Search This Blog

Friday, November 29, 2013

Amni dan Hello Kitty

anak dara aku yg sorang ni, klau dengan Hello Kitty, haishh dia punya gedik tuuuu.. suka sungguh. dengan yg lain tu, gedik jugak, tapi tak over sgt.
tak taulah cemana leh suka. bukan tak beli yg lain, beli. tapi tengok kecenderungan dia pun lebih kepada anak kucing tu, so kita turut jelah.

maybe sebab beliau comel kan?

comey kannnnnnnnnnnnnnnn? macam comey jeeeeeeeeeeee..
hish, rasa mcm nak tamparr..

dah dia suka, banyaklah koleksi hello kitty dia. mak pak la duk belikan. dia mana tau kan? klau tak beli, mana dia kena hello kitty ke pooh ke mickey tu smua. Amni kan cepat je ingat, so banyak kartun dia kenal. mcm2 ada kat umah tu, tapi minat dia lebih ke hello kitty. aku dlu tak minat pun, tapi since ada anak, tersuka jugaklah..

antara dolls hello kitty yg dia ada. 1st dolls aku beli masa dia demam. before this takda dolls. aku tak nak ajar sgt beli dolls. slalu aku beli buku kaler or mainan apa2 yg ada gambar hello kitty. tu pun dah melambak. kat sini, tak susah nak carik yg fake. murah2 je. kat padang besar nun melambak. bantal, selimut, baju, kasut, sikat, pinggan, smua ada.
1st dolls gambar yg bawah yg paling kanan tu. time tu dia demam. pas beli, duk peluk tu je sampai tdor. yg atas maknjang dia belikan. yg besau tu bapak dia belikan. baru lagi. beg hello kitty, maklong eija belikan. pastu beli lagi kat McD baru2 ni. pelapik pinggan pun beli hello kitty..
klau nak g memana, harus dia usung sama. dia pun mcm tau klau siap lawa2, siap bawak beg baju bakul susu bagai, mesti nak g jauh or lama. so, bawak dolls. heret habis 3-4 ketul masuk kreta. sabar jelah. klau bangkang, kang nangis.


ni koleksi baju pulak. go round the clock.
1st, aku beli kat bandung. kain tebal and best, rm12 je kut sepasang.
2nd, maknjang@adik aku belikan. gaun tdor.
3rd, mama belikan. dia paw aku kat bazar raya. dah nampak, terus pegang xmo lepas.
4th, maklong eija belikan masa raya puasa lepas. cantik sebab hello kitty tu timbul, ada bulu2.
5th, auntie huda kasik masa raya haji lepas. nice sbb long sleeve. mama suka. eh?
6, maklong perlis@kakak suami aku kasik. pink aum aum.. hihi

smua tu dia suka. klau aku ambik baju hello kitty, dia akan belek dulu siap cakap, "wauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu, baju ello itty.." gituu.



ni keja bapaknya. sakittt hati maknya, tapi ku tahan demi mu anak. ni deco2 dlm bilik tdor namanya...
dia print banyak2 gambar hello kitty yg cun2, pastu bwk balik. menjerit2 kenit ni sronok sbb hello kitty ada banyak katanya. pastu apaknya ajar, bawak lekat kat dlm bilik. memula nak lekat kat play area amni. nooooooooooooooooooooo! sory aku nak bg. comot! so lekat dlm bilik kat hujung tilam Amni. sebelum tdor, belek dulu hello kitty tu siap bercakap bercerita bagai. haishhhhhhh..

bnyk lagi koleksi dia. yg lingkup pun ada. hahaha. pooh pun dia suka. mickey pun sama. upin ipin, boboiboy, mcm2 lagi. budak2 kan? comel, colorfull, harus la suka. mak pun kadang2 sama jugak. hahaha.


ini rancangan kegemaran kami sekeluarga sekarang. +______+
memasing layan la katun hello kitty ni. padan muka kan? sapa suh download sgt. hahaha..
tapi ni lah satu2nya cara nak bg dia tgk tv, duk diam tak kaco mama buat keja. tapi susah nau la nak carik kat you tube video hello kitty. kadang2 crita ni dah ulang 4 kali, Amni duk nganga tengok lagi siap terpegun2 bagai. padahal dah tak tau brapa kali ulang. bertabah la maknya nunggu sampai dia jemu nak tukar tengok citer industan.
klau buka katun lain, dia layan 5 minit je, tapi yg ni siap ulang2. upin & ipin tu, takat 5 minit je. yg lain pun sama. hari tu aku beli cd pooh. ada tiger bagai. dia tgk la jugak dah baru. lama2 tak nak dah. pastu cakap nak hello kitty. pfffffffffffffffffff..
video ni ada 1 part tu hello kitty tu lemas, pastu dia menangis. tau anak aku jadi apa??








































nahhhhhhhhhhhhhhhhhh..
menangis sama ok!!!! menjiwai watak sungguh ni. siap panggil hello kitty berulang2 sambil nangis.
"kecian ello itty meni yayau(menangis). parah dah ni. addicted habis. hahahahahah.
aku ingat kenapa lah tgk tgk tv tetiba menangis sampai campak habis botol air. rupanya sebab menatang tu menangis. urut dada mak kau nak oi..







** semenjak 2 menjak ni, Amni suka tgk siaran Astro Oasis yg rancangan Indahnya Iman tu. sebab ada nasyid, ada zikir, ada Asma ul Husna. memang tegak je tgk sampai habis. mama lagi suka nak!! nanti mama download kasi awak. dah tak payah hello kitty, sakit kepala mama tengok. kita layan qasidah Ya Hanana eh?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...