Search This Blog

Saturday, November 30, 2013

Punca Pasangan Kahwin Muda Cerai Talak 3

tala
KULIM - “Saya kahwinkan dia kerana dia telah diperkosa,”
Itu kata ayah kepada remaja perempuan Nor Fazira Saad, 13 yang diceraikan talak tiga oleh suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20.
Ayah Nor Fazira, Saad Mustafa, 44, berkata demikian kepada akhbar The Star dalam satu laporan eksklusif ekoran kisah penceraian pasangan remaja terbabit yang tersebar luas di media.
Menurut Saad, dia mengizinkan pernikahan anaknya dengan Mohd Fahmi kerana Nor Fazira telah diperkosa oleh Mohd Fahmi dan dua kawan lelakinya empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.
Saad memberitahu The Star bahawa kes itu telah dilaporkan kepada polis pada 15 Julai 2012, namun dia didatangi ibu bapa Mohd Fahmi selama beberapa hari berturut-turut merayu agar laporan itu ditarik balik kerana tidak mahu Mohd Fahmi disabit kesalahan dan menerima hukuman penjara.
Ekoran rayuan itu, dia sebagai bapa memahami permohonan mereka dan bersetuju untuk menarik balik laporan polis yang dibuat serta menikahkan anaknya dengan Mohd Fahmi yang ketika itu berusia 19 tahun pada 17 November 2012.
Nor Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta cerai. Saad turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi makan oleh keluarga mertuanya.
Mohd Fahmi yang ditemui oleh The Star pula menafikan dakwaan Saad dan berkata dia hanya meniduri Nor Fazira setelah mereka sah diijabkabulkan.
Memetik Mohd Fahmi sebagai berkata kepada The Star, dia menceraikan Nor Fazira kerana bekas isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki dari Kuala Ketil.
Nor Fazira juga ujar Mohd Fahmi, biadab terhadap keluarganya dan tidak pernah memasak serta selalu keluar dari rumah sekiranya tidak puas hati, menurut sumber Awani.
Mohd Fahmi turut menafikan dakwaan bahawa Nor Fazira didera dan tidak diberi makan. Tambahnya lagi, keluarga mereka melayan Nor Fazira dengan baik walaupun perlakuan remaja wanita itu teruk.

sumber

rasanya semua dah tau kut kes ni. last week kan kluar kat newspaper. mcm ada yg tak kena dgn berita ni.
dah lama tak mencecah hal duniawi mcm ni kat blog. slalu crita pasal diri sendri je. kali ni terasa nak share pendapat aku. diingatkan pendapat. jgn ada yg nak maki aku pulak bila baca entry ni. ini apa yg aku pikir dan aku nak share. org lain pun masing2 ada pendapat masing2 kan? so, mari kita hormati pendapat masing2..
umo 13thn dah nak bg kawen? memula baca mmg aku tak setuju langsung. perempuan umo 13 dah bg kawin. suami 17thn eh? alasan, selalu keluar nak elak maksiat, so kawenkan sajalah. so lepas la tanggungjawab mak bapak kan?
baru setahun kawen dah kena cerai talak 3. umo baru 14thn dah jadi janda.. wallaweiiiiiiiii..
sebelum nak kawenkan anak tu pikir tak masa depan dia klau 1 hari suami dia tinggalkan dia? dah benti skolah sbb nak kawen. klau anak jutawan takda hal la kan? now, apa nak buat? nak mohon masuk skolah balik? nak keja, nak keja apa? nak pakai kelulusan apa? klau 1 hari ada rezki keja sendri, alhamdulillah..
katanya kena dera ngan kluarga mertua. hmmmm. cerita menantu dgn mertua biasalah kan? mertua dpt menantu perempuan, bajet menantu blh buat keja umah, blh masak, blh urus rumahtangga. tapi menantu baru umo 13thn. nak urus diri sendri pun blm lepas, inikan pulak nak urus rumahtangga. so, gaduh. itu biasa kita dengar kan? pastu suami cemburu sebab isteri ada hubungan sulit dgn org lain. haiyaaaaaaaaaaaaaaa...
now kluar pulak statement kenapa kawenkan anak awal sgt lepas kena hentam dgn orang. hmmmmmm..
macam2 hal kan?
klau aku jadi mak bapak budak perempuan tu, aku pikir panjang dlu nak kawenkan anak aku yg baru umo 13thn. yg baru masuk alam remaja. yg baru nak jadi org. baru masuk sekolah menengah. ntah ke period pun blm datang lagi. ayat laki aku, kencing pun masih bau nestum. hahaha
klau pun alasan anak kena rogol, sebab tu kawenkan? logik ke? selesai ke masalah? bukan ke negara kita ada undang2. anak itu masih dibawah umor. hmmmm, mungkin mak bapaknya diorg ada alasan sendri kan?
now, dah jadi lagi 1 masalah. tak tau lah apa alasan mak bapaknya dedahkan keaiban anak dia yg kena rogol sebelum kawen tu. sepatutnya, pada aku, tak payah la di bgtau 1 malaysia pasal tu. kan dah malu 1 family. benda dah lepas. dah diorg dah takda jodoh, dah kawen awal, bercerai, redho jelah. biarlah apa org nak kata. lama mana sgt kan? lama2 diamlah. tapi bila dibuka aib anak tu, lagi bertambah mulut2 org bercakap. haishhh.. tak paham aku.
pada aku zaman sekarang, nak kawen muda, umo 20 pun pada aku muda lagi nak kawen, aku tak berapa sokong. tgk kepada keadaan. klau kewangan stabil, suami dah matang, alasan nak elak maksiat, so go on lah. susah kut kita nak tgk pasangan yg kawen muda kekal bahagia lepas 10 thn kawen. silap2 baru setahun 2dah goyah. jgn dibandingkan dgn zaman mak pak kita dulu yeh. aku cakap zaman skang ni, yg menujuk negara maju ni. umo 20 dah kawen. memula seronok la. nak gosok2, nak manja2, nak peluk2. dah setahun 2, ada anak, kewangan blm stabil, otak pun tak matang betul, enjoy zaman remaja pun blm habis, kluarlah macam2 crita. bukan tak ada org yg kawen muda tapi bahagia. ada. alhamdulillah.
klau istri umo 20, tapi suami umo 27, so suami maybe dah matang. dah blm bimbing istri klau ada yg tak kena. blh tegur sbb dia lebih tua, blh pikir rasional. klau dedua umo 20? dedua baru habis skolah, baru nak keja, kawen thn ni thn depan dpt anak. pastu nak enjoy, nak sronok, umah tangga terabai. org sekarang aku tgk, pada diorg kawen, pastu cerai mcm takda apa2. tak kisah umo 20 dah jadi janda. mcm takda apa2. kawen, tak suka, tak serasi, cerai. Ya Allah....
klau dah jodoh, dah sampai seru, nak kawen muda takda hal. pikir dgn matang, ada masalah selsesai elok2, bertanggungjawab, ok je kan? jgn nak dipikir hati muda, darah panas tu. ada masalah, bincang, tak setel, tanya org yg lebih pakar, tanya org tua. jgn buat keputusan melulu.
klau tanya pendapat aku, seeloknya, penuhkan ilmu didada dlu. kewangan biar stabil. tak perlu kaya, cukup klau blh sara diri dan keluarga. hidup sederhana kalau bahagia takda hal. dah kawen, duduk elok2. rumahtangga mana yg tak dilanda badai kan? tapi selesai elok2.
org muda, pikir nak seronok. bila terbeban dgn tanggungjawab, mula rasa tertekan. bila akal waras hilang pertimbangan, tiada bimbingan, buat keputusan tanpa pikir panjang.
wallahuallam.. sekadar pendapat aku.

2 comments:

  1. Dah 3 thn lebih post ni baru baca...

    ReplyDelete
  2. Pada pandangan saya pula tak mendatangkan mudharat pada pasangan yang ingin berkahwin muda walau di zaman bila sekalipun asalkan boleh bertolak ansur dah satu2 permasalahan.
    Juga pada saya,ianya terdapat banyak manafaat disebalik keburukan, tanggungjawab akan lebih mudah dibentuk dalam diri pasangan ini keranamasih lagi"fresh" dari segala masalah2 duniawi..ada yang kata "selagi muda ni enjoy puas2 dulu, bagi rasa semua benda (termasuk yang dilarang agama) nanti nak kahwin nanti berhenti la".
    Ini adalah ayat biasa yg diungkapkan oleh hampir kebanyakan org kita tp adakah senang2 mak berhenti?? Nonsense!!!
    Pada pendapat saya berkahwin di usia muda ini adalah baik. Hanya pandangan saya.
    Saya sendiri berkahwin pada usia yg muda iaitu 20 tahun dan isteri berumur 19 thn. Alhamdulillah sehingga hari ini usia perkahwinan saya sudah mencecah 17 tahun. Pada dasarnya yang paling penting adalah teras agama dalam diri pasangan, sikap Api dan Air dan pemahaman pasangan itu sendiri tenrang perkahwinan.
    Walaupun usia yg pada kita boleh dikatan matang tp kalau tiada pemahaman sebenar tentang pernikahan itu sendiri bermakna tetap sama..hancur..ramai yang beekahwin di usia muda tetapi berjaya mengharungi kehidupan mereka lebih berjaya dari pasangan lain yang lebih berusia dan "LEBIH MATANG" dari mereka..jd pada saya ini bukanlah soal usia tp pasangan itu sendiri.
    Wassalam

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...