Search This Blog

Loading...

Monday, April 21, 2014

Kenyataan Kontroversi Mengenai Tudung, Raja Azmi Tak Kisah Dikecam

Raja Azmi sebelum ini sememangnya sering mengeluarkan kenyataan yang agak kontroversi. Kenyataan mengenai pemakaian tudung kali ini berbunyi:
Kalau betul tak pakai tudung satu dosa yang amat besar sampai orang kata kalau orang perempuan tak tutup rambut akan masuk neraka, Kak Mi tak boleh terima semua itu
Diminta menghuraikan lebih lanjut mengenai kenyataan penuh kontroversinya itu, Raja Azmi menerusi Kosmo berkata:-
Saya tetap dengan pendirian saya, mungkin orang ramai salah faham berhubung isu tersebut. Pemakaian tudung merupakan pilihan masing-masing tetapi hal ini melibatkan keikhlasan hati, kita perlu betulkan perkara asas seperti solat lima waktu dahulu. Saya telah bersedia pada bila-bila masa untuk memakai tudung. Namun, buat masa ini saya akan bertudung pada masa tertentu sahaja. Insya-Allah, saya berusaha untuk melakukan perubahan sedikit demi sedikit demi kebaikan saya.
Bagi saya, apa yang perlu ditekankan buat masa sekarang adalah perkara asas dahulu. Saya perlu tunaikan solat lima waktu dengan teratur terlebih dahulu. Kalau solat lima waktu pun compang-camping, macam mana hendak melakukan kebaikan lain.
Ia (bertudung) merupakan pilihan masing-masing. Jika hanya memakai tudung pada luaran tapi hakikatnya berperangai tidak baik, saya kira itu tidak menjadi juga. Apa yang penting adalah keikhlasan hati dan kebersihan hati itu sendiri. Mungkin disebabkan saya seorang yang dikenali, perkara ini diperbesarkan.

sumber 

dah lama dah kes ni. hot jugak lah. klau baca kat beautifulnara tu, boleh tahan jugak la komennya.
pedas dan pedih. eheh..
kak, pakai tudung mmg pilihan masing2.


bak kata ustaz azhar idrus, pakai tudung tak wajib pun.
yang wajib tu tutup aurat.
cemana nak tutup aurat, terpulanglah..
cemana nak tutup rambut tu?
nak pakai timba pun boleh katanya, tebuk lubang sket bagi nampak mata, kang terlanggar..

aku yg tak berapa nak sempurna tutup aurat ni pun tak berani nak cakap gini.
tapi dia berani, syabas lahh..
perumpamaan dia mcm solatlah jugak.
kita yg sembahyang cukup 5 waktu sehari, tak tinggal, belum tentu semua solat2 kita tu cukup sifatnya, cukup kriteria yg ditetapkan dan diterima Allah.
solat cukup 5 waktu, tapi mungkin ada bacaan kita yg tak betul. mungkin ada rukun solat yg kita sedikit tersilap.
tapi sekurang2nya kita usaha, kita buat sebab kita tau itu wajib dan dituntut agama kita.
bila kita tau ada silap kat mana2, kita usaha utk betulkan.
mcm aku sendri, bila dgr ceramah2 agama, pasal solat ni, ada benda yg kita tak tau dan tak buat pun masa solat.
masa dlm pantang Amni dulu, tgh glamer Ustaz Don. ada slot tu, pasal solat.
banyakkkkkkkkkkkkk rupanya yg aku tak tau.
dah umo 30thn, sembahyang dr zaman kanak2, ada benda yg kita tak tau.
jgn ingat solat kita cukup, smua yg kita buat sempurna.
bacaan dlm solat, saktah solat, pergerakkan dlm solat, tu semua kena belajar.
bukan sekadar tunggang tungging saja.
bila kita tau, kita usaha utk baiki, makin lama insyallah makin baik dan besar harapan Tuhan terima solat2 kita.
dalam 5 waktu sehari, mungkin ada 2 atau 3 yg sempurna solatnya.
siapa tau kan?
sama mcm menutup aurat.
tutup aurat ni wajib.
janganla pertikai kenapa kena tutup aurat, kenapa tuhan perintah mcm ni.

aurat tu aib kita.
aib kita haruslah kita kena tutup kan?
kita buka aurat kita samalah dengan kita buka aib kita.
pakai baju ketat, kain singkat.
bila kena angin, tersingkap, nampak spenda, nampak perut berlapis2.
kalau spenda elok, ada lace perancis bagai, ok la. klau spenda pun getah dah gelebeh? nampak pulak panau kat betis.
org nampak, bercerita, kan dah terbuka aib kita?
malu kan?

benda ni simple je.
dari zaman toknek kita lagi, dari zaman bermulanya Islam lagi.
aku sedih sgt, tgk manusia zaman sekarang, yg boleh belajar, yg tau, yg mampu, yg sedar, tapi buat2 tak sedar. lepas tu pertikai pulak hukum Tuhan.
Masya Allah..
ya, aku pun tak pakai stokin, tudung pun kadang2 paras dada, lengan pun kadang2 terbuka.
tapi aku sedang istiqamah utk jadi lebih baik.
dan aku takkan sesekali pertikai org yg tutup aurat dgn sempurna dan jugak yg tak tutup aurat.
nak kata tu hak masing2, ermmm, sekarang bukan zaman tu kut.
kalau Islam, harus tau what's do and don't kan?
kalau kata, tak sampai seru lagi nak berhijab, nak menutup aurat, ermmmmmmmmmmmmmmm...
tunggu mati nnt lah, confirm kena tutup 1 badan.
pada aku, sekurang2nya kau dah buat 1 tuntutan wajib dalam agama.
bila dah menutup aurat, takkan ko nak buat perkara tak elok kan?
by then perbetul yg lain like solat and amalan2 seharian yg lain.
zaman sekarang bukan mcm dulu. tu tak tau ni tak tau.
benda yg memang dah sah2 terbentang depan mata.
kalau pertikai undang2 yg kerajaan buat, mungkin boleh terima sebab nak cari alasan kenapa buat undang2 mcm ni.
ini ko pertikai hukum Tuhan.
hebat sangatkah kita?

ya betul, ada org bertudung, tapi bukanlah baik sgt.
bertudung, tapi pakai seksi, ketat bagai.
bertudung, tapi dating, pegang2 tangan.
org yg tak bertudung dok pertikai yg nilah..
baik dia yg tak bertudung, tapi sembahyang tak tinggal, tak da pegang2 tangan ngan bukan muhrim, takda buat dosa lain.
gitu kekdahnya.
aku bukan alim ulama nak cakap pasal ni.
pikir utk diri sendri, mana baik, mana buruk, mana wajib mana tak.
aku dulu pun teruk jugak, tapi pikir2 balik sampai bila nak mcm tu?
kita bukan makin muda, bukan nak hidup selamanya.
takkan selamanya nak buat dosa, tak nak cari pahala kan?

hukum yg Tuhan buat tu semua ada sebabnya.
kenapa kena solat?
kenapa kena puasa?
kenapa kena tutup aurat?
masa sekolah rendah pun dah belajar.
setiap agama ada pegangannya, ada amalannya.
sekarang, penganut agama lain ramai yg dah memeluk Islam sebab melihat betapa indahnya Islam.
kita yg dah Islam ni, dah nak lebih dari kafir pulak.
Astagfirullahalazim...





2 comments:

  1. memang hot pasal nih..saya setuju dengan entri ini..
    manusia semakin panjang akalnya, semakin rasa diri itu bijaksana..emmm

    ReplyDelete
  2. kadang2 jadi takut dgn dunia sekarang, mcm dah akhir zaman dah. manusia dah berani mencabar hukum tuhan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...