Search This Blog

Loading...

Thursday, July 11, 2013

Selamat Berpuasa...

selamat berpuasa utk semua. dah masuk hari ke 2 dah. harap2 hari ni xdak yg terlupa termakan, terkorek hidung lagi dah. dan hari ni rasanya masing2 dah boleh balancekan badan yeh.. semlm mungkin melembik sesaja. yelah 1st day kan?

laki aku balik keja semlm, tinggal tak seret kaki takpun merangkak g bilik air. amni menggedik mcm biasa bila tgk papa dia blk. skali papa tak layan mcm selalu. laju je g bilik air nak mandi. anak ikut je dgn harapan papa dia dukung dia.. rasanya klau papa dukung awak, mau tergolek dua2. dah habis bateri katanya. over sangatttt. dah kalahkan budak baru blajar puasa... pastu duk bilang2 lambat lagi ke berbukeeeeeeeeee.. haiyohhh..

1st day puasa ai is cuti. eh, mc. hari selasa aku g cabut gg. dah tak tertanggung ngilunya. yg tu nnt aku crita lain..

cabuit gg, dpt mc 2 hari. selasa dan rabu. selasa tu wajiblah mc. rabu pun dpt mc. mekasih pak doktor.. hihi.. seb baik rabu tu, darah dah benti, so boleh puasa. cuma sakit tu ada lagi sket2, tapi tahan jelah. sayang pulak 1st day xpuasa kan? dah cuti, bolehlah masak utk berbuka kan? dah pesan siap2 kat laki jgn beli lauk. beli kuih je. aku klau berbuka kena ada kuih. sejenis pun xpa. mkn kuih dlu, pastu baru nasik. ptg pkul 5 camtu dah masuk dapur. kluar segala tumbuh tumbuhan dgn binatang segala. semangat tu toksah cakap lah. cuma, tulah, xleh rasa.. nasib la apa rasa nnt kan?

kenit tu, mengacauuuuuuuuuuu je keja. haishhh. seb baik posa, duk istigfar je klau dia buat perangai. akai banyak sungguh. dengan mulutnya tu. fuhhh..


oleh kerna sakit dah kurang, aku xhantar amni ke umah pengasuh. lepaking jelah dua beranak. pengasuh bule rest sket kan? sronok dia menggedik hari tu sebab dia buat apa pun mama diammmmmmmmmmmmmmm je. mulut xleh buka luas, xdapek la mama kau nak jerit2. dgn sakitnya, puasa lagi.. takpelah, mama bagi can kat awak.. esok lusa, sorry laaa..


menu berbuka day 1. lauk smua masak yeh.. masak smua yg feberet laki tuh.. sambal telur itik tu laki aku request nak mkn sahur pertama. gila ka apa mlm2m buta nak menumis buat sambal telur. xkuasa la aku. buat lauk berbuka n also lauk sahur semlm.. hehe.. pastu goreng cencaru sumbat. pastu buat sup sayur dekat amni sket. dia mkn carrot je, bayam smua aku yg habiskan. pastu2, kuih yg pink2 tu aku buat. apam nasi@apam beras. pestime buat tuuuuuuuuuuu.. seb baik jadi. hahahaha.. sayang ke nasi lebih sahur 1st nite tu. mudah je, resipi cilok kat cik mat gebu.. sebijik sejibon aku tiru kat situ, cuma aku perap xsampai 3 jam. xsempat dah nak mkn, 2jam setengah dah ku kukuskan.. naik elok je.. hihi.. tapi potong sket sebab kelapa xda. mlm tu paksa laki aku g kopek kelapa kat umah ayah. nak mkn jugakkkk.. kelapa tua pun jadikla dari xada. mkn saja xbest sgt sebab tawar sket. bila dah gaul kelapa dgn garam, mkn bersama2.. sedappppp.. 3-4 bijik aku mkn sorang pas berbuka..


dia ni pun sebok sama nak berbuka. azan kat kl, dia dah slamat telan. hahaha.. seb baik masa berbuka semlm xkacau sgt. letak dia kat kerusi, kasik dia mkn sendri. pastu terima la habuan, mop lantai lepas berbuka. xpelah, janji mama leh berbuka dengan aman. bapaknya dah mls layan. letih sgt katanya, xsabar nak berbuka. togok air epal habis sebungkus, pastu kluar isap rokok. pastu rasa segah perut, sengkak perut bagai. mana taknya, perut kosong, minum air 2,3 gelas, pastu tambah asap pulak kut atas. aku buat xtau, makan je malas layan.. pastu dah pkul 10 baru hegeh nak mkn nasik. 1st day puasa, gitulah kan? badan baru nak balance.. over ngalahkan budak darjah 1. tgk hari ni pulak apa dramanya..

erm.. hari ni apa menu pulak utk berbuka ehh?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...