Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 18, 2013

Ayam ros mak mentua versi menantu derhaka

jgn di tanya kenapa nama menu aku sebegitu. hujung2 nnt aku bgtau reasonnya okehh.. hahaha



mak mentua aku pandai masak. bl dah kawen mcm2 la resepi yg tak biasa dgr, tak biasa tgk, dapat la aku rasa. dapat menantu bangsa perut stokin ni, ko masak apa smua ku telan. mak mentua@mama aku ni org penang. so masak dalca mmg terbaek la. tapi aku tak minat sgt. mkn tu ye, tapi takda la beriya sgt.

mcm2 dah menu dia tapi yg ku cuba errr...baru 2 ke 3 kut.. hahahah. klau teringin request saja kat dia. jadi menantu kesayangan (angkat sendri) ni, bila request, mama masak la kan? nak buat sendri tak reti. tau makan sajaaaaa.

okes, salah satu feberet kami laki bini is ayam ros. ayam ros mak mentua aku ni lain sket dr org lain buat. ni masterpiece dia ni tauuuuuuu.. sgt sedap dan lain dr yg lain. percayalahhhhhhhhhhhhhhhh.. dlu masak peknen ada skali aku tringin ayam ros. bgtau laki nak ayam ros mama. di khabar ke emaknya, nahhhhhhhhhhhhhhhhhh, dekat seekor ayam mak mentua aku masak kasi ke menantu dia mkn. makan sampai branak. hahaha..

dek kerna sedap, and pestime aku cuba, so aku share kat sini.nak kasi version mak mentua aku tu aku tak ingat sgt bahan2nya. sebab tak penah tgk sendri dia masak. dgr dia cerita je, tau2 bl pegi dah siap terhidang. hihihi.. aku syer kat sini version menantu derhaka lah yeeee?

bahan2:
ayam
sos tomato
sos cili
cili kering
bawang merah
bawang putih
halia
serai
garam
gula
minyak masak

cara2:
blend bawang merah+bawang putih+serai+halia+cili kering. kuantiti agak2 lah yeh. aku klau masak main hentam ja bnyk mana bahan nak pakai. cili kering aku pakai 3 batang je sbb tak mau pedas sgt. klau mak mentua aku masak, dia tak pakai pun cili kering tu.
panaskan minyak, then tumis smua tu. pastu masuk sos tomato and sos cili. lagi skali, mak mentua aku tak pakai sos ni smua, but dia pakai tomato soup.
agak2 nak kering masukkan ayam. gaul2 ayam biar bersatu padu dgn kuah. perasakan dgn garam gula sket. itu ikut suka lah ye. pastu tutup api.
and lastttttttttttttttt step..
panaskan minyak kat kuali lain. minyak dah panas, kaupkan ayam ros td, goreng kat kuali sebelah tu. ambik ayam je yeh, kuah jgn. paham?
kita goreng balik ayam tu. td mula2 kita masukkan ayam mentah kannn? dah masak, now kita goreng pulak. ayam tu akan jadi hitam mcm hangit2 sket lah sebab ada kuah2 melekat, but sokay. tu yg kat gambar tu nampak mcm hitam2 sket ayam aku kan?
kalih2kan ayam tu, goreng mcm biasalah. pastu angkat. dah angkat masuk blk dlm kuali yg ada kuah tu... buat utk smua ayam tu lah. dah setel goreng, tutup api. pastu boleh melantak. sedap sangattttttttttttttttt okes sbb kita goreng ayam tu like ayam yg diperap utk buat ayam percik tu. seriusss sedap.

klau version mak mentua aku, dia tak tumis. dia masuk bahan blend tu ngan tomato soup, rebus trus. pastu kaup utk goreng. pas habis goreng, masuk blk ayam tu, dgn minyak skali dia masuk. awalnya takda minyak, pastu baru taruk minyak. minyak tu hitam2 sket la sebab pas goreng ayam kan?

nak tau sedap ke idok, kenalah cuba. version menantu derhaka, ada rasa pedas sket la. klau version mak mentua rasa ayam ros, sweet2 gitewwww.

thats y la resipinya nama version menantu derhaka sebab menantu edjas sesuka hati dari resipi asal. ampun ye mama... hiihihihih...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...