Search This Blog

Loading...

Tuesday, July 09, 2013

Penang | Day 2

last entry pasal penang.. plan hari ni nak ke Taman Rama Rama je. saja nak bawak amni g sana. so, bgn pagi, moh kita break1st dlu.

budak baru bgn tdor. basuh muka, tukar diapers, jom kita isi perut dulu. mama is laparrrrr...


bufet is sedihhhhhhhh.. haishh.. tak banyak choice sgt. kesimpulannya boleh la dari tak ada. ada mee goreng, nasi lemak, err, apa l agi ntah. roti2, cereal sket. turun plak dah pkul 9, dah nak habis dah. amni mkn nasi lemak. bnyk jugak dia mkn. bapaknya turun kejap je pastu naik balik sebab nak g toilet. dia mmg jenis tak break1st, so kami dua beranak jelah kat situ. seb baik amni behave dapatlah maknya mkn sket.

naik bilik, siap2, nak g mandi pool katanya. pool nun atas skali. gigih la pakai baju mandi kat amni. budak tu pun tgk maknya kasik pakai baju mandi, menggedik sronok. mulut tu duk sebut didi didi.. sabar2...

end up, mandi kat bath tub sajork.. hahahhahhahaha.. sebab pool dia besau and dalam. xdak pool utk budak. yelah, kolam nun atas langit. so, ala kadar saja. dlu saty kat rainbow paradise kat batu feringgi sana ada pool kecik utk budak. bule la letak amni  kat tepi tangga, dapat la dia main. yg ni utk budak pun mau paras pinggang aku kut. dengan panasnya, so apaknya cancel jelah. kita mandi kat tab cukuplah nak oii.. tu pun dia dah sronok dah. janji dpt main air ye dok??

then, jom kita siap2 nak chekidoutt..

best pic ever... mihmihmih.... tgk la amni.. gedik btoi..

dah checkout, pegi Gama kejap. haruss pegi, selagi xpegi, selagi tulah aku duk berzikir kat laki aku. hihi.. nak pegi queensbay ke, shopping complex lain, aku malas. org ramai, tempat besar, malas laaaa nak berjalan. laki aku lagi la xkuasa nak pegi. kita pegi tempat  yg mudah jelah. Gama pun ok pe, aku boleh je nak shopping.bukan nak beli apa sgt kan sebab datang nak berjln, bukan nak shopping. skali tgk, susu amni muurah, so kita zass 3 paket trus. naik ke ladies department, ada sale.. mihmih..

setel kat Gama, g mkn nasi kandar. kat depan gama tu jugak, apa ke nama ntah. lupa.. xsedap :-( .nak ke kayu malas, trimalah nasi xsedap tuuuu...



destinasi seterusnya? Taman rama2 batu feringgi...

entrance.. tiket RM18 seorang.. amni xkena..
ramai jugak org walau dah hujung2 cuti skolah..


rama2 banyakkkkkkkkk.. cantik2 pulak tu. kecik besar smua ada. tempat pun just nice. ada air terjun, ada pokok2, ada binatang2 lain jugak like itik, apa ntah lagi.. tapi berpeluh2 sket la. eh, banyak. hehe.. bukan panas yeh, berkuap. mcm terkepung, aliran udara mcm disitu je. berpeluh2 kami anak beranak walaupun ada kipas.


sepanjang dlm tu, bergaduh laki bini. sebab amni xnak jalang langsung! berdukung je. takut rama2.. hahahah.. sebelum ni duk tgk dlm tv je, skali ada depan mata, terbang2 sana sini. hinggap kat dia pulak. apa lagi, meraung la cik kenit tu.. kejap pass ke mama, kejap pass ke papa. nasib laaaa. dah la berkuap, berpeluh2, dokong dia lagi.. sabar jelah..


duduk kejap, ambik gambar. ini pun tak dilepas tangan kita. takut sangat dekat rama2 tuh.. klau tau gini, kita g taman burung je dr awal..

kluar dr kawasan rama2 tuh, ada mcm bilik2. situ ada aircnd, rasa bernapas la sket. ada 1 bilik video, ada tayangan pasal rama2. lepak kejap sebab situ sejuk. dah klaur dr sangkar rama2 amni tak nangis sgt dah sebab rama2 dah xda + sejukkkk.. pastu jln2 dlm tu. ada pameran rama2, serangga2 mcm labah2, mcm2 lahh. geliiiiiiiiiii.. aku xleh tgk sgt labah2 ni smua. meremang bulu2 kat badan. tu masa g tgk binatang apa ntah yg ada tanduk tu, bule plak dia duk bersenggama depan org. haiyoooohhh..


sejam lebih jugak kat dlm tu. laki aku pusing habis, tgk smua. singgah kat kedai bli souvenior sket. bajet pelancong la konon.. hihi.. sebelum balik, tukar diapers amni, basuh2 muka sket, bancuh susu siap2. naik kreta, minum susu habis sebotol, terus tdor. sampai ke rumah langsung xjaga. ngantuk sgt dah tu dia.. dr penang, balik terus, tak singgah mana2 dah sebab nak bg sampai rumah sebelum mlm. esok kerjaaaaa..

okes, setel entry jalan2 family. bawak amni jalan2 pegi zoo, pegi taman rama2.. nanti amni besar sket, kita pegi lagi. sekali sekala mama papa bawak amni jln2. kerap2 sgt, mama papa pitamm...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...