Search This Blog

Loading...

Thursday, December 12, 2013

Keperluan vs Kehendak

dulu zaman skolah, belajar keperluan asas ada 3 je.

rumah
pakaian
makanan

kannnn?

lain dari tu, kehendak.
kereta, barang kemas, henpon, smua tu kehendak.
keperluan means, perlu ada dlm kehidupan.
kehendak means, tak ada pun tak apa, masih boleh teruskan hidup.
tapiii, zaman sekarang ni kehendak dah mengatasi keperluan. sebab?
dah mampu kan? haha..

keperluan utama, nak ada rumah. tempat tinggal, tempat berteduh, berlindung dari hujan panas, tempat beristirehat, nak bersama keluarga. dah kawen, nak ada rumah sendiri. memula sewa. dah lama, nak beli pulak, haruslah nak ada harta sendiri kan? simpan duit, beli rumah. dapat beli rumah, walau kecik, syukurlah kan?
dah lama, gaji naik, ada pendapatan lain, anak pun dah ada, eh nak rumah besar sket. jom cari. rasa mampu bayar, dari umah teres, nak beli umah banglo 2 tingkat. nak bagi keluarga selesa. mampu? so, no hal.
asalnya asal ada rumah dah cukup bagus. dah ada rumah, nak selesa, nak cantik. so, renovate pulak. hias cantik2, buat dapur beribu, buat laman lawa2. mampu kan? so, kat situ kehendak dah mengatasi keperluan.
keperluan, nak ada rumah sendiri.
kehendak, nak ada rumah sendiri yg cantik, yg selesa, yg lawa, yg besar dan segala2 yang lagilah.. ada pool, ada taman, ada studio. gituuuuuuuu..

rumah cantik gini, ada ke yg tak hendak? kalau mampu, takda salahnya ye dok?

sama jugak macam pakaian dan makanan. keperluan, perlu makan dan pakai. makan nasi kosong dgn ikan goreng hari2 pun dah kenyang. tapiii, perut nak jugak makan sedap. nak jugak makan nasi beriani, nak chicken chop, nak ikan 3 rasa. makan apa pun asalnya kenyang. berkehendak  makanan yg lagi sedap, ada duit, so takda hal.
pakaian, beli kat pasar malam pun boleh. janji pakai, tutup badan tu. tapi tgk org pakai cantik, nak jugak. mahal? dah ada duit, beli jelah.

mudah je kan nak paham keperluan vs kehendak.

zaman sekarang ni rasanya kehendak dah mengatasi. rata2 semua bekerja keras utk penuhi kehendak hati. nak kereta besar, nak barang kemas, nak pegi melancong luar negara.
asal mampu, semua jadi mudah. ada duit, semua boleh kan?
paling penting, tujuannya nak hidup selesa. dah kerja keras apa salahnya melabur sedikit utk keselesaan diri sendiri dan keluarga.
tapi, ukurlah baju di badan sendiri eh? nak penuhi kehendak pun tengok kepada keupayaan diri. setakat yg kita mampu. kerja keras utk dapatkan sesuatu yg diidamkan tu tak salah. tapi jgnlah sampai menyusahkan diri atau org lain.

tepuk dada tanya selera...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...