Search This Blog

Loading...

Monday, December 16, 2013

DIY Frame hiasan ruang tamu

merata jugak aku cari kat kedah perlis ni frame hiasan utk ruang tamu aku tu. klau pegi memana mcm penang or kl tu ada jugak usha. ada yg jumpa and berkenan di hati, tapi memikiorkan nak membawak baliknya 1 hal, so tak payahlah..

kat kedah perlis ni limited jugak la kan? ada, tapi tak berkenan. ada yg aku jumpa, gambar tu dah cun dah, tapi frame pulak tak lawa. ada yg frame lawa, tapi gambar pulak tak lawa, ada gambar binatang bagai. takmau2.. ada yg oih dah kena dgn hati tapi nengok ke harga, bule pitam mak incik.. hahaha..


gambar lama. awal tahun kut. masa memula pindah, pakai je dulu kabinet tv comey tu. beli masa duk umah sewa. dulu umah sewa, cat dinding kaler krim. so, beli kabinet tv kaler brown la. dah masuk umah ni, eh, macam tak in je kan? tv pun asalnya pakai je tv kotak tu dlu. dah lama2 eh tak boleh ni, gedik nak bli flat jugak. kehendak tu smua. dah beli tv, eh mcm tak ngam digandingkan bersama. cat dinding ngan kabinet tv tu tak serasi. sakit mata. kehendak lagi kan? beli tv flat tu lama jugak la, tapi tak hang kat dinding pun. sebab aku mencari sesuatu. so, kita letak dlu kat atas kabinet tu. bertabah sgt bl Amni g main kat situ.

tu kat dinding, ada 3 ketoi frame. aku beli jugak walau takda la lawa mana. sebab frame dia putih, hantam sajalah. cemuih tgk dinding tu togel ja. gambar bunga2, jenis 3D. yg tengah jenis potrait, yg kiri kanan jenis landscape. tak lawa kan? dah beli dah pasang, baru menyesal.

dah lama, kehendak dah membuak2. dapat duit kutu bulan julai lepas, aku usha2, dapat la kabinet tv baru yg kena dgn selera. merata pusing kedai perabot.before that, dah jumpa sesuatu yg dicari, baru hang'kan tv kat dinding. pastu letak kabinet tv baru. cun ah!
tapi, pandang atas, frame mencacatkan pemandangan. so, kita kena do something. pikir punya pikir, tingggggggggggggggg, let's DIY.

hasilnya.......................




























frame dan kabinet tv baru. miahaha...
kabinet tu beli bulan ogos lagi sebenarnya. hari ni baru nak crita. hehehe.. itupun jenuh la buat lawatan sambil belajar kat kedai perabot kat perlis ni. der kerna beli lepas raya, dapat harga baek punya. sebab tokey nak habiskan stok raya. harga asal RM1200. kak yah dapat less than 1k. yahoo yahoo aku kat situ. susah oih nak cari kabinet tv kaler putih. ada, tapi agains, tak menepati citarasa aku. dapat black n white ni, huiiiii, seronotnya..

ok, now fokus kepada frame gambar di atas yeh..
aku DIY okeh.
google gambar. jenuh jugak la nak jumpa yg serasi. mcm2 gambar bunga keluar. then kena check size pulak sebab nak besar punya. dinding aku tu besar, klau saiz A3, cenonet je nampak. so, kena besar lagi. size aku tu A2. memula nak A1, tapi tak jumpa saiz yg cun utk print.
kenapa  gambar bunga?
umah aku takda bunga hiasa. ada takat 2 pasu je. so, utk frame hiasan, kita buh gambar bunga lah pulak. bagi berseri sket eh?
dah jumpa gambar, jom kita hantar print pulak. aku hantar kat kedai design, bukan kedai gambar. klau kedai gambar biasa tu, mampos mahal.
hantar print kat Rass Design kat Kangar. opis aku slalu deal ngan diorg, so senang keja. send gambar thru email je. dah siap, diorg call. cepat, murah, senang keja kak yah. dah g ambik, tgk hasil, alahaiiiiiiiiii, sukanya. cun oih gambar tu. oh, sebelum print tu aku tanya gak la pendapat org kedai tu. kang sesia aku carik gambar, print tak lawa.
dah ambik gambar, jom g tempah frame. dan sudah semestinya aku nak frame putih. aku suka yg simple, takmo kerawang2 bagai. takmo sarat2. plain sudah. for me, less is more. hantar pagi, petang auntie tu kata dah boleh angkat. tempah kat kedai yg sama aku tempah cermin bentuk s aku tu. kat Seriab.

dah siap, nak tunggu laki pasangkan, huiiiiiiii, jenuh berzikir.
tapi seb baik laki iolls baik. susah katanya nak pasang sebab bnyk lubang nak kena tebuk. nak ukur bagai. dah la tinggi. kena lak kabinet tv ngan tv dah ada kat bawah tu. kena berhati2 lebih la. sebelum dia buat kena, kak yah dah jamu ayam goreng kunyit banyak2. hahahaha


lawa ke idokkk?
macam2 jenis bunga aku carik, end up jatuh cinta dgn yg ni. nampak match kan? padahal gambar lain2. ada yg gambar cerah, yg lagi cun pun ada. tapi dek kerna dlm kepala otak dah set nak susun frame mcm ni, so kena la usaha carik. nasib  baik membuahkan hasil yg kebaboom pada aku.
gambar gelap, frame putih. ok la kan? ada yg gambar cun tapi kang tak match dgn frame putih pulak.



ok?
ke ko? hahahaha..

total aku habis utk DIY frame tu is less than RM200. bijok dak kak yah? dah murah, cantik pulak tu.. hihihi. klau nak beli, tak dapek la 3 frame dgn harga 200 hengget kannnnnnnnnnnnnnnnn?


haa, pasal sesuatu yg aku kata di awal entry tu, kita sambung next entry eh?

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...