Wednesday, October 09, 2013

Rumahku Syurgaku

Alhamdulillah dah masuk 2 tahun aku stay kat umah sekarang..
Alhamdulillah jugak, dah ada rumah sendiri. syukur, tak payah menyewa dah.

selepas 2 tahun, baru aku ada kekuatan nak share pasal rumah. sebelum ni segan and mcm2 perasaan ada. sebabnya, biarlah aku saja yg tahu. now aku share kat sini sebab blog ni blog aku, dan bnyk simpan kisah2 aku. apa yg aku bakal cerita pasal rumah aku ni bukan lah niat nak menunjuk ke, nak riak ke nak apa ke. takkkkkkk.. just share!

lagipun aku suka baca blog org lain yg crita pasal umah masing2. nak2 yg deco umah cun2. wahhhhh.. terus naik semangat aku. hahaha..

dulu aku segan nak crita, lagipun rumah aku dulu takda apa sgt. yelah baru masuk kan, tak da menda sgt. just benda yg basic. so, kita buat sikit2. ni dah 2 tahun bnyk lagi yg tak ada. takpe lah, smua tu keperluan je. takda pun bukan tak blh hidup. ada duit lebih sket, kita buat apa yg dirancang tu. slow2 lah ye. kami pun bukan duit bnyk sgt. dahulukan mana yg penting. hias rumah cantik2 ni sebenarnya lebih kepada kepuasan diri sendiri jugak. bukannya nak berlawan dgn org. tgk org ada, kita pun nak ada. takkkkkkk.. aku suka je hias rumah, suka umah nampak cantik, kemas. bila balik keja, rumah elok je, mesti la suka kan? kita pun nak duduk lama kan, harus la nak umah kita cantik.

kami stay umah ni lebih kurang umor Amni jugak. kami pindah masuk masa umor Amni 2 bulan 2 minggu camtu.


ini antara yg sempat aku snap kan. tak bnyk. sebab masa rumah tgh buat, aku tgh mengandungkan Amni. tak dapat la nak g slalu. pegi tengok tu blh kata setiap minggu, tapi tgk dr dlm kreta ja. laki ai is caringggg sgt tak bg bini gemok dia keluar. dah la bwk perut, jln pun tak nampak bwh kan. tempat buat rumah ni tau jalah, barang bersepah, kang tersadung kayu ke, terpijak paku ke, sepak bata ke apa ke, tak ke haru. dan rumah ni hampir siap masa aku dlm pantang. lagilah aku tak dpt nak tgk saat2 hujung nak siap tu. bnyk gak la yg tak kena, but redho jelahhhhhhhhhhh..

ye, kami buat rumah, bukan beli rumah yeh. Alhamdulillah, rezki kami laki bini anak beranak, rumah ni bapak mertua tersayang kasik. hadiah kawin lah lebih kurang. auwwwwwwwwwwwwwwwww..
laki aku 2 beradik saja, so takda hal sgtlah ayah nak kasik harta kan? heheheh. syukur la atas rezki ni. oleh kerna ayah kasik, so umah kami sekangkang kera ja dgn umah ayah. belakang umah dia je pun. so, jimat lah disitu tak payah nak beli tanah lain dah. buat belakang umah dia sbb tanah belakang tu luas lagi and anak2 dekat je dgn dia. jerit pun blh dengar. so, jiran terdekat aku ialah mertua. hehe..

modalnya haruslah dari ayah. dari tambun tanah, sampai naik umah. plannya dari kami laki bini tapi kena dpt persetujuan ayah. so bnyk gak la yg aku idamkan tak dapat nak realisasikan. kena pulak aku pregnant yg alah mcm ke hapa then tak dpt la tumpu perhatian sgt, pastu duk pantang pulak. nak lebih2 kang org tarik balik, haaaa, ambik la kau tiang ngan dinding je yg ada, padan muka kan? kena ikut kehendak tuan tanah lah ye.. pasrah jelahh.. hehe. tapi hal kecik jelah tu. nak dapat gini sapa je nak kasik kan? ada la jugak spoil sket dr kontraktor umah tu tapi tak pyh lah aku crita kat sini sebab smua dah lepas lama dah. redho jelah skang ni bila tgk part umah yg ada yg tak kena tu.

dah jadik rumah, ayah lepas ke kami lah. so, wiring, barang elektrik, pintu dan cat kami setel sendiri. makan puluh ribu jugak lah yg tu smua. nak pusing2 carik barang pun tak sempat sgt, so grab je mana yg ada. sebab? aku baru lepas pantang, amni kecik lagi nak usung ke mana2, pastu kejarkan aku nak masuk keja lepas cuti bersalin and nak kena keluar umah sewa. nak harap ke laki aku pun tak blh sgt sbb dia sebok sgt kat opis time aku pantang. sbb time tu jugak la staff unit dia sorang dah resign, so bnyk yg dia kena kaver. kadang2 seminggu keja langsung tak cuti. huhuhu...

tak ada pulak gambar yg proper sket. ini je yg nampak. bnyk pulak props tambahan. model kecik ada, sampah duk tergantung kat gate pun ada, anak kucing pun ada.. hahaha..

dlm masa 2 tahun, ada la tambahan sket2. duit dah bnyk habis masa nak masuk umah, so kepada hal yg tak penting tu kita ignore dululah. dah ada tempat berteduh gini pun dah besar rahmat dah.

bnyk lagi yg nak buat. insyallah slow2 la pasni. now amni dah besar sokay la. dlu dia kecik, duk tumpu ke dia je, rumah pun tak buat apa sgt.

lepas ni aku nnt up entry pasal dlm umah dan yg sewaktu dgnnya. seronok tgk umah org yg deco cun2, ai pun nak share jugak.. hikhikhik... doakan aku rajin menaip yeh..

1 comment:

  1. Alhamdulillah..cantek.rezeki kamu dan ank..best ada rmh sndiri nk deco

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...