Search This Blog

Loading...

Thursday, May 15, 2014

Gambar makanan.. lagi. ehh?


kita share gambar makanan lagi ehhhhh..
jangan ada yg marah kak yah tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..

sejak peknen, aku jarang2 masak.
seminggu kadang2, 2-3 kali je..
tak larat, apa nak buat kan?
walaupun hati tu nak makan itu ini, tapi bila balik umah, dah lembik, tak daya dah
beli jelah apa yg patut walau mulut tak redho sgt nak telan..
huhu..
bila teringin nak makan, larat tak larat kena buat jugak..
sebab idok le aku alah sampai tak leh bangun..
cuma bila dah muntah2 tu, tak larat la kan?
 



binatang yg 1 ni, makan sedap..
tapi nak membuatnya, alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, leceh.
eh, nak siang tu lagi leceh okes.
ikan cencaru@ikan jaket ni kami  laki bini suka makan.
siang, belah belakang, taruk garam kunyit then letak sambal.
cara aku, tumbuk cili kering+bawang merah+bawang putih+garam+gula.
tumbuk tau, tak mo blend.
sebab nanti dia ada tekstur kasar2 sket, sedap makan.
klau blend, haluih sangat, tak syiok.
pastu goreng garing2.
menusuk hidung bau dia okehhhh, 1 umah berasap.
time goreng tu, hadap la asyik bersin tak benti... hahahaha..
makan panas2, pastu goreng lak garing, sambal tu hangit2 sket, ui sedappp..
rupa mmg buruk sket la, tapi rasa, win okehhhh..
tak caya, try arr.
ada org suka letak kelapa parut sket, mcm buat bantut org utara panggil.
ohh, me not like..


ni menu masa aku mc bila ntah.
mood kerajinan and laparrrrrrrrrrrrrrr.. hekhekhek..
buat udang massak lemak tapi lain sket caranya.
sedap woh, laki aku suka sangat nih.
rasanya pernah share dlu, tapi aku share lagi skali..
kak yah baik hati hari nih..
blend cili kering+bawang merah+bawang putih.
nak pedas, taruk bnyk, takmo pedas, sikitttttttttttttttt saja cili tu..
tumiskan bahan blend, agak garing masukkan serai yg diketuk ngan asam keping.
pastu masuk udang, pastu masuk santan.
pastu taruk la sayur apa yg patut.
aku slalu letak tomato.
tambah garam gula and kunyit sket.
dah pecah minyak, siap!!
senang and sedap. percayalahhhhhhhhhhhhhhh..
slalu aku buat tak pedas sebab somi tak suka pedas and Amni pun bule makan.
then lawankan dengan ikan goreng + sambal belacan.
memang bertambah2..
tu aku goreng ikan kering..
taruk kicap sket, huiiiiiiiiii, memang 2 pinggan laaa.


sup tulang ala thai.
ada resepi kat sebelah ni ha, nak try kalu, silalah click.
mak aku ada kasik tulang lembu hari tu, maka marilah kita buat sup.
aku suka bihun sup, tak kisah la ayam ke daging ke.
nak buat bila2 masa pun takda hal, bahan2 penambah tu sentiasa ada dlm esbok.
like bawang goreng, stok cili kicap, lobak masin, sup bunjut.
klau yg nak kena beli pun, daun sup and daun bawang.
kena lak Amni suka sangatlah makan sup2 ni, so, bila sesekali buat, berbaloi rasa walau pun letih sket..


hari tu teringin nak makan kurma telor.
weekend bila ntah ni, laki g pasar tani sebelum dia g opis.
minta dia belikan santan segar.
tapi, malang apa ntah hari tu, kurma aku tak menjadi..
phewwwwwwwwww, mcm tak pecah minyak.
entah pasai apa..
maybe sebab dah lama tak buat kurma, mcm tak kena je rasa.
tapi seb baik rasa tu bule tahan sedap.
hahahaha..
Amni kata sedap and makan banyak so, iolls ok je.
ehek ehek ehek...


kawankan yg ni dengan kurma telor, hoih, bertambah2 nasi..
ikan kembong goreng ni mmg feberet sepanjang zaman.
tak jemu kut.. hahaha..
goreng garing2, taruk kunyit ngan garam secukup rasa..
tinggal tulang aku kerjakan..
korang try yg ni..
rebus ikan ni dengan garam and asam keping.
air sket je, paras2 ikan je, garam tu agak2 la, then asam keping.
dah kering air, tutup api.
agak ikan sejuk, korang goreng pulak.
goreng mcm tu, tak payah taruk garam kunyit ke apa dah.
sedap oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..
serius!
goreng garing la.
sedap sebab masin2, and air asam keping tu menyerap masuk ke ikan.
makan dgn nasi panas2 or dgn pulut, memang terangkat.
cubalahhhhh, mesti ketagih.
ahahaha..


 yag mesti kena ada sentiasa di rumah sekarang nih.
aku now, hari2 makan buah.
buah ni lah yg selalu je pun sebab senang nak dapat.
duk merapu dgn laki aku, klau kluar nnt anak perempuan, snow white la budak tu sebab aku hari2 makan epal..
ahahahha.. ada kaitan tak?
sekarang, laki aku la slalu pastikan ada stok buah dlm peti ais.
paling kurang epal.
now ada tembikai, nak makan tapi malas nak potong. haishhhh..


ini ialah harum yg manis..
signature dish negeri perlis.. giteww..
setahun sekali je ada okes..
mempelam harum manis..
alhamdulillah, dapat merasa hasil pokok sendiri, tak payah beli.
mahal ok buah ni, nak beli pun tak gamak.
now, sekilo cecah rm25++.. ada aku dengar, 30 kut..
ni buah dari pokok pak mentua aku.
dulu2 katanya buah banyak gila, now takat bule makan kami anak beranak je.
harum manis ni kena dok jaga pokok tu, baru buah elok and banyak.
yelah, buahnya manissssssssssssssss, so serangga suka serang.
tak jaga, lingkop pokok tu.
ayah pun dah tak larat skang ni, takda sapa nak tengok.
thn lepas tak bnyk, thn ni dapat la kat aku 5 biji dah.
ok la dari takda..
korang pernah makan harum manis?
sapa pernah makan tu tau lah manissssss tu mcm mana rasanya..
mkn dengan pulut, uishh, sedap baq hangg..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...