Search This Blog

Loading...

Friday, May 16, 2014

Bila suami sidai baju.......

balik kerja..
letih keja and letih alahan, then masuk umah ko disajikan dengan 1 pandangan indah..
sangatlah indah....










































nak kata apa?
sabar and redho jelahhh..

nak marah ke nak berleter ke tak mampu dah sebab letih and penat..
pastu nak buat pe?
senyum jelahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

ni kisah hari jumaat bila entah..
hujan...
laki aku kan cuti hari jumaat.
so, kalau dia tak banyak keja nak buat, dia tolong la basuhkan baju dalam raga harian tu.
sebelum ni, aku basuh baju hari rabu and weekend je.
since aku peknen and tak larat sgt, minta tolong dia utk basuh hari jumaat tu.
cuti, duk saja, tolong bini sama ehhh?
lagipun, yg bnyknya baju dia jugak kan?
tengok tu, tshirt dia je pun yg bergantung tu.
peelnya, pakai kejap, peluh sket, tukar.
kadang2 sehari sampai 3-4 helai tshirt.
tensi guwee.
kena pulak minggu tu hujan.
dia malas nak ulang alik, ambik jalan mudah sidai je dlm umah.
skang kan cuaca panas, klau betul2 panas, tak hujan, sidai dlm umah, seharian pun kering elok je baju2 tu smua.
tghr, dia nak sidai baju, mendung pulak.
nak g smayang jumaat takut hujan kang basah baju, so dia sidai dlm umah siap2.
diusungnya penyidai biru yg duk dlm bilik kami tu keluar.
padahal penyidai tu duk sidai segala tshirt harian dia.
yg tu dia longgok kejap kat katil, bawak keluar penyidai, sidai baju yg basah tu.
parking pun baek punya kat sebelah meja makan.
buka pintu utama, nampak penyidai tu dah..
+______________+

jumaat petang aku blk keja tu hujan, bawak ke mlm.
sampai hari sabtu penyidai tu duk situ.
sabar jelah..
seb baik takda sapa2 datang, klau tak kelam kabut nak kemas umah.
haishhhh.
kali ni kira proper sket la dia sidai baju sebab hangerkan semua elok2.
klau tak, dia main sidai je kat kerusi meja makan tu.
kadang2, spenda pun dia sangkut kat krusi.
urut dada aku tgk.
maybe sebab cemuih dengar aku berleter, dia sidai elok2 kali ni.
kehkehkeh..
sebelum ni pun kalau hujan, kat kerusi meja makan tu jugak aku sidai baju.
sebab klau hujan lebat, kat bahagian belakang umah yg aku duk sidai baju tu, tempias jugak.
tapi sidai elok2 la, takda la main campak je.
kalu laki aku, cemana dia angkat dr raga, camtu la dia sidai.
tandanya nak ketuk2 ke betulkan kain baju tu dulu bagi hilang kedut tu smua.
hantam sajalah, janji sidai.. gituuu..
mak aku kata, biarlah...
sebelum ni dia bukan biasa sgt buat keja2 tu semua.
so, bila org dah tolong buat tu, ringankan keja kita, syukurlah.
belajar berterima kasih yehhhh walau tak sama mcm kita buat.
okay la kan dia tolong buat dari dia tolong tengok je ye dok?

ok, terima kasih suami!!

4 comments:

  1. heheheh..bertabah lah.. kerje orang laki memang begitu.. tak ape lah..die nak tolong tu kan.. :)

    ReplyDelete
  2. haha...tergelak saya baca bab longgok baju kejap semata nak keluarkan penyidai yang dok sangkut baju harian.

    sama la suami kita pon...senyum jela.nak tergelak pon ada

    tapi as long dia nak jugak menolong, hargai jela...walaupon kadang rasa nak marah ke nak gelak? bhahaha

    ReplyDelete
  3. Ehehe mula2 kawen dulu mmg kejutan budaya.. Skrg dah biase llelaki buat keje mmg pantas dan tuntas..hhehe

    ReplyDelete
  4. @aty_fared : itulah, memikirkan dia dah tolong, tak payah la cakap bnyk kan? org dah tolong, terima kasih jelah.. hehe
    @nadia_mansor : pastu saya pulak yg kena susun balik baju harian tu pas masukkan penyidai baju tu. dah jadi 1 lagi keja.. heheh
    @cinet : memula kawen dlu, bengang jugak sbb tak puas hati ngan keja suami, now dah bule redho... ahahahaha.. asalkan dia tolong, ok jelah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...