Thursday, October 31, 2013

Almari baju Amni

now nak share susun atur kat lemari baju anak dara nan seorang. hihi..

kecik2 pakai bakul je isi baju dia, pastu drawer, pastu baju makin banyak, kena beli lemari. baru umo 2 tahun, baju dah nak lawan mama dah.. amboi diaaaaaaa..

nilah dia rupa lemari baju Amni. sampai 2 yeeee. dasyat nihhh..

yg kiri, asalnya drawer tokwan (pak mentua). dia letak kat bilik belakang, tak guna sgt, mak ambik letak baju Amni. jenis ni tak blh isi benda berat sbb nnt lantai dia melentur. dah makin membukit baju anak dara, mak beli lemari besau sket.

cari kaler lain tak jumpa yg berkenan, biru pun boleh la.. aku beli sebab suka almari ni bnyk compartment. senang nak isi klau baju banyak. hihihi..
ada lah juga jumpa yg sesuai utk kids, tapi gambar2 katun tu smua, me not like. nak plain mcm ni je senang. klau katun2 tu smua, dah besar kang mcm tak best lah.. aku jenis nak beli apa2, pikir jangka panjang. blh guna lama tak? sesuai ke tak? gitewww..

beli almari ni murah je. dapat diskaun baik punya sebab almari ni macam rosak sket. tapi takda la teruk. kat pintu depan tu, cat mcm terkeluar sket. but no hal sbb ahkak dah berkenan. nnt bila2 rajin kita do something eh?

atas lemari biru, letak stok pampers Amni. mak malas nak kluarkan and susun2 mcm org lain. nak guna, ambik saja kat situ. atas drawer tu tak da menda, letak bakul and isi botol air yg guna masa nak iron baju.

beli almari ni dah lama, tapi baru2 ni buat label sket. jom zoom in..


paling kanan, yg ada cermin ni, blh hang baju. so, kita letak baju jalan.
label smua ada gambar hello kitty. sebab anak dara kita suka sangat la ngan anak kuceng nih..


baju gaun, baju kurung, blouse aku hang kan.. nak lipat mcm tak sesuai. takda la bnyk sgt pun buat masa ni.


bawah, sluar jeans or skirt jeans and tshirt aku lipat je. ada jugak baju yg sepasang tu. asal baju jln smua sumbat sini. mcm tak brapa kemas pulok nih.. hihih.. kadang2 Amni suka tarik. mak sabar jelahhh..
mak lapik suratkabar jeeeeeeeeeeeee. hahahaha.. dari beli sampai hari ni nak tukar pakai wrapping paper, asyik la bertangguh..


bawahnya pulak ada 1 compartment je.

sini aku letak tuala. tuala mandi, tuala kecik, kain napkin, sapu tangan semua..


tak bnyk sgt pun. napkin letak dlm 3-4 helai je. yg lain simpan dlm kotak. bukan nak guna sgt pun. sapu tgn je bnyk sbb slalu guna. sini part yg Amni paling suka 'kemas'. memula beli la, now dah kurang. now attraction beralih kepada cermin pulok. anak dara kannnnnnnn?


then, belah kiri almari.

sebelah kiri, letak baju harian Amni. compartment ni pun besau, blh isi banyak baju. so, kita letak baju basahan.


pun lapik dgn surat kabauu.. bahahaha.. mahapkan mak lah ye.. hihi
banyak gak baju basahan dia, susun cenggini jelah. belah kanan baju sepasang. kiri pun sama baju sepasang cuma belah kiri tu baju jenis singlet.
tak berapa kemas kan? slalu klau baru lepas lipat and nak susun baju, aku kemaskan sket. masuk tgh minggu camtu, mcm nilah jadiknya. heheh..
sometimes, bila bnyk sgt, bule tumbang. hahahaha. tak tau cemana nak susun. yg aku nampak, gini jelah.


compartment bawah, sama besar dgn yg isi tuala..

sini aku isi baju tidor Amni...


sebelah kanan, baju tidor yg berlengan panjang. belah kiri baju tidor yg berlengan pendek. yg sini kemas sket dr bahagian baju basahan tu. maybe sebab semua sama saiz and patern kan?


bawah, ada 2 drawer.

aku label toiletries. yg bawah tak label, lupaaa..
nampak tak kecacatan kat drawer tu? tu yg membuatkan almari ni murah. tapi tak mengganggu bahagian dalam pun. nnt kita cover, cun la balik kan? sket je pun..


label lain, isi lain. 1st drawer isi stokin, baju mandi and cap. dalam beg putih tu ada getah rambut and sepit2 rambut Amni. sini pun tempat yg paling dia suka punggah. stokin tu smua sebenarnya dah tak muat dah nak pakai. pasni kena move ke dlm box dah..


drawer bawah ada diapers pek kecil yg slalu bawak klau nak g travel memana dgn wet tissue. itu saja. mana toiletriesnya pun tak tau la..


next, drawer sebelah pulok..

utk Amni, guna 4 laci je. yg paling atas aku isi barang2 aku. letak paling atas supaya Amni tak leh capai. ada gak barang yg bahaya utk dia. drawer ke 2 and ke 3, label dgn baju tshirt Amni.  drawer ke 4, sluar, drawer ke 5, beg Amni.


gambar ikut pusingan jam..
1st, baju2 tshirt Amni. ni baju pakai harian. baju sahaja. baju tshirt and baju singlet.

next, baju kembang/dress/gaun yg pakai harian jugak. masa buat label tak tau nak tulis apa, so aku bantai dedua label baju tshirt.

3rd, isi seluar. sluar panjang, sluar pendek and panties dia. tak bnyk sgt, sbb aku lagi suka beli baju sepasang utk dia. senang nak pakai.

last, beg2 Amni. beg2 ni yg slalu guna la. ada 3 bijik. beg angry bird, beg kerropi, beg Chip. paling dia suka beg Chip la. tu yg duk terbentang tu lah.. bapaknya belikan. dia ada toys chip, sekali jumpa plak beg ni, laju je apak dia beli. tapi tak besar sgt. blh la buat isi barang klau nak kluar jln kejap2 tu. sama la dgn beg kerropi hijau tu. klau nak isi baju bnyk, pakai beg angry bird merah tu.

gitu kisahnya lemari baju anak dara. bila buat label ni senang utk apaknya ambik baju. kadang2 bila minta dia ambil baju Amni blh skait jiwa aku. kita bgtau almari ni, kat mana, gini2, bila dtg salah ambil. ni aku dah label bagai, salah jugak tak tau la. mmg saja carik pasal la kan?

Amni pun suka. bila nak mandi nak ambik baju, sronok la dia. hello kitty banyak kannnnnnnnnnnnn? duk belek itu jelah..

2 comments:

  1. wah best dh ada almari wan masih simpan baju anak dalam bow lg..huhu bajet xde lg ingatn nk beli besar terus..

    ReplyDelete
  2. sep sket! kita pun x suka almari kartun²...suka yg plain je..haha boleh pakai lama almari gini..smpi dia sekolah kan kan.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...