Search This Blog

Loading...

Wednesday, March 26, 2014

Sensitiviti...

nowadays, org kita bercakap apa2 dah tak pikir hati perut org lain kan?
nak2 pulak kat social media.
nak cakap apa, cakap je.
nak taip apa, taip je.
belasah jelah..
lantaklah sapa nak terasa, sapa nak kena.
pedulik hapa aku, aku yg tulis..
ko tak suka, tak payah baca.
amboi...
gitu je kan?

sama gak la mcm blog aku ni.
suka hati aku la aku nak tulis apa kan, blog aku..
tapiii..
idokle kak yah suka suki nak kutuk org sana sini, nak keji org sana sini.
ai is tak suka and takuitt..
blog aku ni crita pasal kehidupan aku seharian je anak beranak.
nak carut marut org, skang ni tak kuasa dah.
kang ada follower seketoi 2, lari habis.
habis asyik nak mencarut, nak memaki org, nak carik salah org je.
padahal diri sendri pun tak betul mana.
not gud..

skang ni kan mcm2 isu kat media.
paling besar haruslah MH370.
sejak dari hari 1st kagi rasanya semua org ikut berita tu kan?
aku pun tak terlepas.
baca kat blog2, kat fb mcm2 yg dikongsi.
ada berita yg sahih, tak kurang jugak yg menipu.
berita yg ntah apa2 pun ada.
masing2 nak tarik hits kat blog, buat tajuk gempak2, padahallllll...
pastu berduyun2 org masuk..
bagus, teknik tu ada, tapi tu menipu namanya dik..

bila dah share berita, komen haruslah ada..
kadang2 sampai beribu2 komen.
ada yg bagus and ada yg tak bagus.
aku tgk kepada berita apa yg ko share, klau menarik aku baca and klau rajin aku komen.
tapi selalunya aku baca je komen and tak pernah komen pun.
bila baca komen, pastu geleng kepala sorang2.
banyak btul keyboard warrior, banyak betul cikgu tiruan, doktor tiruan, polis tiruan..
paling best, menteri tiruan pun silap2 ada..
haishhhh..
paling seronok, guna nama asal kat fb, siap ada gambar jelas, komen bukan2 kat wall orang.
tak takut kah??
komen kalau elok tak pe jugak, aku baca pun malu.
malu sebab ada org mcm ni.
nak cakap apa, tak pikir sensitiviti org lain.
org kita mmg macam tu kan?
klau org lain, nampak sangat la tak kenanya.
itu tak kena ini tak kena.
ko sorang je betul.
kalau betul la pada pendapat ko, ada yg tak betul, tak payah la nak menghentam sampai mcm tu skali.
ungkit habis ke akar umbi.
ingat, apa yg ko tulis tu bukan ko sorang yg baca.
silap2 mak bapak ko baca, sedara mara baca and anak ko baca.
dan apa yg kita tulis tu mencerminkan siapa kita sebenarnya..
tak malu?
sebelum nak cakap apa2, nak taip apa2, pikir dulu.
sebab musabab sesuatu benda yg berlaku.
kenapa org ni ambik tindakan mcm ni, kenapa jadi gini, kaji dulu fakta.
ini ko main hentammmm je.
padahal ko pun tak tau apa dan kenapa.

pasal MH370,sesedap tekak je kan korang hentam PM, menteri2 tu smua.
ko tak duduk kat tempat dia senang jelah nak kata.
diorg buat pc, baca teks, korang kata semua tu dah disusun, nak cakap apa, nak sembunyi itu ini.
diorg buat pc, cakap bahasa inggeris, korang kata tak martabatkan bahasa melayu.
diorg buat pc cakap sekian2, korang kata diorg menipu, sembunyi fakta.
PM buat pc 2 kali je, korang kata dia tak bertanggungjawab.
hadoiiiiiiiii..
aku yg baca ni duk istigfar je.
kita ni tak duduk kat tempat diorg, nak berhadapan dengan 1 dunia, nak menjawab segala persoalan, nak mengkaji, nak bgtau kepada rakyat, korang ingat senang ke?
try korang2 tu duk situ.
jadi pemimpin negara, boleh ke idok?
tak payah besar sgt lah, suh jadik ketua kampung sudah..
nak memimpin sesebuah masyarakat yg seribu satu mcm perangai.
nak menangani masalah, nak buat penambahbaikan, nak menaiktaraf, ingat senang?
kena pikir baik buruk, kena kaji kesan sebelum dan selepas..
boleh?
silap2 suh jadi ketua kelas pun belum tentu lepas.
pastu nampak tak kena, kutuk terus.
hentam habis2 mcm kita ni hebat sangat.
astagfirullahallazim...

maaflah kalau ada sesapa yg  terasa baca entry aku ni.
takda niat nak kata kat sesapa.
kang korang kata aku pun sama je dgn apa yg aku tulis.
tak.. aku cuma nak mintak supaya sebelum kita kata apa2, nak2 kat social media tu, pikir dulu.
jgn main cakap je.
buruknya nanti balik ke kita.
klau share benda yg berfaedah takpe.
ini bercerita aib org, kutuk org, hentam org mcmkan org tu takda perasaan.
sepatutnya, kita rakyat Malaysia, bila ditimpa musibah mcm  ni, bersatu hati.
sama2 bertanggungjawab terhadap negara.
bukan menghina sesama sendri.
peringatan ni utk diri sendri jugak.
peace...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...