Search This Blog

Loading...

Tuesday, October 29, 2013

Keperluan penting utk anak

bila dah ada anak, nak buat apa2 semua pikir dia dulu.
nak beli apa2, punnn pikir anak.
dulu mak nak shopping, nak beli apa, beli jeeeeeeeeee..
now, kena pikir keperluan anak..
nak shopping, nak ngabihkan duit, kena pikir keperluan anak dah cukup ke tak?
simpanan utk kes kecemasan anak ada ke tak?
slalunya per monthly la kan?


terpaling penting yg kena cukup setiap bulan.. haruslah susu!


sekarang Amni minum susu Fernleaf 1+ original. since umo dia 1y6m camtu. pernah try Dutch Lady and Dumex, tapi tak serasi. try yg ni, alhamdulillah ok.
before this, Amni minum susu S26. Amni breastfeed sampai umo 10m je. ok la kan dari takda.. hihihi.
sejak tukar susu ni, lega bnyk kak yah. dlu bajet susu je dah 200-300 sebulan.  now dah tinggal separuh.  err, katanya harga susu pun pasni nak dikawal eh? baguslah.. kadang2 mahal melampauuu.

utk susu Amni, duit slalu dari apaknya. tapi yg membeli maknya lah..
kadang2 apaknya belikan, tp selalunya aku lah. sebulan bajet dlm 5 bungkus. utk rumah dgn kat umah pengasuh. kadang2 6 bungkus. tak tentu. klau kat umah, amni kerap jugak minum susu. kat umah pengasuh, tak sangat. maybe sebab sebok  main dgn geng kan?
bila dia dgn aku, agak lama sket dia duk main, aku offer dia nak susu tak? laju2 cakap nak. kadang2 dia mintak klau dia sendri rasa dahaga.

bila dapat gaji, 1st yg kena beli, susu nilah.
slalu susu dia aku shopping kat alor setar. ada 1 kedai farmasi cina ni, murahhhhhhhhhhhhhhhhhhh dr smua tempat.
tapi dr kangar jauh kan nak g alor star. buang masa.
tapi, since aku punya kelas OUM kat sana, so no hal. bila g kelas, blh g beli susu. tak jauh pun dr OUM tu, sekangkang monyet je.
kadang2 beli kat Tesco. bila ada sale, slalu murah jugak kat sana. bila murah, borong bnyk2 trus.

standard harga susu Fernleaf 1+ size 900g ni dlm RM22.00++. klau kat farmasi cina tu dapat harga rm20.90. situ paling murah yg penah aku jumpa. Tesco klau ada sale kadang2 dpt harga RM19.90. klau tak sale, harga standard RM22.00++. pernah jumpa harga RM23.00++. huiiii.. klau kat kedai2 or supermarket lain kat perlis ni sama jugak, RM22.00++. nampak beza harga tak banyak, singgit 2 je kan? tu klau beli sebungkus. tapi klau skali beli 5 bungkus? banyak gak kan bezaaaaa. dah jadi mak kena pandai edjas yehh..

baru ni ada info dr kawan aku. anak dia minum susu sama jugak, so klau memana ada sale, haruslah share. katanya pasaraya kat simpang 4 susu murah. laju2 ahkak pegi okehh..
tgk kat sana RM21.60. ok, blh terima. klau tak g alor star, blh beli sini je. masih murah dr supermarket lain. nak pegi pun tak jauh.

susu Fernleaf ni jarang sgt nak ada sale. slalu Dutch Lady ngan Dumex je. so, pepandai la cari kat mana murah. then susu ni mcm tak glamer sgt kut. ke sgt laris sebab susah nau nak dpt. tak da la susah sgt. tapi klau g carik kadang2 ada 2-3 bungkus je. cepat habis stok. klau yg lain, banyak jeeee.. stress ahkak nak ulang g beli.



next is diapers..

ni stok diapers Amni pulok..
Mamy poko ada, Whoopee ada, Drypers ada. smua dia blh pakai termasuk PetPet. now amni dah besar, aku dah tak beli Mamy Poko dah. dlu, mlm pakai mamypoko, siang pakai drypers@petpet. skang ni mamypoko beli yg pants je utk pakai g jln sebab senang nak sarung@tukar.

diapers brand lain kulit amni tak blh terima. whoopee blh pulak. lega banyak sebab whoopee murahhh. pek besar dlm RM26.00 camtu. patern lebih kurang drypers tp nipis sket. pakai dlm 2-3 jam kena tukar. ok la kan? sepadan dgn harga. tapi kat perlis takda whoopee.. ke ada tapi aku tak jumpa?

aku beli whoopee ni utk pakai pada masa tertentu je. 1 waktu pagi pas mandi. utk weekend jelah, hari lain dgn pengasuh kan. slalu aku mandikan dia pkul 8.30-9.00 pagi camtu. amni pulak, slalunya dia akan berak dlm pkul 10 ke 11 pagi. jarang la dia nak berak petang or mlm. bl pakaikan diapers pas mandi wangi2 smua, lepas setengah jam, eh berak pulokkkk.. stress mak kau bl tgk diapers masih kosong. membaziorrrrrr. mak bukan kaya nak. so, cari solution. bl dia blh pakai whoopee, mak syukur nakk. kau berak sehari 4 kali pun ok. diapers masih kosong pun tak la rasa membazior sangat sebab murah.. hihi.. bila dah berak, aku akan pakaikan dia drypers. tahan la sampai tghr camtu.

next is mlm. tiap2 hari rutin sama je. aku slalu mandikan dia dlm pkul 7 camtu. time tu pakai whoopee dulu. dah melasak, makan bagai, main, dah berpeluh, nak tdor kena tukar baju diapers smua. aku tak suka nak tdor dgn masam2 tu. kang bgn tdor lagi masam. no no. aku punya stail nak tdor pun aku pakaikan dia bedak. nanti nak peluk2 time tdor wangi jeeeeeeeeeeeeee..

slalunya dlm pkul 10 baru tukar smua. so, pakai whoopee dlm 2-3 jam camtu. kadang2 tak penuh pun. bl nak tdor aku tukar baju diapers smua. walau tak penuh tukar jugak sbb takut tgh malam tak jaga kang bocor pulak kan? dah nak tdor tukar pakai drypers. dulu pakai mamypoko, now kita pakai drypers sajork.. dulu masa pakai mamipoko mmg tak risau nak bocor ke hapa. sekarang ni adalah jugak sekali 2 bocor. tgk keadaan. budak kenit ni tdor meniarap. so, pakailah bapak mamypoko pun bule bocor. bgn pagi mak kena check tgk kondisi diapers dia. klau ok, tak payah tukar. klau rasa2 nak full, better tukar sesiap sebelum mak g keja sbb blh mengundang kebocoran.

stok diapers ni pun kena sentiasa ada at least 1 bungkus yg blm berbuka. kut tetiba pengasuh bgtau diapers habis takda la tergagau2 nak g beli kan? jumpa sale kat mana2, murah, zassss beli. busuk2 mesti beli 2 pek. diapers ni pun sama. aku slalu angkut kat farmasi cina kat alor star tu. tp kat supermarket diapers slalu buat sale, so tak la risau sgt mcm susu tu. tapi kat farmasi tu still murah la. drypers pek besau tu klau tak silap RM30.90 camtu. mamypoko pun murah dlm RM34 kut. ntah. tak ingat sgt. kira harga dia lbh kurang sama bila supermarket buat sale. so, mak kena bijak memilih yehhh..

dah jadi mak ni, kena alert. ada sale so jommmm. susu murah, diapers murah, barang dapur murah, mari kita beli. tapi beringat. klau gaji sebulan 16k takpe. tak payah tgg sale, bebila blh shopping. nak beli baju anak pun sama. takat nak pakai hari2 buat basahan, kita beli yg biasa2 sudah. biar kena dgn kemampuan diri. nak beli apa2 pikir, penting ke idok? saving ada ke idok? mak aku slalu pesan, dari membeli benda tak tentu hala baik la simpan dlm bank. yelah.. kadang2 tu beli jugak. reward diri sendri or belanja anak apa2.. tapi ingat, jangan sampai membazir...

1 comment:

  1. Saya belum ada ank..tapi dah dpt agak, klu ada ank msti kite pntingkn kperluan ank lebih dr kperluan kite kn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...