Search This Blog

Loading...

Wednesday, November 20, 2013

Dobi area

meh nak konsi ruang dobi ahkak..
tengok laundry korang2, huii kemain. jeles ahkak kat sini..

rumah kampung ginilah.. open je ruang basuh membasuh ni.
ruang ni haruslah kat belakang umah. dinding hijo tu dinding dapor aku.
mesin basuh tu hadiah kawen. pak sedara hubby kasik duit, dari membazior baiklah kita beli barang utk rumah. so aku beli mesin basuh. ada balance lagi, aku beli periuk nasi dgn  blender. setel..

mesin tu elok lagi. yelah baru 4 tahun kan? tapi nampak cam buruk sket sebab memula pindah umah ni, letak kat tgh panas je. kat situ jugak lah tapi memula takda awning. pas berapa bulan kut baru buat awning belakang. kesian mesin basuh aku kena hujan panas.

penyidai besi tu beli kat home expo thn lepas. murah, stainless steel, sambar terus. rm60 jewww.


rak kayu sebelah mesin basuh.
baru menetap kat situ lebih kurang sebulan kut. sebelum ni aku susun je semua bekas2 tu kat sebelah mesin basuh. tak praktikal kan? kemas2 umah, rak kayu tu mcm tak tau nak letak mana, so kita letak situ dulu. memula beli duk kat dapur. masa kat umah sewa dulu. dah pindah, aku buat letak novel2 aku. utk novel dah beli rak baru, dia ku bagi tapak baru. mcm tak sesuai sebenarnya sebab kena hujan panas. lama2 nnt mesti rosak :(.. takpe, nanti kita ganti.

rak atas tu ada softener baju. sabun mandi amni pun ada sebab kadang2 aku mandikan dia kat sini. lagi laaaaaaaaaaaa dia suka. cakap nak mandi kat luar, menonong je pegi. luaskan? sambil2 aku buat handwash, aku mandikan dia skali. dlm raga kecik  kaler hijau tu ada penyepit baju kecik.. yg besau, utk penyidai besi tu, kena guna penyepit besau.
rak ke 2, sabun basuh. bekas hijau, sabun Amni. next, sabun mak paknya.
rak bawah, stok sabun.

pandangan dari dm rumah. dari pintu dapur. ruang ni memanjang sama panjang dgn umah aku. so, dari hujung sini sampai hujung sana aku blh sidai baju. syokkan?? nak sidai cadar 3-4 helai pun takdak hal. kena pulak, belakang ni belah matahari jatuh. baju confirm dapat panas secukupnya. pkul 11 dah panas lit lit. lebar, dlm 5-6 kaki juga kut. depan tu longkang. tinggi, sebab masa memula nak buat umah, kami tambun tinggi. bebas banjir. hehehe


semak samun depan umah. tapi mulai minggu ni dan akan datang, akan hilang semak samun tu smua. sebab pemaju dah start keja. kawasan sebelah umah aku ni luasssssssssssss sgt. khabarnya diorg nak buat rumah kedai. dah lama tambun tanah pun. aku duk kejan2 laki aku dah suh pasang pengadang kat pagar tu. kang nampak habis sampai dlm umah kan?


pandangan belakang. sebelah sini takda awning. insyallah ada duit lebih, nak pasang awning jugak. besau tu pun mau RM1k okeh. dah pasang semua, senang nak sidai baju kan? kalau hujan, angin kuat, basah jugak baju klau sidai kat penyidai besi tu.

tu nampak umah jiran aku. bukan og lain pun, pak sedara jugak. jiran depan, pak mentua aku. umah aku tengah2. tu jelah jiran aku. hahahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...