Search This Blog

Loading...

Friday, November 29, 2013

Roller Blind baru utk tingkap dapur


dah 2 tahun, tingkap dapur aku tak da curtain yeh.. hahahahah
bongok btui.

dapur aku luas. nnt aku buat entry lain. now nak citer pasal roller blind dlu sebab baru beli. ahahah..
tingkap dapur pun luassssssss.. memula buat plan umah, bnyk benda tak sempat pikir. now menyesal.. takpe2, benda dah lepas.
aku org kg kan? dah terbiasa dapur luas, bule buka tingkap luas. nak pengcahayaan yg bagus dan pengudaraan yg bagus. so aku buat  tingkap besar. ngeh2.. now, agak menyesal gak la. masa buat plan, yg melukis pun tak bg cadangan apa yg ok apa yg tak. so, just proceed submit ke kontraktor.

ni gambar lama.
nilah dapur aku. jantung umah aku.. hihi.. luas kannnn? blh buat island kat tgh, tapi aku tak minat. kang daur jadi sempit balik.
tu next entry kita cita..

nampak tingkap besau kat kiri kanan dapur? aku suka sebab terang ja dapur aku. dasar org kg kan? hahaha.. tapi ada jugak masalah lain yg aku tak perasan masa buat plan. but sokay..


tingkap yg dimaksudkan..  pintu putih tu nak ke dobi area. dgn tingkap ni aku takda hal, dgn tingkap sebelah sana tu ada sedikit masaelah.. nnt2 aku cita.

sebelah kiri ada curtain. sepatutnya sebelah kanan pun ada curtain. tapinya, laki aku tak pasang kaki utk pasang curtain. lagipun katanya, takda sapa nak tengok pun. pffffffffff..
sebelah yg takda curtain tu, belakang tu dobi area aku. next, kawasan semak samun. dulu la. 5-6 bulan lepas, dah dibersihkan dan ditambun tanah. luassssssss kawasan tu. masa kami mula2 buat umah, tepi tu semak samun la. so, mmg tak nampak la tingkap dapur aku tu. now, dah nampak dapur aku dari jln raya lagi. tak secure uolls.
sebelah kiri tu pun nama ja ada curtain, tapi buka je memanjang. sebelah kiri ada jiran, sepupu pak mentua. tapi diorg pun keja, anak2 smua duk luar. weekend ja ada org.
so kami laki bini tak kisah sgt pasal curtain tu. cerah sket dapur aku kan? org klau datang, ada gak la yg bertanya sbb takda curtain. hahahah.. gasaklah.

baru2 ni, pemaju tanah sebelah ada datang ukur2 bagai. mgg lepas dah angkut barang. menggelabah kami laki bini. kang dorg duk buat keja, nampak terus pulak kat umah aku kan? tingkap dah sebesar alam. bahaha.. gegas la g cari roller blind. aaaaa, salah 1 punca aku tak pasang curtain sebelah kanan tu sebab aku nak beli roller blind. lama jugak mencari. ada jumpa kat nagoya, tapi mahal ya ampun. utk size tingkap aku, sebatang rm250 yeh. pitam! tapi cantik la, ada corak2, ada yg plain. tapi tak kuasa la nak beli. beli 2 mau 500 melayang. tak sanggup.

last week, usha2 kat kedai yg aku slalu beli barang plastik, skali ada yg berkenan di hati. dlu ada jugak, tapi just ada kaler putih ngan kelabu. pastu roller blind jenis kayu tu. takmo, old skol. haha. g tgk hari tu ada kaler krim. yay!! baru senada dgn cat dapur aku. nak cari kaler soft brown, nak sama dgn kabinet, tapi nan hadooo..

nak rembat 2 terus sbb sebatang baru rm69.90. tapi incik laki suh beli 1 dlu. test pasang, kang tak elok ke, apa ke, rugii.. baeklah.. saiz 120x80 cm. ngam2 ngan tingkap aku.
dah beli, 1 hal pulak nak pasang. 2,3 hari jugak tersadai. jenuh berzikir. umpan dengan ayam goreng kunyit, baru nak buat. drama btoi laki aku nih..



hasilnyaaaa...


mak incik sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
kikiki.. over!
ni tarik separuh ja. tu kat tingkap tu nampak tak tanah belakang umah aku? dah pacak tiang okehh? cepat btoi diorg buat keja. pasni mesti bising, gegar, habuk..


1 lagi.. ciwi nih.. hihi
mlm2, kita tarik bnyk sket ehhh... suci murni je nampak kan? beli warna cerah ni  bnyk risiko nak kena pikir. tapi klau beli kaler gelap, kang gelap pulak dapur aku. tak suka.
aku prefer blind ni dari curtain. nnt nak sambar 1 lagi utk sebelah sini pulak. bukan susah pun nak pasang, laki aku saja drama lebih.


dari pandangan pintu masuk dapur. roller blind lagi best kan dari curtain???
curtian tu lawa, english style, tapi aku tak berapa suka. mcm tak kena dgn konsep dapur aku. 

masa tgh ambik gambar ni, laki aku lalu pulak. siap perli aku over sbb ambik gambar. biaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ar.. dapur kiteeeee..

pasni nak menabung nak buat grill utk tingkap dapur. kena buat cepat sbb org blakang dah mula keja. memula masuk umah, bajet tak cukup, aku buat grill utk pintu saja. tu pun dah beribu. pastu nak beli hood dapur.. hihihi.. tunggu bonus thn depan.. krik krik krik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...