Search This Blog

Loading...

Monday, July 08, 2013

Penang | Day 1

Mari menghabiskan entry jalan2 keluarga yg tertunggak sebab lupa dan tak ada masa nak update.
gitew panjang mukadimah dia.. heheh..

ni crita bulan lepas, lagi lepas. bulan 5 nun.. huahua.. lama dohhh.. pada yg masih ingat, ada entry from taiping with love tu.. ada 2 entry. patutnya bersambung ke entry penang, tapi dok sempat buat. hari ni tetiba ingat, marilah kita gigih hupdate yeh. dan korang2, gigihlah baca..

rentetan dr entry taiping, last kat situ, kami ke zoo taiping. kluar dr zoo, g bli mkn, terus zass ke penang. overnite kat penang pulak kita.. kat taiping semlm, kat penang semlm. mama nak g taiping, papa nak g penang. so, fair disitu kan??


keputusan bersama nak g taiping dlu adalah sangat bijak. sabtu masuk penang. kalau sabtu kluar dr penang baru nak ke taiping, sedikit azab disitu. kami masuk penang ikut bridge. sebelah kluar dr pulau, masya allah punya jam. bule sepanjang2 bridge tu penuh dgn kreta. pack! nak masuk tu pun jammed jugak, tapi still boleh speed la. dah habis bridge pun, masih queue lagik. smua org nak kluar dr penang kut.

masuk town, dedua laki bini duk cari hotel kat mana. kan aku booking dah hujung2, dpt la grand continential. main booking je, tak tgk kat mana. laki aku tak tau katanya. dedua sebok on waze ngan gps bagai. skali hotel kat tgh2 town, dekat sangat dengan Gama.. bahahah... gelak jalah laki aku tgk hotel tu sebab dia tau bini dia dia duk usha gama jaaaaaaaaaaaa.. hihi..

amni all the way ke penang, dia tdor. sampai hotel, baru terjaga. letih, ngantuk, cracky sket la. masuk bilik, dapat golek, dapat nenen, lega sket. mak bapak pulak nak rehat kejap, dia bule cerah mata pulak. make sure smua tempat slamat utk dia main, dapat la mak bapak rest kejap. maghrib, bgn siap2 nak kluar carik makan. dtg penang ni makanan secara tamak adalah harusssssssssssssss..

mari bergambar dlu. ada cermin besauuuu kat depan. tengok la amni tu. apa yg sronok sgt entah laaaa.. eh, kami sekeluarga sedondon pink2 jambu.. hihi.. apaknya lah ni, now nak kluar nak pakai sama kaler dgn anaknya. dgn maknya tak tanya pun :-(


anak beranak menggedik2.. bagus amni.. jalan2, letih sket, klau bule tdor, minum susu, makan, xbuat hal sgt. pasni kita boleh pegi jauh sket yeh??


gambar blurr, tapi nak share jugak. ni kat lobi hotel while waiting papa g ambik kereta. menggedik dia syok sebab xda org. kena pulak dah caj bateri kan? kehulu kehilir dia berlari. aku biar je sebab lobi tu luas and xda org. biar je dia main2 situ. nampak org masuk, laju lari datang kat mama. terkenkeng2 lari. comey sgt!


destinasi utk mkn haruslah padang brown.. muehehe.. sini sronok sebab meriah.. makanan dia pun dah tau sedap and tau dah nak mkn apa. memula laki kata nak g mkn ikan bakar, tapi jauh sket + tak tau kedai tu buka lagi ke tak. kita ke sini sudah lah. i nak mkn sup sedappp.. dekat pun dekat. nak ke padang kota, tapi malassssssssss..

org ramai tapi meja kosong ada lagi. gerai tumpuan haruslah sup! mcm2 sup ada. aku order sup ayam dgn nasi. skali nasi habis daaa.. ada roti je. so,  minta papa g cari nasik utk amni. ntah kat kedai mana dia g bli, nasi kosong sampai 3 hengget! hampessss.. nak kasik amni mkn sket ja pun. nak tak nak, beli jugak la kan? pastu membaziorrrr...

kenapa ada 2 gambar? sebab order sampai 2 pinggan.. muahahaha.. aku mmg xnak mkn nasi, nak mkn celup2 goreng2 nih. sodapppppp.. kuah dia tu yg best. ralit je mkn. tau2 dah habis sepinggan. " papa g ambik sepinggan lagai arr, sedapp.. laparrrrrrrrrrrrrrr.. ".. hehehe.. pastu order eskrem sedap pulak. xdak gambar sebab mkn laju2 sebab amni kacau. dia dah kenyang, nak turun jalan. berebut2 mak bapak makan. dah kenyang, moh kita pulang..

balik tu konon nak jln2 kejap. tapi apaknya kata letih. dah kenyang, bertambah2 letihnya kan? aku dah bebai dahhhhh. kluar kejap sgt dah nak balik. selamba ja dia pusing balik hotel. huwaaaaaaaaaaaaa.. balik tdor lah kita nak oiii.. blk hotel apaknya bantai tdor. aku jenuh nak memaksa budak kecik tu tdor. nak main pulakkkkkkkk...

day 2, kejap  lagi ehh..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...