Search This Blog

Loading...

Thursday, May 08, 2014

Bekas simpan keronsang

ladies, yg pakai tudung, harus banyak keronsang @ brooch kan?
aku ni melambak kut keronsang..
ater, duk kat perlis, asal g padang besar, harus borong.
murah oihh..
now, tak payah g padang besar, kat kedai2 kat kangar ni pun melambak jual.
kat pasar malam pun sama.
sama je ngan padang besar, harga pun lebih kurang je.
skang ni pulak, lagiiii murah compare dengan 3-4 thn lepas.
design pun mcm2..
klau kat padang besar, semua made in thailand je.
klau kat pasar mlm ni, yg korea ada, cina pun ada.
kadang2 lagi banyak pilihan.
tengok ke merelip merelap tu mmg rambang mata..
dulu2, zaman pakai tudung bawal, beli yg sepasang, 1 kecik 1 besar.
now, pakai tudung awning or shwal, beli sepasang juga tapi sama patern, sama saiz.
sebab pakai kat dua2 belah bahu.
mcm2 patern skang ni.
seriussssssssssssss rambang mata..
yg ada batu liplapliplap, yg jenis felt, bunga2, mcm2 lah..

masalahnya, cemana nak simpan keronsang yg super banyak tuuu?

dek kerna beli pun murah2 jew, aku takla beriya simpan bekas elok2 sgt.
pakai 2,3 bulan, luruh habis batu2 tu.
beli pun 10 hengget, so kena lah dgn kualiti.
klau yg beli mahal, yg tu slalu ada bekas asing, so simpan elok sket la..

bekas cemana yg aku guna?
jommmm..






ni bekas yg aku guna..
drawer ajaib aku la ni..
lamaaaaaaaaaaaaaaaaa dah umo dia.
thn 2007 nu aku beli, masih setia berkhidmat sampai sekarang..
takda la besar sgt bekas ni, sekaki kut tinggi dia.


dari pandangan atas.
susah kut nak jumpa drawer yg design mcm ni and saiz mcm ni.
bahagian atas ada compartment mcm tu.
selalunya, semua drawer kan, ada laci je, atas tu takda mcm tu.
so, bila jumpa, laju2 aku beli.
klau tak silap aku beli kat tesco sungai petani.
masa tu g hantar adik aku kat kem PLKN kat baling thn 2007.
blk singgah tesco sungai petani, shopping sket.
klau perasan, nampak bekas pecah kat atas tu.
hari kejadian, baru beli, masa nak angkat masuk kereta, jatuh, pecah sket atas tu.
frust oi, belum sempat guna.
but, kecik punya hal, balik umah aku selotepkan dia, so, boleh je guna.
and terus guna sampai sekarang..
so, keronsang2 semua aku park kat situ.
tapi overload jugak sebab banyak.
so, park yg selalu guna je, yg lain aku masuk box.
yg masuk box tu yg patern lama sket la, yg jenis sepasang kecik besar tu or yg rosak tapi masih boleh guna.
batu liplap dah jatuh, tapi keronsang masih tajam, elok lagi, simpanlah.
boleh guna buat pin kain ke, pin apa2..


ada 2 compartment.
belah kiri, aku letak keronsang yg kecik2, yg guna utk pin bawah dagu.
yg jenis berjuntai2 tu ke, yg kecik2 smua duk situ.
belah kanan, keronsang yg besar2, yg sepasang.
aku padankan dengan geng dia siap2, pin sekali sebab bila nak ambik senang.
takda la tergagau2 cari pasangan dia bila nak guna.

baru2 ni aku 5s keronsang ni semua, mana yg batu2 bnyk dah jatuh, yg karat, aku buang jelah.
tak kuasa dah nak simpan sebab bnyk sgt.
yg jatuh sebijik 2, masih nampak elok, simpan..
dulu zaman bercinta, selalu gak laki aku tu kasik keronsang kat aku.
now ada yg elok lagi, and ada yg dah rosak.
dah lama tak beli eh papa??
hahahaha..



 drawer tu ada 3. gambar tu ikut sususan dah.
1st aku letak mcm2 gak tu.
main campak ja.. hahaha..
ada ketip kuku, ada butang baju melayu laki, ada inai, ada err breast pad yg lama tu.. hehe
2nd, ada getah rambut and kepit rambut.
kotak kuning tu jarum peniti.
3rd, ada alat make up yg dah lama tak sentuh.. hahahaha


lokasi di dlm master bedroom..
sebelah tu bakul yg ada segala maknek lotion, bedak, deodarant laki bini..
both ni duk atas drawer plastik besar sebelah dressing table.
dlm drawer besar ni ada 4 drawer.
dlm tu macam2 adaaaaaaaaaaaaaaaaa..
sempat buat 5s 3 drawer atas ja. 
yg last tu bnyk benda tak guna dari yg guna.
nantilah, 1 day nak kemas, mana yg rasa menyemak ja, nak buang..
dlm umah ni kadang2, banyak benda yg tak guna dari yg guna kan?

3 comments:

  1. byknyer koleksi..saya ada beberapa ketoi ajer

    ReplyDelete
  2. @nor nazliana @rizziela : a'ah banyak. sebab suka beli, lagipun murah jewww, 1 set 10 hengget je pun. yg 3 saploh hengget pun ada.. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...