Wednesday, July 24, 2013

Tadarus Al Quran

Setiap tahun, bila tiba bulan ramadhan, opis aku tiap2 tahun akan buat tadarus al-quran.. awal puasa, Pusat Islam akan emailkan kepada semua senarai pembahagian surah untuk dibaca. aku keja kat universiti, besauuuu yeh. jabatan banyak. so, bahagi2kan surah kepada semua jabatan.

tahun2 sebelum ni, bila dapat surah, tghr waku lunch, kami akan buat tadarus. slalunya ambil masa dlm seminggu kecuali hari jumaat. ikutkan skali baca pun  boleh habis, tapi skali baca dlm 2 helai je. saja, supaya boleh buat lama sket. bg peluang kepada yg uzur, klau sempat leh join.  sronok tau, sekali sekala buat mcm ni kan?

tahun ni mcm biasa, ada tadarus. tapi sedikit berbeza sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbb.. kami punya bos besar, datuk naib canselor akan join.. wohooooooo.. dia akan join semua jabatan katanya klau sempat. menggigil lutut masing2 ye dok..

jabatan aku kena hari kedua. kami start pkul 9 pagi camtu. dia nak baca one by one. a day before kami dah bahagi2kan ayat yg nak baca. yg balik praktis pun ada. memula tu bos pilih dlm 7-8 org je utk baca dengan datuk. tapi bl hari kejadian, dah semua kena join, so semua kena baca secara solo.. kak yah ok je. mcm tak biasa baca quran kan?

majlis berjalan lancar. smua boleh baca walau terketar2 jugak. bukan sebab xleh baca, tapi nebesssss.. hehe... kami habiskan terus surah yg diberi. sekali harung je kali ni. pas smua baca, baca ramai2 pulak. dlm sejam setengah mcm tu habis la. sronok...

nnt hujung2 puasa, pusat islam akan buat majlis khatam quran pulak. aku xpenahnya dapat join lagi. insyallah, klau ada kesempatan teringin gak nak pegi. rasanya dah 2,3 kali jugak aku habis baca quran tapi tak penah buat khatam quran. baca pun ada gak tungging terbaliknya. ater, baca sendiri. teringin nak pegi kelas tajwid balik mcm skolah2 dlu. perbetulkan mana yg salah..

jom tgk gambar. ni gambar dr official cameraman.. cilok dr FB official jugak..

bos pejabat aku..

the boys yg hadir


 semua yg hadir. yg kena bertugas, yg uzur, tak adalah ye. buat kat bilik mesyuarat. pakai mic siap. leh feeling2 qariah katanya

 big bos. sporting uolls... 

amboih kak yah... termuncung2 mulut yeh. kemain dia. ni klau sharifah qasif tgk pun menangis.. hehe.
bawak quran sendri sebab quran tu ada tanda tajwidnya. klau tak, kak yah pun mau tunggang langgang baca quran. beli mahal pun tak pe, berbaloi2. utk agama, jgn berkira yeh?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...