Tuesday, October 29, 2013

Daripada Dia kita datang, kepadaNya jua kita kembali..

pic from Google

Jumaat lepas, nenek suami iaitu nenek mentua aku dah kembali ke rahmatullah.. Al-Fatihah..

beliau meninggal di usia 90++. tak pasti. dlm ic 85 camtu, tapi katanya more than that. seminggu sebelum raya, tetiba gula dlm badan tok drop. esoknya masih mcm tu, so decide call ambulans sebelum it become worse. takut hypo kan? actually dia pun mmg dah berapa sihat. buah pinggang pun dah lama tak stabil. mcm2 penyakit lain lagi ada. jln pun kena pakai tongkat and mcm2 ubat kena mkn. due to age, biasalah, org tua

warded lebih kurang 2 minggu. makin lama dia makin lemah. masa raya haji ayah mentua minta utk bwk balik beraya tapi tak dibenarkan. aku pegi tgk ptg tu kat hospital. dia dah tak blh duduk tanpa support. so, just baring. makan pun sikit sgt. sometimes dia mcm tak berapa ingat. bercakap pun ada yg betul ada yg tak.

masa kat wad, maid yg jaga. mujurlah juga ada maid sebab tok ada 4 anak and semua lelaki. dan semuanya tak berapa sihat. umor memasing pun dah over 50. ayah anak ke 2, one and only yg ada kat perlis. lain2 kat KL. ada yg blk tgk masa dia kat wad. ada sedara mara, anak2 sedara tok sometimes tolong jaga dia and berganti dgn maid tu. diorg kata sometimes tok mcm meracau, panggil2 and nampak org yg dah tak ada lama dahh. katanya diorg dtg tgk dia. seram jugak kami smua..

rabu lepas, tok dah blh discaj. aku mcm kelam kabut sket, so tak sempat pegi tgk dia sejak dia blk dr hospital. kena pulak, hari rabu tu sedara mara aku datang dr thailand. diorg stay umah abah. khamis lepas keja blk umah abah kejap. dinner smua kat sana sbb nak jumpa sedara smua. hari jumaat pegi keja mcm biasa. husband aku cuti. pkul 11.30 dia call kata tok mcm teruk. tak sedar. menggigil badan aku. mintak izin nak blk sebab tak sedap hati sgt. bwk kreta pun ketar2 badan.

sampai umah dlm pkul 12.30tghr. tgk tok dah tak sedar. ayah duk ajar dia mengucap. aku tak tau nak buat apa. panik. yg ada cuma aku nd husband, mak pak mentua and maid. then dtg anak sedara tok yg duk blakang umah kami. nak call ambulans or panggil doc dtg tgk tok. but uncle say, no. sekarang ni kita jgn tinggal dia, ajar dia mengucap and mengaji. aku call mak sedara aku. diorg pun ckp benda yg sama. mengaji then doa semoga semuanya dipermudahkan. aku ambik air sembahyang, then baca yassin kat sebelah dia. yg lelaki smua g solat jumaat. tinggal aku sorang tgg dia. auntie sampai, tgg tok kejap then dia ajak maid g kemas dapur and rumah tok. maybe dia dah blh rasa. actually anak2 tok buat rumah bersambung dgn umah ayah mentua aku utk tok. tak besar tapi selesa and complete utk tok tinggal. klau tinggal kat umah dia tak sapa nak tgk, so better stay with ayah. sepanjang tgg tok dlm 2 jam mcm tu aku xbenti baca yassin. 3 kali aku sempat baca. kadang2 berhenti bl tgk dia mcm tenat. ajar dia mengucap and keep saying Allah kat telinga dia. nafas dia mcm tersekat2. mak sedara aku kata tulah org panggil hujung nyawa. pkul 2.30 aku blk umah sekejap, nak mandi, solat and mkn. time tu akak ipar pun dah sampai and jagakan sekejap. dah setel kat umah, tgh siap nak dtg umah tok, husband dtg bgtau tok dah tak da....




no words...




sekejap je aku blk, tak sempat bersama di saat akhir. di akhir nyawa dia, ayah ada. mujurlah. kalau aku ada mungkin aku tak kuat. yaa.. aku sgt tak kuat utk hadapi detik kematian. mengingatkan aku pada org yg aku sayang yg telah pergi. arwah tok kiyai (ayah tiri emak aku). sgt terkesan walaupun aku masa tu hanya 12thn kerana kami rapat. then, parents abah aku. tok chaq and tok bah. then anak sulung aku sendiri. Al-Fatihah utk semua.

jenazah tok dikebumi esoknya, on saturday. sebab menunggu semua anak cucunya pulang. alhamdulillah, semua balik. ada yg sampai lewat pagi. ramai sgt yg datang umah. tak putus2 dr hari jumaat sampai hari sabtu. sedara mara aku pun ramai yg datang. tok dulu cikgu, ayah pun cikgu, paklong pun somebody jugak, so ramai kenalan yg mengunjung. sedara mara yg aku aku tak kenal pun ramai.
mandi, kapan, sembahyang semua buat dirumah. dah semuanya agak mudah. alhamdulillah semuanya selesai dgn baik. pkul 12tgh++ jenazah tok dah selamat disemadikan. semua sedara mara pergi ke kubur kecuali aku, amni, mama (mentua) dan maid. aku sempat membantu masa proses kapan arwah tok. subhanallah..... badan tok lembut, muka tok bersih, nampak mcm tok senyum dlm tdor. Allah hu Akbar..

kehidupan mesti diteruskan. kita yg hidup perlu sentiasa mengingati mati kerna mati itu pasti. berdoa kepadaNya semoga diberi kesihatan yg baik hingga akhir hayat dan dipermudahkan segala urusan.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas tok dan arwah tok ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...