Monday, May 19, 2014

3rd pregnancy

Alhamdulillah..
selepas mesyuarat tingkap, perbincangan 2-3 hala, timbang kati, plan, plan and plan..
aku disahkan hamil!
yay!!
ayat novel sangat kak yah oih..
ahaha..
ya, jenuh pikir gak ok, nak ngan tak nak tu sama berat.
sama taknak anak ramai kan?
nak tambah, cuma masa tu tak tau bila.
nak tunggu Amni besar sket lagi, umo aku dah berapa dah time tu?
tua2 kang tak larat pulak nak mengandung, nak push lagi..
ikut sang suami, katanya tahun depan.
ikut plan aku, klau boleh, dengan izinNya, nak beranak lagi 2 kali.
dan kalau boleh, umo 36 tu takmo dah.
last pun umo 35.
rugi kawen lambat, tua2 nak beranak lagi. hekhekhek...

so, plan, bilang hari dan cuba, Alhamdulillah, dengan izinNya juga, menjadi.
syukur!
period bulan januari, then februari dah tak ada.
memula tu aku tak mengharap sgt, ada tak ada terima..
tapi bila lewat seminggu, berbunga2 jugak hati..
tunggu dulu, takmo check lagi..
pastu rasa mcm nak meh period pulak..
dah nak nangis dah kat laki.. huhu..
dah lepas 2 minggu lewat, badan mcm takda perubahan apa.
so, relax chill dulu..
tak brapa hari pastu, aku mcm sakit kepala and angin teruk.
lambat mkn, asyik la sendawa angin.
kembong perut siap.
hari apa ntah, bgn pagi rasa sakit kepala.
laki suh g klinik je sebab dah 2-3 hari duk mcm tu.
g klinik, request nak buat urine test skali.
masuk jumpa doc, dia tunjuk upt..
2 line.. auwwwwwwwwwwww..
sampai telinga kak yah sengih..
balik umah, kol laki bgtau gud news..
mission complete!
ngehngehngeh..

time tu, Amni buat perangan, ya Allah.. tak tau nak cakap.
dia punya mengada2, merengek, menangis, merempan, tak terlayan aku.
selalu takda la mcm tu sangat.
ini langsung takleh silap.
silap sket, menangis mcm kena dera, meraung2 kadang2 tu.
punca, aku nak tutup pintu je pun, takpun tegur dia sket2..
sebelum ni aku jerit la cemana pun, hairan pun tak.
tu yg org tua2 kata, pembawakan and peel nak bule adik.
time tu cakap pasal adik baby, mampoih dia meraung tak mau..
susah hati gak aku..
lama gak la dia buat perangai mcm tu, dekat 2 minggu mcm tu gak la.
dah la aku duk mabuk pening dek penangan angin, dia plak duk buat perangai, kekadang tu menaga gak la.
bapak dia la yg duk layan, mama malas dah..

dah cecah 2bulan camtu, Amni ok dah.
takda nak merempan tak tentu hala dah.
bila cakap pasal adik baby pun takda nak marah, nak menangis dah.
now asyik la nak sayang adik baby, nak cakap ngan adik baby.
duk mai jerit kat perut aku ni ha siang malam..
keluar besok, perangai mcm awak jugak la nampak gaya.
pitam mama nak layan.
now dah cerdik sgt dia, perangai kakak2 sangat.
dengar cakap dah, cuma kena slow talk.
klau jerit2, mmg tak layan.
bila bgtau mama tak larat, dia nnt tanya, adik baby tak larat ka mama?
suh picit kaki, suh picit kepala, dia ikut ja.
klau mama nak rest, dia main sensorang tak kacau.
nnt bgtau papa, mama tak larat.. gud girl sangat..

hujung bulan ni aku masuk 5 bulan dah.
3 kali pregnant, lain2 peelnya.
kali ni lain sangat and diduga jugak.
1st pregnant, aku buta, takda ilmu.
nasib baik ada kawan2 yg dah pernah mengandung duk crita itu ini.
pastu google jugak la sket2.
yg exsitednya nak beli baju baby.
1st time, banyak yg aku tak tau.
end up, masa 26w aku dah bersalin.
setakat itu saja tuhan pinjamkan anak aku utk berada dlm rahim aku nih.
sepanjang mengandung, ada jugak aku sakit2 tapi ingatkan pregnant mmg camtu.
kena pulak aku ni lasak bule tahan.
sekalipun tak pegi kat bidan ke apa.
bukan tak percaya kat doktor..
doktor pun cerita yg elok2 je..
rupanya, ada masalah lain yg aku tak tau.
end up lepas bersalin  kena refer gynea, futher check up bagai.

2nd pregnant, insyallah aku lebih bersedia.
cuba cari ilmu and banyakkan membaca dan bertanya.
mujur juga, check up bulan ke 5 tu aku dapat nurse yg agak berumur.
dia cerita la gitu gini kat aku, then aku ke bidan.
yesza, kandungan aku, anak dah turun kebawah seawal 5 bulan.
so bidan tu baca2 sket utk naikkan balik.
patutlah aku sakit kat ari2 and sengkak semacam.
selagi tak menghampiri syirik, masih berpegang pada agama dan tuhan utk berusaha, kita cuba.
tak salah kan? jangan sampai menidakkan agama sudah.
bertahan, akhirnya 35w++, beranak dah,.
pun premature baby. tak berapa hari dah nak cukup 36w.
Alhamdulillah, Amni sihat walau cuma 1.8kg.
aktif dan cerdik kemain skang ni.

that's y aku kata kat awal2 tadi, mesyuarat tingkap bagai bila nak pregnant pulak.
bila kita dah tau kondisi badan kita mcm mana kan?
nak take risk tu, huishhh..
doktor pun ada kata dgn aku, bila dan 2 kali aku beranak premature, so, next pregnant, percent utk premature lagi adalah ada!
dapat 36w pun jadilah, jangan 7bulan sudah.
tak sanggup aku nak bayangkan mcm mana baby yg kecik, duk dlm inkubator sampai 3 bulan.
nauzubillahiminzalik..

memula 2 bulan hari tu, aku mcm ok je.
pas tu, start dah la, morning sickness nya yg ditunggu2..
hazab oi hazab..
pagi tu wajib dah, cuma takda la teruk sgt.
tapi yg petang tu, hoih, dabel hazab!
pkul 7.30-8.00 mlm tu, masa dia lah.
org morning sickness, aku evening sickness.. mampoo??
nak mandi nak smayang maghrib kan?
apa ko makan hari tu, habis keluar, lembik badan okeh.
pernah sekali, siap batuk2 and berdarah sket.
pedih tekak sampai takleh nak cakap dah.
nak makan pun tak lalu, tapi lapar, kena gagahkan diri sumbatlah jugak.
dah la nak makan pun 1 hal.
itu tak boleh, ini tak boleh.
slalu pas maghrib tu tdor trus dah aku.
smayang isyak nun pkul 5 pagi.
klau jaga, klau tak jaga, sadakallah la mlm tu..
haishhhh..
Amni mmg pak dia take over la.
kesian gak dia, kadang2 dtg je duk main2 tepi aku, nak pay attention kut sebab mama asyik tak hiraukan dia.
so aku layan la jugak, cakap2 main2 ngan dia, tapi aku duk baring la.. hehe
pastu dia asyik minta aku dukung dia.. mmg tak la kan?
dah la berat nau budak tu, mau 13kg kut skang ni.
so, kena slow talk, bgtau elok2 napa mama takleh dukung Amni.
seb baik dia paham, takda la nak merajuk ke apa.
slalu bila dia minta dukung, aku akan peluk cium dia je sambil bgtau reason, ulang2 cakap.
now dah tak minta, siap cakap mama takeh dukung Amni, nanti kena adik baby, sakit. gud girl!

nak masuk 5 bulan ni alahan makin kurang.
muntah makin kurang, cumanya jgn lambat makan.
angin teruk betul.
kadang2 muntah angin je, keluar air or lendir putih je.
sakit tu tuhan je yg tau.
yelah, perut kosong, pastu muntah, nak keluar apa kan?
aku punya jenis ni, stok muntah siap terkencing.
haaaaa.. kau adeee?
aku siap spare underware yg disposable lagi kat opis..
spare kut terkencing masa muntah.. kahakhakah..
dah luak 2 helai..
tension.. kadang2 menangis sebab sakit and stresssssssssssss..
laki duk sabarkan aku je, jgn ikut hati sgt.
aku yg tension sebab bila mlm aku teruk.
siang g opis, ok lagi.
boleh buat keja, takda nak muntah teruk2.
tapi, start mlm, hoih melembik.
tension sebab letih, lapar, then tgk umah tunggang langgang.
tak mampu nak jaga Amni elok2, tak mampu nak masak utk suami mcm biasa.
kesian tgk anak dgn laki, tapi akan daya.
makan Amni kadang2 tak menentu, mana aku tak menangis.
aku kan jaga makanan dia, tak bg dia makan bukan2.
bila aku tak larat, tak masak, duk beli kat luar, rasa mcm useless sgt kat anak.
kesian anak aku, makan ntah apa2.
hadoihhh, saiko btul mak ko ni Amni.
klau setakat seminggu sekali 2, makan luar tu bule la terima and tgk jugak makan apa.
ni bule kata tiap2 hari, hoih tension.
hari ni Amni mkn kfc, esok mkn roti canai, lusa makan nasi ayam, tulat makan piza, pastu makan sate. seminggu mama tak masak utk anak ngan laki. huwaaaaaaaaaaaa..
seb baik la laki agak memahami kali ni, takda nak merungut nak komplen apa.
redho jelah dia pun..
bila sesekali aku masak, hoi bertambah2 anak beranak makan.
syahdu gilerrrrrrrrrrrrrrr...

dah, aku rasa mcm nak muntah dah bnyk sangat taip ni.
entry ni pun taktau brapa kali aku edit, tak terpublish pun..
nnt sambung lagi.
nak share pasal pregnancy jugak.
kali ni dugaan lagi besar..
harap Tuhan terus bersama aku dan aku terud tabah..
ecewah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...