Tuesday, August 20, 2013

Hari Raya ke dua

raya ke 2 ada open house di rumah abah. plan awal dari kak eija (kak ipar). saja nak buat makan2 katanya. tukang sponsor pun ye jugak. hihi... murah rezki awak nanti yee..

refer kepada entry 1st day raya aku tuh, pagi2 raya ke 2 dah bgn siap2. plan asal nak tdor sana mlm raya pertama terpaksa cancel sebab amni mengamuk baek punya mlm tu. nak gerak pagi2 g umah abah pun tak dapat sebab aku kena tunggu satay dlu. pkul 11 camtu baru satay siap. dah siap2, ambik satay, kita g ambik gambar raya dlu eh. family photo dor aidilfitri 2013. ecewahhh..

budak ni dah nak pakai baju gaun! yayyyyyyy! sujud syukur aku okeh! hahaha
pagi tu masa siap2 dia, aku biar je dia buat apa. slow2 je pakaikan baju. dia pun ilex je. dah siap pakai, ikat rambut smua, puji2 sket. wahhhhhhhh, amni cantiknya pakai baju kembang. kawan sengih jeeeeeeeee. syok le tuuuu.. seb baik seb baik. aku beli baju tu kat bazar padang besar je. rm25. tak berani nak beli yg gah2, yg mahal2. buatnya dia tak nak pakai, menangis mak kau di pagi raya nnt nak oi. now dah suka pakai, nnt mama beli yg vogue sket yeh?
jenuh nak ambik gambar, tak duk diam langsung. muka pun tak semenggah dah tu. pakai rantai mekah maklang kasik. kasut raya maklong kasik, kaler olen lagi. dah tak match dgn baju. kasut merah tertinggal umah tok plak. hantam sajalahh..


2nd raya, baru laki aku pakai baju raya. 1st raya kan dia keja, pastu 2nd raya ada open house umah bapak mentua pulok, so dia nak pakai baju raya on 2nd raya. 1st raya dia pakai baju masa akad nikah dulu. kaler ijo. risau gak aku kut tak muat. hahaha.. seb baik ngam2 soi je. maintain ye banggg? yg spoilnya, baju oren nilah. bl nak pakai, skali sluar besauuu. aku rasa dlm 3-4 inci kut besarnya. dia dah merempan2 tak mo pakai sepasang dah. nak pakai baju melayu dgn sluar jeans je. jenuh la g tebuk sendri lubang kat tali pinggang pakai paku je.. nak habaq kata dah kuruih la tu posa kali ni.. mencikkk!!


ini baju raya ke 2 saya. cantik ke idokk? hihi.. aku suka pakai baju ni. kain ni beli masa g vietnam dulu. mcm chiffon, tapi apek yg jual tu kata bukan chiffon. entahlah.. kena lining sebab jarang. dah lining pun jarang jugak. aku lining dgn kain chiffon kaler tanah baju tu. skali bl pakai, alahai nampak bra jugekkkk.. kena pakai singlet pulok. kain ni best, lembut jeeee. bli kat vietnam murah jee, nak beli kat sini, parkinson nak bayar.
eh, kasut raya pun kasut baru.. terbeli... uhuk uhuk..

family potrait kami utk aidilfitri 2013. kecik sudah sebab dah jaja dlm entry ni. bl dah siap gambar ni rasa mcm rugi pulak tak baju sedondon. haishhhh.. seb baik kaler masih senada, masih blh diterima.. hehe.. ni gambar ke 4 kut. yg 1st and 2nd, aku mcm terkangkang sket duduknya. yg ke 3, amni dah ek ek. yg ni, ok la cun. senget2 laki aku posing. hahah. marah dia sbb aku suh pakai sampin, baru ensem. skali bl ambik gambar tak nampak. mana taknya, awak pakai slipar jeeeeeeeeeeee..

dah setel, zasss blk umah abah. kang kena bahan sebab sampai lambat. org duk sibuk masak, ko duk goyang bontot.. hehe

menu hari tu, laksa kuala perlis, satay, nasi kuning, ayam merah, ayam goreng rempah, sambal telur, ikan rebus. pastu kuih2 la sket.kuah laksa beli, satay beli. lain, masakkk.. kak eija buat ayam merah, umi buat nasi kuning and sambal telur. adik aku pizah buat ayam goreng rempah. resipi aku tu.. hihi.. elok sampai dia baru nak goreng. aku touch up sket ayam tu sbb nampak mcm pucat. pastu tolong apa yg patut. dah nak kena start hidang sbb japgi org blk smayang jumaat sure kena serbu. urusan jemputan, abah handle.

ramai gak la yg dtg. family in law pun ada. jiran2 pun ada. sedara mara ptg baru dtg. sampai mlm org dtg. jiran2, kawan2 abah, kawan2 adik2 aku la. lauk habis! legaaaaaaaaaa. ada la lebih sket utk mkn family. takpe, janji habis. dpt la bg jiran2 yg dtg tolong masak sket2. alhamdulillah..


ada seprais sket utk abang aku dr isterinya dan adik2nya nih. boleh dia lupa hari tu besday dia. caitttt. ke ingat tapi buat2 tak ingat sebab takda sapa layan? hahahahah. bini dia pun lupa jugak  mulanya. aku, umi ngan adik aku dah ingat dah, and mmg plan nak sepraiskan dia. tokojuit la jugak muka dia bl bini dia bwk kluar kek tu.. bli choc indulgance cake kat SR, skali cheess dia masam sket. potong stim btoi. tapi last2 habis jugak kek tu. jgn ada sakit perut dahhh..


besday boy ngan anak dara. dah tuo dah awak tuuu.. hahaha. 35 ke 34 ntah. lupooo.. heheh. hepy besday big brother. moga panjang umo, murah rejki yehhh..


anak dara beliau. buah hati makngah ni dah besar. thn depan dah masuk skolah. tetiba thn ni nak pakai baju gaun. huiyooooooooooooo.. perkembangan yg hebat tuh. sebelum ni sanggup pakai spender saja sbb tak nak pakai baju gaun. yg ni dia pilih sendri katanya. sweet lah daling!


cousins.. tgk la amni, mana mau ambik gambar. gambar bwh tu pun muka dah mcm gangster dah.. nama je pakai gaun, tapi berlari merata. pastu bl duduk, tarik2 baju, nampak peda (spenda) katanya. hahahah.. duduk mengangkang mana tak nampak spendanya nak oiii..


anak bujang lagi sorang ntah kemana. tak dapek nak amek gambar sama.. mood dia elok pagi tu. ptg tu kelaut sket..

sedondon pulak dgn anak dara. polka dot. tudung tak semat dah nak carik. susah btoi nak match kaler. last jumpa selendang halfmoon ni kat butik kwn aku. rembat sajalah.
ni dah petang, dah mandi, dah wangi2, tukar baju dah. alang2 dia nak pakai baju gaun, ptg tu sarung baju gaun lagi. baju ni beli masa g vietnam hari tu jugak. lama dah beli, tapi pakai baru sekali. yelah, sebelum ni mana mau dia pakai gaun kan? dah suka ni, hari2 aku sarung gaun ke dia.

okes, setel kisah raya ke 2. mlm tu tidor umah abah. meriah sbb smua ada. syok!!!! pastu meriah dgn bunyi mercun. bingit oihhhhhh... but sokay, bukan hari2 pun kan?
pastu meriah pulak bila amni tdor and mengamok.. pffffff..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...