Search This Blog

Loading...

Tuesday, March 18, 2014

Semut punya hal

aku tak tau lah korang2 ada masalah mcm aku ke tak..
masalah  besar kat umah sendri..
nak2 kt dapur..
apa masalahnya?

SEMUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT!

nampak tak hurup besar tuuu.
menceritakan betapa besarnya masalah aku.
haishhhhh..
umah aku ni, semenjak 2 menjak ni, semut2 bermaharaja lela sungguh!
dah kalah raja bomoh dah ni kekdahnya..
geram aku!

pantang ko letak makanan, tak bertutup, tak lama eh, kejap je..
datang blk pas 15mnt, dah berkerumun.
paling dasyat, klau ada sisa makanan kat sinki.
amboiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
baik punya beratur tunggu turn memasing..

kat dapur tu sah2 la kan tempat makanan.
kat depan, kat ruang tamu pun sama.
ada sisa makanan tertumpah, tak perasan, tak sapu, tunggu laaaa..
aku kadang2 fobia nak makan depan tv dah.
pas mkn, ko g baring kuak lentang plak depan tv.
tau2 jap g, terjerit2 kena gigit semut.
coi betui.

memula pindah masuk umah, 1st yg kena hurung is beras.
aku masukkan beras dlm container besar.
esoknya nak masak nasi, tgk semut penuh dalam bekas tu.
terkejut kak yah..
beribu kut, ntah mana datang.
aku tuang beras masuk dlm besen besar, pastu letak dlm talam besar yg aku letak air.
pastu goyang2 besen tu nak halau semut.
diorg keluar, jatuh kat dlm talam besar, mati lemas semua.
padan muka kau semut!
pastu masuk balik beras dl bekas aku letak skali kulit kayu manis.
alhamdulillah semut tak pernah masuk dah.

lepas kes tu gegas laki aku bersih umah.
paham2 jelah, baru pindah, semak samun kat luar cemana kan?
abah kata maybe semut2 tu datang dari tanah.
yelah, kami tambun tanah dulu kan sebelum buat rumah.
so, laki aku sembur racun keliling umah.
aku lak pusing keliling umah cari lubang2 tersembunyi.
sebab semut suka sangat duduk kat celah2 bedah tu..
lubang2 kecik yg aku jumpa, semua aku tampal.
2,3 hari gak la duk buat keja tu laki bini.
lepas seminggu 2, racun dah tersebar, alhamdulillah semut dah takda.
dah tak risau sgt tipuware makanan, sisa makanan kena hurung ke apa..
tapi aku mmg tak tinggal sisa makanan lama2 dlm umah.
busuk..
tiap2 hari kutip smua sisa makanan and sampah bawak keluar.
tak buang kat tong besar hari2 tapi kumpul kat luar.
yang pening bukan dlm umah..

but now, sebulan 2 ni, semut2 tu datang balik.
dari mana datang aku tak tau la..
sakitttttttttttttttttttttttttttt hati kak yah tau..
aku syak, dari pasir yg kami beli dulu.
pasir tu pasang kat laman depan, nak buat rumput karpet.
pastu ayah ada beli pasir, batu bagai nak simen laman tepi umah.
skang ni pun kat laman, kat pasir tu ada je semut hitam.
semut hitam klau masuk umah tak susah sgt nak halau.
tabur je ubat semut yg mcm kacang tumbuk tu, setel..
klau semut merah yg mcm kerengga pun sama..
tapi skang ni semut merah yg kecik2 tu..
susah la hai nak hilang..

ada aku baca kat blog sapa ntah pasal semut ni
katanya tak boleh bunuh..
sebab diorg pun makhluk tuhan..
yelah, aku paham.
dia sertakan doa sekali cemana nak halau semut.
aku pun ikut la.
lebih kurang camni doa tu, aku pun tak ingat sangat..

"wahai umat nabi Sulaiman, ini rumah aku, aku izinkan kamu tinggal disini.. tapi pergilah kamu ke luar rumah. "

apa lagi ntah,tak ingat sangat. mcm kita bagi semut2 tu tinggal kat umah kita, tapi g duk luar umah sana, jgn duk dlm umah sebab dlm umah keluarga aku nak tinggal..
dari dlm umah sampai luar umah aku baca doa.
Amni sampai pelik, apa la mama aku buat ni..
aku  ikut je laluan ketapi semut2 tu dr sinki dapur sampai ke luar rumah.
berdoa jelah, berulang2..
2,3 hari aku tak bunuh semut.
dengan harapan doa aku tu diorg ikut la..
tapi, tak menjadi..
salah doa barangkali.
pas 2,3 hari ehh makin ramai pulak kaum kerabat dia kat sinki dapur aku.
tak boleh jadi nihhh..

skang ni aku bila balik keja, buka pintu umah, menapak masuk kedapur, mata tu ke lantai je.
pernah sekali aku blk  umah, semut merah kecik2 tu, buat laluan baik punya dari pintu besar. merentangi ruang tamu, ruang makan, sampai ke dapur.
gila bengang oih..
aku dgn tudung tak sempat buka, laju2 capai penyapu.
bukan apa, takut digigitnya Amni la..
kita yg dah besar ni tak pe lagi, budak tu apa taunya..
berdiri bula roma aku tgk semut juta2 macam tu.
geli oiiiiiiiiiiiiiiiii..
dihurungnya nasi yg aku bawak blk dari opis tghr  tu.
ada majlis, ada makanan skali.
dlm bekas tipuware siap.
aku bajet ok la sebab dlm bekas, skali kena jugak.
last aku malas nak sapu dah, aku mop terus.
confirm2 mati.
klau sapu kang bertebaran lari pulak.
dah 1 hal aku nak kejar sekoq2.
mlm tu berbintat2 tangan aku kena gigit semut.
dah tergaru2 sampai subuh..

skang ni, bangun pagi klau g dapur usha dlu kat sinki, kat kabinet dapur ada semut tak.
kat lemari tempat aku simpan makanan pun sama.
but now situ dah kurang sebab smua stok makanan aku taruk dalam tupperware or tipuware.
makanan klau tak habis, masuk bekas then masuk peti ais.
letak bawah tudung kalu, confirm tak leh makan pastu.
sisa makanan, make sure mlm tu jugak angkut letak luar.
klau makan depan tv, mata aku liar je.
usha ada tak sisa makanan tumpah.
slalu klau makan depan tv, aku akan make sure mkn atas tikar yg ada depan tv tu.
senang nak pantau.
lagi 1 rimas klau makanan tumpah atas lantai..
bersememeh..
dah 1 hal nak kena mop lantai plak hari2.
pas makan, lap2 sket atas tikar tu to make sure takda sisa makanan tumpah.
tapi klau Amni makan, agak susah dibendung.
dia suka ke hulu ke hilir bawak makanan.
so tumpah 1 umah kadang2.
tapi aku treat dia makan kat atas tikar tu je.
sometimes berkesan, sometime dia bo layan.
klau aku raji, hari2 sapu sampah then mop.
klau tak, tetiba nampak jelah sekor 2 semut sesat kat depan tv tu.
pikirkan ke Amni, maknya kena rajin  jugaklah menyapu.

karpet pun aku dah tak pasang skang ni sebab klau ada semut tak nampak.
tau2 dah kena gigit..
makanan tumpah pun tak nampak.
karpet gulung letak tepi.
puas hati aku.. hahahahahha
so, kapasiti semut dlm umah adalah kurang.
tapi kat luar umah mcm tu jugak.
kena plak pak mentua aku bela kucing.
dia slalu bg kucing2 tu makan kat blakang umah dia which is sebelah umah aku.
sisa2 makanan tu, penuh dgn semut.
so, sampai bila2 ada lah semut kat situ..
kat tempat laki aku slalu letak sampah before buang ke tong besar pun penuh semut..
haishhhh..
redho jelah klau gitu..
yang mampu skang ni, jaga dlm umah jelah.
aku tak boleh btul dgn semut2 ni..
geli.
dah cemuih

dulu, zaman skolah ada sorang budak laki ni mcm nakal2 sket.
org panggil dia semut as nickname.
kenapa aku tak tau.
ntah kenapa benci sungguh aku kat dia.
sebab perangai and mulut jahat dia..
dah tetiba mamat tu jadi mangsa skali mcm aku bencikan kan semut2 ni.
takda kaitan..
hahahahahha

dem u semut!!
tak boleh letak gambar semut betul, geli..
kang meremang bulu roma aku tgk semut..
tapi tgk gambar katun pun geli jugakkkk..

kat umah skang ni, kiranya ada semut dimana2..
dah macam tajuk lagu dah.
tetiba je blh nampak ada ketapi semut..
korang ada petua tak selain taruk ubat semut yg mcm kacang tu?
yg tu berkesan jugak tapi lama2 dia datang balik..
racun pun 2,3 bulan skali laki aku sembur kat luar rumah.
bukan sebab semut je, risau klau ada ular ke apa.
lagipun blakang umah ada longkang besar, rumput liar bnyk.
sembur racun rumput, mati semua kat longkang tu.
kak yah letih oihh...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...