Search This Blog

Loading...

Tuesday, November 26, 2013

4th annivesary

minggu lepas, dah cukup 4 tahun kawin.
alhamdulillah.. syukur atas cinta yg dibina ini.
moga2 terus dikukuhkan cinta antara kami ini ya Allah..

20 november thn ni jatuh hari rabu. a days before pun kami ah sebut2, tak lama dah annivesary kita. so, on that day, mcm takda apa2. memasing bizi hal memasing. baru 4 tahun kawen dah gini yek? lagi 10 thn cemana pulok..

masa kat opis, incik suami call and wish happy annivesary.. hiihi.. slalu isteri wish dulu, kali ni dia dulu. so, plan nak dinner mlm tu. tapi dia takmo celebrate lagi. nak celeb on 22 katanya. sebab kenduri kat umah dia on 22 nov. hari tu baru dia benar2 jadi suami. cisssssssssssssssssssss..

dan mlm tu mmg tak j adi dinner together gether sbb apak mentua beli pizza and panggil mkn sekali. oklah, kira ayah belanja on our annivesary lah. kenyang perut mkn free.
next day, plan lagi skali nak dinner. bila tiba mlm kejadian tak jadi jugak sebab pegi umah mak sedara aku. ada hal sket, langsung makan malam kat umah dia. haruslah kenyang berganda2 sebab mak sedara aku ni bukak kedai makan. bertambah2 laki bini makan. hahaha. makan free lagi kan?

tapi on 22 nov, betul2 kluar dinner. dah2 nak g celeb annivesary ni papa oiii..
kami kan sangatlah jarang kluar makan luar and keluar malam. so, bila nak kluar tu menggedik tak ingat. sesaja nak kluar jalan, memang tak. nak keluar makan pun payah. mlm tu kena keluar jugak sebab nak beli roller blind utk dapur. so, sekalikan dengan dinner. lagipun esoknya sabtu, aku tak keja. takda la terkejar2 nak blk umah klau lewat pun.

so, mlm tu berkobar2 la nak kluar dinner, carik barang and also jalan2. amni menggedik2 sronok bila kata siap cepat nak masuk keta, nak tgk lampu cantik. decide nak mkn kat Arau. dr umah dlm 8km jugak nak ke sana. all the way tu bercakap tak benti mek kenit tu. dia pun dah lama gak tak bawak kluar mlm. seronok dia tgk lampu cantik.
sampai Arau, g carik roller blind dlu. aku dah usha dah siang tu. tapi tak beli dlu kut tak cukup inci. balik umah tu ukur dlu, so lepas. mlm tu angkut laki g beli. tak koser la aku nak bawak. berat dan panjang. hehe.. setel beli jom kita g makan. mak incik dah lapor.

nak makan western and nak try restoren baru. manusia agak meramai. dah pkul 10. order, 10 setengah lebih jugaj baru dpt makanan. Amni dah mula tunjuk perangai. budak tu pun menurun bapaknya, klau g memana, boring sket nak balik. makanan baru sampai, dia dah start boring. nak ajak jln2. mak pak dah lapar. dia pun lapar jugak, so mari mengamuk. kiri kanan meja ada org. hadui laaaaaaaaaaaaaaaaa... so mak  keta take over. biar ke bapaknya mmg silap2 bungkus la chicken chop tu blk mkn kat umah. bawak dia g Guardian, beli biskut. umpan sket, seb baik senyap. dpt makan, dia sket la. mkn biskut habis sekeping setengah and mak pak pun dapat mkn. aku mkn chicken chop, incik suami makan fich and chip. dah nak habis makan, Amni baru nak ngendeng. nak ayam aku tu. banyak jugak dia mkn. aku klau chicken chop, kuah mushroom je, so dia pun bule mkn. tunggu dia mkn pulak. takpelah anak, asal awak mau makan, mak ok je.


ini je gambar di hari kejadian. sebelum balik, tapau kek choc crepe. sedap!
makan kat restoren ni, Blackwood. chicken chop aku pun sedap. papa punya biasalah lah fish and chip. nak ambik gambar malu dgn jiran2 meja sebelah. ngan anak duk meragam, tak koser la aku nak amik gambar.

itu je citer annivesary thn ni. mcm biasa, keluar dinner laki bini. hadiah? ada tak ada, tak kisah sangat. tapi thn ni aku mintak hadiah. hahahahaha..

moga ikatan ini berkekalan untuk annivesary akan datang. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...