Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 24, 2013

Serabai kuah durian

dah lama duk teringin nak makan kuah durian. tak kisah la makan dengan apa2 pun, roti gardenia cicah kuah durian pun ok. janji ada kuah durian.. tapi durian tak de pulak..

hari kamis nun 11hb blk buka posa umah mak. mak kasik durian 2 bijik. yahoo yahoo aku disitu. ada banyak buah doyan kat umah. kawan abah kasik. dah selamat buat bubur durian, abah bawak g masjid. mkn dengan pulut. sedappppppppppp..

hari ahad lepas, aku kan xleh puasa.. maka bermulalah edisi mengopek durian di siang hari. gigih nak buat kuah durian nih. teringin nak makan, pastu buat sendri... syiok ohh.. err, klau sedap syiok la kan?

pastu terpikir2 nak makan dengan apa. xkan nak mkn dgn roti gardenia je ye dok? haruslah up sket.. memula nak buat roti jala, tapi malas lah pulak nak menjala. google kejap, jumpa serabai kuah durian. aiyoyoooooooooooooooo.. sedappp..

tau serabai? maybe ada yg tak tau. aku tak ingat dah kat mana aku jumpa, tapi cara nak buat tu ingat lagilah. jom chekidout..

cara nak buat serabai.
bahan2 :
nasi sejuk
tepung beras
santan
garam
gula
yis

cara2 :
blend nasi sejuk dgn santan. sukatan, agak2 lah sebab aku pun main hentam je. dah blend halus, masuk dlm bekas, campur dgn tepung beras. erm, nasi tu dlm 2 senduk camtu je kut aku guna. tepung  beras lebih sket. gaul2, masuk garam sket, gula sket and yis. pastu perap dlm 2 jam. dah naik elok, moh goreng. goreng guna pan yeh, klau guna kuali takut lekat. letak minyak sket kat pan, pastu goreng. buat kecik2 baru best. skali goreng tu sesenduk je.. besar2 tapak tgn camtu..

utk kuah durian, sonang yoooo
bahan2 :
haruslah ada buah durian ye dok?
santan
gula
garam

cara2 :
masuk smua bahan, tenggek atas api. kacau2, siap! senang kan? lagi sedap klau isi durian tebal. leraikan dlu isi tu, baru masak.. mabelessss. aku hari tu durian kg, isi nipis jek. kurang mabeles sket, tapi tetap sedappppppp..



nin diaaaaaaaaaaa.. walau nama dia serabai, tapi dia tak serabai.. malah sangat enak ai tell u.. buka puasa, aku mkn tu jelah. walau xpuasa, tetap tunggu maghrib and makan sama2 dgn laki. laki tgk je mula2, last2 dia balun habis. nak hantar ke mak mentua, ai tak konpident lagi. next round baru leh hantar.

errr.. durian pleaseeeeeee..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...