Search This Blog

Thursday, February 20, 2014

Kemas laci dapur | Kain buruk

dah laaaaaaaaaaaaaaaama nak kemas. asyik tertangguh.
sekarang mari kita kemas dgn segera!
projek weekend.

kc aku..
nak baca kisah dapur, klik kat label dapur, ada la serba sedikit entry pasal dapr.
dapur besar, kc besar la jugak, tapi drawe ni je yg ada.
sedih..
nak letak sebelah sana, muat.
dan tak sesuai. sebab sinki besar. dah makan ruang.

 
drawer ni saja aku buat gini. 2 yg atas, sama saiz. yg bawah skali, besau sket.
drawer paling atas, ada segala sudu, garpu senduk bagai.
drawer 2nd, ada peralatan dapur. macam2 jugak.
tak berapa terurus sgt sbb Amni suka buka.
so, takda benda merbahaya dlm tu. bekas2 tipuware camtu je.

hari ni  nak share drawer last skali.
yg paling besauuu.
drawer tu aku isi kain buruk, plastik, and yg berkaitan..
heheheh..

nahhhhhhhhhhhhhh..
nilah dia rupa kat dlmnya..
kain buruk, plastik sampah, tudung meja pun ada, sarung tgn pun adaaaa..
semak. rimas.
mari kita kemas..

mula2..

watak utama..
selongkar, jumpa kotak ni. potong atas tu, buang penutup.
pastu selotep sket kat bahagian bawah nak bagi kemas.
double tape takda, so malas nak balut.
lagipun duk kat dlm, xda org nampak.. hahahah
ok, malas, mengaku jelah..

pastu, keluarkan segala maknek yg ada dlm laci..
 

plastik. ni yg besar2 je. yg kecik2 kat bekas plastik.
ada tudung meja jugak yg tak guna. yg jenis plastik.
mana yg nak, kita lipat elok2, susun elok2. beg plastik besar2, beg ikea pun ada.
sayang kan? kang nak isi apa2, nak guna, tergagau2 cari.


kain buruk.
kain lap kaki, kain lap dapur, kain lap kereta, apron, dan kain buruk..
sluar and baju laki aku yg koyak, yg tebal, dah selamat jadi kain buruk. utk yg besar2 la.
klau utk lap meja, lap cawam, guna tuala dapur tu ha..

dah keluarkan semua tu, lipat balik. susun2..
plastik pun sama. mana yg agak tak guna sgt, lipat elok2.
plastik besar2 ni sayang jugak nak buang. kang tetiba nak guna, takda pulak.
so, susun elok2.
 

lupa, aku ada beli plastik ni.
apa ke nama entah. nak buat lapik drawer ni sangat sesuai sbb kat blakang dah ada selotep siap2.
ukur, gunting, tarik selotep kat blakang tu dan lekat.
plastik ni transparent, bunga kecik2 kaler biru.
ada balance lagi sekeping, nnt kita pikir nak lapik kat mana pulak.

dah setel, jom kita masukkan balik segala maknek tadi dlm laci ni..



kat blakang, belah kiri susun kain buruk besar2, kain lap kaki semua. sebelah tu plastik besar2 yg dah lipat2 jadi kecik.
kat depan, yg hitam tu, plastik sampah yg besar punya.
bawah tu, tudung meja plastik. ada 3 helai kut. aku slalu beli gak tudung meja ni.
ala, yg jenis plastik tu murah je kan? semeter 2-3 hengget camtu. tukar2.
tak guna, kena simpan. klau ada kenduri, blh guna.

sebelah, dlm kotak, tuala lap dapur.
banyak jugak eh tuala aku..
tapi bnyk yg besar. tuala kecik, ada 2 je.
sebelum ni ada 4. dah asyik guna, lap dapur, lap meja, dah takda rupa kain, aku buang dah.
tinggal lagi 2. dah teruk pasni, beli lain pulak.
dr kuning, dah jadi hitam. tak lalu dah nak pegang.. hehehe
klau tuala yg besar2 tu aku slalu guna lap meja or pinggan/cawan je.


zoom sket kotak kain aku ni.. eheh..
kemas kan?
compare dgn sebelum..
nak ambik pun senang bila susun mcm ni.
kain bahagian tepi, selit2 tu ada sarung tgn and kain lap tgn. yg jenis gantung tu..

harap2 kekal kemas mcm ni.
klau ada kerajinan, nak balut kotak tu. insyallah..

2 comments:

  1. fuhhhh terbaekkkk...suka tgk cara lipat cmni...sungguh praktikal!

    ReplyDelete
  2. praktikal sangat.. senang keja sket.. hihi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...