Tuesday, March 25, 2014

Takziah #MH370

Walau belum bertemu dengan jasadnya, mungkin ini berita yang kita seluruh dunia perlu terima..
press confrence tergempar semalam merungkai misteri kepada kita yang sudah lebih 2 minggu..
berdasarkan kepada bukti2 yg ada, kata putus diambil..
keputusan yg dibuat pun bukan sekadar menyedapkan hati.
mungkin ini adalah pengakhirnya.
kita yg bukan pakar, bukan bahagian kita, nak menolak pun tak berdaya..
redha dan terima dengan hati terbuka.
ini semua ketentuan Tuhan..

takziah kepada semua keluarga mangsa dan Al-Fatihah utk mangsa yang beragama Islam..




tengok pc semlm, hati aku ni berdebar2 sangat.
musykil jugak kan tetiba PM sendri buat pc.
tengok kepada cara dia bercakap pun kita tahu berat utk dia.
bukan hal kecik, melibatkan beratus nyawa, beratus keluarga dan melibatkan banyak negara.
dan semlm, laki aku kata aku mengigau lagi.
pffff.
terlalu pikir sampai bawak ke dlm tidor.
katanya aku cakap ntah apa2, merepek meraban gamaknya.
yang pasti bila aku tanya aku cakap apa, katanya pasal kapal terbang.
hahahahah..
2 kali dah ok.
aku pikir sangat, apa jadi kat diorg, sampai over gitu.
yelah, cuba la korang imagine, klau betul pesawat tu terhempas kat  tgh laut hindi tu?
boleh imagine apa nasib diorg sampai 18 hari ni?
nauzubilllahiminzalik..
taknak aku sebut kat sini apa yg aku pikirkan..
tak sanggup..
tengok pc semlm aku ni dah merembes air mata.
bila aku dgr doa utk diorg, sebak dada.
kalau aku sendri yg berdoa, mmg berlinang air mata.
itu aku, yg tak da sedara mara pun dlm pesawat tu.
klau family diorg sendri, mesti lagi teruk kan?


org senang bercakap, senang buat tuduhan tak berasas.
pikir la sikit sebelum bercakap bukan2 and spread the news..
kadang tu aku baca kat blog2 kat fb, amboi kemain sedap bahasa korang eh..
tak kena kat batang hidung sendri, sedap la cakap kan?
pakar2 pun takda nak buat spekulasi ganas macam korang2.
diorg pun cakap bertapis2.
guna bahasa sehabis baik utk sedapkan hati semua org, walaupun diorg tau mustahil.
kerajaan, pemimpin kita bukan main teruk kena hentam.
senang2 je nak tuduh diorg tak reti buat keja, suruh letak jawatan sebab tak leh selesai masalah negara.
amboiiii..
ko spm pun tak habis lagi, sesedap tekak je kan?
tu tak kira dikaitakan dengan politik lagi..
aduiyaiii..
sudah2 la buat spekulasi ganas.
buat tambah dosa jeee..
aku kadang2 fed up nak ambik tau pasal ni sebab geram baca komen.
tiba2 ada mak sedara la, pak sedara la sepupu la keja tentera, keja wartawan, keja polis yg terlibat dlm misi ni.
amboi2..
ko ingat PM kita tu duk saja?
dia pun habis daya dah.
takkan la dia nak buat diari pulak, utk rujukan semua rakyat apa yg dia buat sepanjang misi ni.
dia pun ntah tidor ke tidak.
yelah, nak communicate dengan negara2 luar, bukan tentu masa.
kita siang, diorg mlm.
takkan sesuka hati nak call org, nak minta bantuan, nak call tengah2 mlm kan?
pikir eh, pikir...
dah bila negara2 luar bagi bantuan, ehhhh, kata pasukan berkuasa kita tak buat keja pulak..
kata aset kita simpan buat apa.
haishhhh.. nak bercakap, sila cari fakta.
bukan main cakap je.
cakap bodoh kang, marah, sentap.
tapi, hakikatnya itulah..
jagalah maruah negara kita...
negara kita sedang dilanda masalah dan semua negara besar sedang tertumpu kepada Malaysia.
sebagai rakyat, patutnya kita menyokong, bukan menjatuhkan..
negara luar lagikan membantu, menyokong, rakyat apatah lagi kan?
diorg bantu free tau?
kalau nak bayar, juta2 oiiii..

dengan adanya kejadian ni, tanpa kita sedar ilmu kita bertambah.
aku sepanjang kes ni, tak da keinginan nak tengok drama ke, movie ke.
tengok berita je.
kat Astro Awani, 24 jam duk bincang kes ni jelah.
rtm pun lebih kurang jugak.
rangkaian lain pun sama jelah, asyik duk cerita pasal ni.
aku slalu hadap 501 je.
habis pakar2 yang berkaitan dah diorg jemput utk bagi ulasan.
paling aku suka haruslah Kapten Nik Huzlan.
apa yg dia cakap, siap dengan bukti dan fakta.
bukan calang2 org yeh dia tu...
rasanya dia yg paling glemer skang ni.
dah jugak pakar2 lain, bahagian aeroangkasa ada, bahagian penerbangan ada, laut, mcm2 lagilah.
so, bila tgk tu, baru kita terbuka mata dan hati and tau pasal kapal terbang or yg berkaitan..
bnyk yg kita tak tau, kita tau..
best kan?
tak banyak, sikit pun kita tau pasal teknologi kapal terbang, pasal simulator, pasal black box, pasal laut, pasal kapal laut and mcm2 lagi..
bertambah ilmu.. alhamdulillah...



sekarang negara masih berdepan dengan situasi sukar.
misi mencari akan diteruskan dan dirungkai..
lautan hindi tu besar and luas..
moga2 ada jawapannya nanti.
tugas kita sekarang berdoa dan terus berdoa moga pencarian dipermudahkan.
jika benar semua penumpang telah tiada, sama2 kita doakan.
walau di laut mereka bersemadi, moga roh mereka aman.
semua ini ketentuan Tuhan.
sekuat mana pun kita, sebijak mana pun teknologi yg kita ada, semuanya datang dariNya..
moga keluarga mangsa terus tabah dengan ujian ini..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...