Friday, May 09, 2014

Anak dan teknologi/gadget

rasanya semua parents nowadays ada isu ni..
anak2 zaman sekarang dan teknologi.
dunia makin canggih.
teknologi dah macam2 yg ada.
kalau lambat, kita ketinggalan, tapi nak kejar pun tak terkejar jugak.
honestly, aku yg bekerja dalam bidang IT ni pun banyakkkk sangat benda yg aku tak tau.
bila baca majalah, tgk kat media2 massa, ohh, mcm2 dah ada.
kadang2 kita berada kat ruang lingkup kita saja, tak tau sangat benda2 luar.
kena banyak membaca, banyak ambil tahu pasal perkembangan dunia.
bidang IT ni sangat besar..

kesan pada budak2 zaman sekarang sangat besar.
as a parents, kita kena pandai main peranan.
silap langkah, lain jadinya.
teknologi ni ada baik, ada buruknya.
depends oh how we manage kan?

skang ni aku nak share pasal anak dara aku tu.
anak org lain, lain caranya.
ada jugak aku perhati, aku tgk cara org lain.
yes, cara kita berbeza..
setiap mak bapak ada cara tersendiri mendidik anak2.
jgn ada yg terasa or marah dengan entry aku ni yeh.
ni pasal aku dan anak aku. bukan anak org lain.

2-3 tahun lepas, gadget terbaru is tab@ipad.
semua org berlumba2 nak beli, nak ada sorang 1.
aku pun memula menggedik nak beli, tapi tengok ke harga, telan ailio jelah..
lagipun, pikir kepentingan.
yes, keja bidang IT, tapi aku prefer laptop utk buat keja.
tab pada aku susah sket nak buat keja and takda kepentingan sangat, so kita upgrade laptop sudah.
yg bnyk aku tgk, org beli tab@ipad ni, main game je or surfing internet.
budak2 muda la, klau org keja, haruslah nak buat keja kan?
takpelah pilihan masing2.
tak lama pastu keluar la brand mcm2 yg sebelum ni ada samsung and apple saja.
local malaysia pun ada jugak.
time tu umo Amni setahun++ kut, so terasa mcm nak beli 1 bagi dia main.
gitu mak kau nak, beli kasik anak main je kan?
hahaha...
laki aku pun gedik nak beli, so jomlah angkat 1.
tapi tak kuasa la nak beli brand mahal2 sampai 1k++.
kang dihempuknya dek anak aku tu, rosak, nyesal tak sudah.
beli brand apa ntah, murah2 je..
pastu download la lagu kanak2, game bodoh2 bagi dia main.
tapiiiiii, haram dia tak layan pun.
dia tgk gitu2 je, tapi tak da la nak leka layan sangat pun.
end up bapak dia yg ambik yg ambik guna sebab yg aku beli tu bule masuk simcard.
now, umo dah nak masuk 3 tahun, tetiba layan lah pulak.
hujung2 thn lepas kut dia start layan.
dah layan tu, melekat la pulakkkkkkkkkkkkkk..


tudia cik kuntum..
kemain...
ni semua gambar thn ni. ada gak yg lama, ada yg baru.
game paling dia suka, pou.
berkat didikan makcik dia, dah pandai bagi pou makan, main game and shoppinggggggggggg..
aku kadang2 main gak la pou ni, carik duit la nak bli makanan dia.
kenit ni selamber je ngabihkan duit, beli macam2.
hari tu dia beli sabun baru utk pou sampai habis duit..
pfffffffffffff..
game lain yg dia suka talking tom, talking ginger tu.
kemain bercakap ngan kucing2 tu mcmkan menatang tu paham.
padahal duk ejek dia balik. lawok btui.
ada la 2,3 ketoi lagi game yg laki aku download, tapi bodoh2 jelah.
aku plak download kid song utk dia.
dia layan gak la. ada download kat playstore, ada download kat YT.
lagu ABC, lagu iqra, alif ba ta, qasidah ya hanana pun ada.
yg educated la, utk dia tengok and belajar.
so far, ada yg dia bule ikut.
so kat situ nampak ada bagusnya..
tapi bila apaknya masukkan video kartun, jammed terus.
duk diam je melayan kartun.
ada upin ipin, ada minions, ada hello kitty, ada chip and dale, mcm2 lagilah.
paling best haruslah lagu hindustan.
kenit ni klau dengan hindustan, tak panggung kepala okeh!!
aku pun tak tau mana datang ntah, tiba2 suka lagu hindi.
tapi 1 lagu je yg dia suka, bole chuliya dari filem khabi kushi khabi gham tu.
yg lain ada 2,3 ketoi video lagu hindi, tapi tak layan sangat..


makan nasi beriani sambil layan lagu hindustan..
ko mampuu?
tu sila panggung kemain, muka serius bajet duk check saham.
bila tanya, Amni buat apa, jawabnya, Amni duk kaler!!
amboihhhh, kaler je pun, serius kemain ko ehhh..

now, aku tgk dia makin ketagih.
petang, balik je dari umah pengasuh, masuk umah terus minta tab.
dulu2, aku bagi je.
duduk la ko main kat situ diam2, janji tak kacau mama buat keja.
dapat la aku buat keja or berehat dengan aman.
main sampai habis bateri, pandai pulak dia suh kita cucuk power bank.
amboihhhhhhhhhhhhhh..
budak ni pulak mulut bule tahan, menjawab je keja dia.
dia cakap petah sangat, ada je alasan dia.

kena pulak aku peknen kan?
blk keja tu, mmg badan dah lembik dah, bateri tinggal nyawa2 ikan je.
so, nak bg dia dia, tak kaco aku and aku bule berehat kejap, kasik jelah dia main tab.
hari2 mcm tu lah.. mainlah nak, mama letih sgt ni.
dah lama, 2-3 bulan camtu, dah jadi habit la kan?
mula2 aku tak perasan, aku biar je.
dah lama2, eh, tak boleh biar dah ni..


aku berkeras sket.
nilah jadinya..
menangis guling2 kat lantai nak tab.
sorry, mak kau hati kering, nangis la ko kat situ..
hahahaha..
bapaknya tak tahan sangat dgn anak, nak ikut je.
no!!
aku sembunyikan tab.
ingat selamat, tapi dia pandai g kenen henpon apak dia pulak sebab situ pun ada video kartun.
sabaq jelah..
tapi ok sket la sbb henpon papa kejap2 je boleh layan, sebab kang papa nak keluar ke apa ke..
so, sejak 2,3 minggu lepas, mama bertegas and papa kena ikut.
tab cuma dapat on weekend, not on weekdays.
aku cakap tab tinggal umah tok umi, tok umi pinjam kejap.
dia jawab ok, tok umi nak main pou.
hahahahaha..
tapi bule pakai la, sebab dia percaya.
nak g umah tok umi jauh gak kan, so dia redho jelah..
bila sabtu ngan ahad, aku kasik dia main. senin sampai jumaat, simpan balik.
dah 2 minggu and berjaya la..
alhamdulillah, kurang la ketagih sket nak main tab.

aku tak nak dia asyik main tu je.
bagusnya dia duk diam ngan benda alah tu, tak ganggu ko buat keja or nak rehat.
dia dah pandai dah nak tekan semua tu, nak keluar cemana, nak buka volume smua.
budak2 skang kan cepat belajar.
ada educated video utk dia, ada yg dia belajar tapi main la banyak.
ada lagu yg dia bule ikut, boleh baca abc, alif ba ta smua..
leka dengan yg tu, sampai ko panggil pun dia taknak datang punya taknak tinggal tab tu.
asyik layan katun minions, cakap pun dah mcm minions, geram aku.
mainan yg berlambak ni haram tak usik.
dah takleh berenggang, aku naik sakit hati plak tengok.
then tak bagus utk mata dia..
tak boleh biar dia leka sangat.
bila dia asyik mengadap tu, aku rasa dia jadi tak kreatif.
minda dia tak berkembang mcm dia main permainan dia yg mcm2 ni.
pendapat dan pandangan aku la..
sebab selama ni dia kecah mainan dia, dia main masak2, dia main doktor2, imaginasi dia tinggi.
dia tgk kita buat, dia buat kat dapor dia sama.
dia tgk kartun tu, apa yg dia tiru?
adalah, duk nyanyi, selamat pagi cikguuuuuu.. duk tiru upin ipin!

now, dah tak minta sangat dah tab tu.
so,lega sket la...
tapi, ada part yg ko kena sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr banyak2.
istigfar yeh..

















redho bila dia sedang berimaginasi..
bila dia membina sel2 otak dia utk berfikir nak buat apa..

takpe nak, mama redhoooo..
mainlah, kecahlah, punggahlah...
asal awak belajar.
ni pun part of learning jugak kan?????


ok, ni apa yg aku perhatikan.
zaman sekarang, budak2 ada gadget sorang 1, tu biasa..
kat kedai makan, 1 family duk makan, anak 3-4 org, semua duk belek tab@smartphone.
masing2 tak bercakap pun, belek henpon je.
rugi je rasa..
mak pak keja dari pagi sampai mlm, jumpa anak waktu mlm je, tapi masing2 sibok ngan gadget pulak.
bila nak bersembang, nak tau perkembangan anak2?
mak pun sibuk update status kat pesbuk jugak.
pastu komen2 ngan anak2 je dlm tu. haishhhh..
terpulanglah, klau tu cara yg korang suka kan?
bersangka baik, jgnlah abaikan anak2 tu.
biar diorg leka sgt dengan gadget, dengan teknologi, silap gaya, boleh memudaratkan..
mcm2 cerita dah yg kita dengar, budak2 pun dah pandai layan mcm2 kat internet.
jgnlah kita biar anak2 kita terjebak sampai mcm tu skali.
rosak masa depan diorg..
pantau apa anak2 buat, apa yg diorg tgk..
mostly skang ni semua umah ada internet.
balajar kat skolah pun banyak yg online dah.
mak pak sila pantau apa yg anak tgk, apa yg anak buat..
jgn lepas bulat2, kang tetiba kluar muka nak kita plak kat pesbuk buat bukan2.
nauzubillahiminzalik..
takut aku tgk keberanian budak2 zaman sekarang..
moga tuhan lindungi anak2 aku.. Amin

4 comments:

  1. budak2 kalau dapat tab memang ralit..makan minum dah x peduli lg..sy dah x bagi anak2 main tab... biarkan diaorang main dengan benda2 lain..x mau ajar sangat

    ReplyDelete
  2. Saya salute akak, kerana lain dari ibu2 lain diluar (maaf kalau terasa pedas) ; ) , sanggup take a different stance. Memang epidemic Technology zombie ni menjadi-jadi... Bukan nk ngumpat sharing je, anak sedara saya pun bukan main lagi, baru umur 2 tahun abg saya belikan samsung tab untuk dia main, hari2 mengadap itu je... Btw geli hati tgk gambar anak akak baring atas sofa, kaki silang sambil main tab.. Macam Lady Boss... : p

    ReplyDelete
  3. salam kenal. sometimes ada budak bila kita bagi dia tengok video2 (cth ABC, etc), dia cepat belajar, vocab dia expand more, pandai lagu2 nursery rhymes. mungkin kena limit apa yang budak2 tengok dan selalu awasi dia tengok..

    ReplyDelete
  4. @rizziela : betul! saya pun xmo dia ralit sangat. mainan lain berlambak lagi, duk hadap tab je. makan pun kadang2 sambil belek tab.

    @damski fashion : kena bertegas jugak, tak boleh biar sangat kan? ada budak2 yg mmh taksub sangat dgn tab. kalau boleh takmau sampai mcm tu.. kenit tu mmg ada gaya lady boss dah, kemain eksyen.. hehe

    @nurin khairi : betul kata awak, kat tab anak saya pun ada educated video and dia blh baca abc dah pun skang ni. ada baiknya jugak, cuma takmau terlebih je, kang taknak belek dah buku2 dia.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...