Search This Blog

Loading...

Monday, November 25, 2013

Stok bawang

kalau dalam entry2 resipi aku sebelum ni, aku slalu mention aku buat stok bawang kan?
yeszaaa... kalau ada stok bawang ni, senang keja aku nak masak.
senang dan cepat!
blk keja, sap2 soi ja nak masak.
tak payah buang masa nak kupas bawang, siang, blender bagai dah..

baru2 ni stok bawang kak yah dah habis. so, marilah kita membuat stok baru utk kegunaan di masa hadapan..


proses mengupas bawang. leceh sket la. tapi kena sabar. hehehe


dah siap kupas and basuh.
bawang merah tu dekat sekilo jugak aku guna. bawang putih, banyak labu jugak, tapi idok le sama banyak dengan bawang merah. slalu klau kita tumis, nisbah bwang merah bawang putih 3:1 je pun kan?
aku lagi suka tumis guna bawang dah siap blend ni dari guna bawang yg hiris. rasa dia lagiiiiiiiiiiii sedap..

tadaaaaaaaaaaaaaaaaa..
dah siap blend. blend asing yeh. nak campur skali pun boleh, tapi better asingkan. bawang merah dpt penuh 1 bekas. bawang putih tak sampai separuh pun.
masa blend tu, masuk air sket je sbb nanti bawang ni kluar air lagi. dah siap blend tapis dulu sebelum simpan.
pasni nak masak, cedok jee.. senang kan?





alang2 kan? aku buat skali stok cili. nak simpan dlm esbox, make sure tumis lama. klau dapat 4 jam lagi bagus. lagi lama tumis, lagi sedap cili tu. nak guna kang tambah gula ngan garam je.
mudah keja kak yah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...