biarlah apaknya layan, xkoser aku nak layan mengada2 tuh.

dah g umah ayah, elok pulak. sronok sgt nak berlari dgn hana. masa berbuka pun behave je. setakat hari ni pun behave lagi la masa berbuka. kena pandai pancing sket. kasik dia mkn sendri, senyap la dia.

day 3 buka posa umah pak  mentua. day 4 buka posa umah abah pulak. 2 hari tak masak.. hihihi.. buka posa umah abah adalah best. ramai, meriah la. eh, umah pak mentua pun meriah jugak walau cuma ada akak ipar dgn biras aku and anak2 dia. tapi kat umah abah dabel meriah la. yelah, umah bapak sendri, sukati la nak jerit2 kan? hahaha..
day 5, kembali ke rumah sendiri, memasak mcm biasa. hari ke 6 dan hari ini pun sama. hari ni mcm malas masak, tapi malas nak ke param.. haishhhh.. laki aku blk lambat, pkul 7 camtu baru sampai umah.

so, kita masaklah petang ni.. nak masak pe eh? aku masak simple2 je.. cukup  lah sebab xleh rasa. kang beriya buat tomyam ke apa ke, tapi xdak rasa.. tgg xleh puasa nnt, masak yg over2 sket.. hihi..

entry ni xda gambar. saja merapik rapik sebab mengantuk. semlm xtdor pas sahur. ni dah nak lunch, nak lelap jap.. sambil mimpi nak masak apa utk berbuka..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...