Thursday, April 03, 2014

Saya Hanya Mampu Beri RM2,000 Sebulan – Aidil Zafuan

Sebelum ini, Rita Rudaini telah membuat tuntutan sebanyak RM5,392 sebulan daripada Aidil sebagai nafkah Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang. Namun semalam ketika perbicaraan dilangsungkan di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Aidil memaklumkan yang dia hanya mampu memberi RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya itu.
aidil rita
Menurut Aidil, jumlah tersebut diberikan selepas dia keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012, tetapi tidak menetapkannya untuk bayaran tertentu. Kata Aidil menerusi Berita Harian:-
Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan. Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar
aidil rita
Ditanya mengenai sebuah kereta Mercedes miliknya, Aidil mengaku membeli kereta berharga RM240,000 itu pada 2012, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,000. Namun begitu ansuran tersebut dibayar oleh majikannya iaitu JDT berdasarkan perjanjian dipersetujui ketika menandatangani kontrak untuk bersama pasukan tersebut.
aidil dan rita 
Aidil turut memberitahu mahkamah, ketika berkhidmat dengan pasukan ATM pada 2012 hingga 2013, pasukan itu membayar elaun rumah RM2,500 sebulan dan selepas menyertai Johor Darul Takzim (JDT) pada 2013, pasukan itu yang menyediakan rumah dan membayar sewa tanpa ditetapkan had jumlahnya. Perbicaraan akan bersambung 9 dan 25 Jun ini.

sumber : Beautiful Nara 


kecoh kut hal diorg ni. lama dah. anak yg kecik tu pun dah 3 tahun.
Aidil pun dah kawen lain dah..
tapi isu ni tak setel lagi.
klau korang baca komen kat BN tu, semua kutuk Aidil la sebab buat statement gitu.
nasib ko la kan?
sebab org kenal ko sapa and org kenal Rita andddddddddddd org tau kisah korang.
masa nak, kawen sembunyi2 sebab tak dpt restu.
tau2 dah pregnant.
dah tak nak, main lafaz cerai kut sms je kan?
sadis sangat..
pastu tinggal buta tuli mcm tu je mcm kan takda anak.
exwife pulun keja carik duit nak besarkan anak2, tup2 ko dah nak kawen pun.
now dah selamat kawen dah.

kalau aku, sory aku nak duk diam bila ko dah buat aku mcm tu..

tapi, nauzubillahiminzalik. moga2 kuat jodoh kami sampai hujung nyawa, sama2 besarkan anak2. Amin!

anak 2 org, sebulan 2k.
ada yg cakap cukup, ada yg cakap tak.
maybe sebab diorg selebriti, kes ni sronok org bercakap. --sama mcm aku jugak la kan? hahah
padahal, berlambak kut kes mcm ni kat luar sana.
cumanya, bukan sapa2, and org tak kenal pun.

aku ada kawan, dah divorce, ada anak sorang.
bapaknya kasik sebulan rm300 je.
maknya keja kerani yg gaji below 3k.
nak bayar kereta, nak bayar rumah and makan pakai anak beranak.
utk anak, bayar nursery je dah sebulan rm400.
bapaknya kasik rm300 sebulan, dah setel dah.
makan pakai anak cemana?
yep, mmg mak keja, mak boleh tanggung, tapi tu kan sepatutnya tanggungjawab bapak?
tapi mak pun ada expense yg dia kena tanggung.
kalau bapak tak mampu, sokay..
bapak keja gaji kecik, nak tanggung diri sendri lagi, so takat tu je dia mampu, takpelah kan?
tapi klau ko hidup mewah, anak jenuh berjimat, haishhhhh.. tak sesuai kut.
ini klau semua org tau cara hidup ko mcm mana, bagi 2k kat 2 org anak, memang kena carut la..

now, nilai duit semua org tau kut.
gaji bawah 3k pun masih kategori miskin.
nak bayar rumah, kereta, bil2, makan, pakai, setel mcm tu je sebulan 3k.
tu tak kira sakit pening and nak g jenjalan ke apa lagi.
org yg blm kawen, takda anak, senang la cakap.
aku yg duk kat Perlis ni, yg org cakap murah, blh jimat ni pun terasa sengkhaknya, ni kan pulak kat bandar2 besar.
bertambah2 senggggggkhak kut..
kawan2 aku duk kl, gaji 3k sebulan, hujung bulan merangkak tunggu gaji.
aku kat sini pun sama la jugak..
ingat belanja utk anak murah ke skang ni?
kat sini pun bayar nursery, busuk2 sorang dah rm300.
klau smart reader ke hapa, rm450 pun ada.
tak masuk susu, pampers, insurans, makan apa lagi.
Amni, utk perkara basic je like bayar pengasuh, susu, pampers and insurans pun dah cecah rm500.
belum masuk makan pakai lagi.
tu basic habis dah tu and tu kat Perlis.
klau bandar besar?
korang hitung la sendiri.
tahun depan maybe dah tak pakai pampers, so jimat duit utk tu.
tapi thn depan masuk skolah, so bertambah jugak belanjanya.
pusing2, selagi anak tak keja, duk belajar, mmg besar la belanja.
tak kira la ko duk kat mana.
tu belum anak masuk skolah lagi.
tengok kawan2 dia ada, dia pun nak.
tengok kawan2 dia g jenjalan, anak balik minta kat mak bapak.
sanggup cakap tak boleh, mak takda duit kat anak?
budak kecik, mana dia nak paham kan?
cabaran duk kat bandar ni besar kan?

untuk belanja anak aku ni, habis jimat dah.
tu pun Amni cuma pakai diapers jenis Drypers, sepeket rm34, susu Fearnleaf sebungkus rm21.9.
klau baby, susu lagi mahal ok!
kain baju pun beli time sale.
kut nak beli new arrival, hui mmg tak.
hati berkenan, tapi tgk ke harga, baju sehelai dah rm59.90, tak payah la nak...
yg sale pun cantik jugak.
tak payah la nak membazior sgt.
sekarang ni expense utk family, kami share laki bini.
ko bayar ni, aku bayar ni.
dah setel hutang wajib tiap2 bulan, makan pakai tu masing2 la.
laki ada duit, laki beli dulu.
bini ada duit, bini plak beli.
give and take, tak payah berkira sgt laki bini.
lainla ko dapat laki gaji sebulan rm25k.
ha, tu kut nak serah semua bulat2 kat laki.
tapi klau nama dua2 keja, makan pakai pun cukup2 je tiap2 bulan, pakat2 la dlm belanja.
ye, duit gaji takkan habis ke anak saja kan?
tapi, expense lain pun kena jugak.
tak masuk saving lagi..
kut sakit pening, kereta rosak ke apa lagi..

ada sorang kazen suami aku.
dia divorce, anak ada 3.
pas divorce, anak semua dia serah kat ex husband.
nampak mcm, eh ko tak nak ke anak ko kan?
time tu yg kecik baru masuk darjah 1 kut tak silap.
last 2 years kut, aku berkesempatan gebang2 ngan dia, saja aku tanya2.
yelah, slalu kita dgr, klau divorce ni harus mak nak ambik anak walau apa jadi.
tapi kazen husband aku ni tak  nak, dia biar je bapak diorg jaga.
dia cuma ambik time cuti skolah.
rupanya, utk kes mcm ni lah.
bila duk dengan bapak, so bapak kena tanggung semua.
pandai2 la ko edjas life and segala duit ko utk sara anak.
sebab tu mmg tanggungjawab bapak.
tapi tak bermakna mak ni boleh lepas tgn..
mcm kazen husband aku ni, dia pantau jugak, cuma dari segi expense anak2 dia biar bapak diorg uruskan.
pas divorce dia buka bisnes. lama jugak, baru dia kawen.
after 4-5 years mcm tu kut.
dah stabil sket, baru dia ambil anak2 duk dgn dia balik.
walau tak stay sekali sebelum ni, dia tetap close dgn anak2, so takda hal diorg nak duk dgn dia balik pastu.
bila dia dah ambik pas 3-4 bulan camtu, bapaknya ni mcm liat la nak bagi duit belanja.
kena remind setiap bulan.
sebab nilah, kata dia, dia tak ambik budak2 ni dulu.
nak kasik bapak tu bertanggungjawab.
and, bila dia dah kawen lain, si bapak tiri ni tak semestinya tanggung skali budak2 tu.
yg dia kena tanggung is isteri je, anak tiri dia, biar bapak kandung diorg yg tanggung.
nampak tak?

sama mcm kes erra pazira..
bila anak ada dgn engku emran, soal nafkah anak tak timbul.
tapi, bila ada dgn mak, mmg soal anak akan timbul kat mana2 kes pun.
sebabbbbbbbbbbbbbbbbb, dah mmg tanggungjawab bapak kan?

Aidil pun patutnya tak payah la nak berkira sgt dgn anak2.
dah ko tak jaga diorg, biar mak je yg jaga, lagi nak berkira.
ada 1 entry kat BN, Rita cerita pasal Aidil ambik budak2 ni.
kesian dekat Arjuna sebab baru tau dia ada daddy..
sedih sgt aku baca..
tanggungjawab mak tu menjaga, mendidik anak2 tu.
nafkah, tanggungjawab bapak.
klau btul tak mampu, mampu setakat 2k, erm............................ susah kut org nak percaya.
jgn berkira dgn anak2.
diorg bawak nama ko sampai ke mati.
dgn isteri baru, belum tentu ada rezki mcm ni lagi.
esok2, nak cari balik budak2 tu, diorg tak nak, baru nak menyesal.
aku follow IG Rita.
dia mmg slalu letak gambar anak2 dia.
comel budak2 tu.
dan nampak dia bekerja keras utk carik duit.
berlakon, berniaga lagi.
artis ni bukan ada pendapatan tetap, sementara laku ni syok la.
dah tua2 besok, tak da job, nak makan apa?
mak2 ni whatever jadi, anak la yg jadi penguat semangat dia..


kena ingat, anak tu tanggungjawab kita.
tak kira la mak ke bapak.
aku selalu remind husband aku.
bukan la bagi amaran ke apa, just remind apa yg agama suruh kita buat.
anak tu tanggungjawab kita, amanah Allah utk kita.
kita usaha utk dapatkan anak sama2.
tanggungjawab tu dekat mak bapaknya.
boleh kalau dia tak mau kasik belanja utk anak, biar aku tanggung semua.
yes, aku mampu kalau laki aku tak kasik duit utk belanja anak.
tapi dah nama tanggungjawab kan?
tak buat berdosa.. and aku nak kita laki bini ni sama2 masuk syurga.
sama2 jaga amanah Allah baik2.
ko tunai tanggungjawab ko elok2, esok2 kat sana, lepas satu beban ko.
setakat mampu, tunaikan, jgn lepas tangan.
nanti anak tu la yg akan doakan utk kita masuk syurga.



kalau aku jadi Rita, aku cakap je kat Aidil..
apa yg aku buat slama ni sebab tak nak esok ko berat nak galas, berat nak menjawab and berat beban ko ke neraka jahanam.
so, paham2 sendri la.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...