Search This Blog

Loading...

Monday, May 19, 2014

Penyimpanan stok barang basah

rasanya dah pernah up entry pasal barang basah ni.
takpe, up lagiiiiiiiiiiiii, miahahaha..

isteri2 @ mak2 yg berkerja, rasanya ramai yg buat stok gini kan?
tak tau lah kut ada yg suka barang fresh, hari2 beli, hari2 siang, hari2 masak.
i is tak rajin sampai begitu sekali.. kofkofkof..
sebab nak siang segala jenis binatang tu, bukan sedikit masa dia eh.
klau udang sotong ha, cepat..
tapi ikan, huii, tak kuasa..
beli2, then buat stok, nak masak kang, cepat je keja sebab dah siang.
kena cairkan je.
cumanya, jgn lah buat stok sampai sebulan.
not gud.
lagipun hilang dah rasa and zat2 tu smua kut klau lama sangat duk keras kejung dlm peti ais.
aku pun tak suka klau ikan@ayam tu lama sgt dlm peti ais.
tak sedap, rasa pun lain.
busuk2 pun stok cuma utk seminggu.
pastu refil balik bila dah habis.

now, kita cerita cara simpan stok2 ni smua.
ada blog yg aku baca, tak ingat kat mana, dia simpan dlm plastik.
buat utk sekali masak jugak, tapi tak pakai bekas, pakai plastik.
tapi masukkan dlm 1 bekas besar.
contoh, ayam beli sekor.
potong2, basuh2, masukkan dlm plastik utk sekali masak.
mcm aku, sekor ayam dpt la 4-5 kali masak.
tak tentu..
so, aku punya 5 bekas la tipuware tu.
klau plastik, 5 bekas plastik la.
pakai plastik yg buat isi air, klau kita g beli air bungkus kat kedai tu.
pastu, masukkan pulak plastik tu dlm tipuware besar.
tapi asingkan, jgn campur dengan binatang lain la.
utk ikan, ikan je, ayam 1 bekas, udang 1 bekas.
now aku tgh berkira2 nak buat gitu jugak.
sebab mcm jimat ruang. kan?
guna bekas tipuware ni makan ruang jugak.
cumanya kena beli plastik jelah banyak2 and ada sampah la nnt.
bekas ni bule pakai ulang2. plastik tak sesuai kut..

hari tu tgh berangan2 nak beli set tupperware yg utk isi segala benda alah ni dlm freezer.
tapi, 1 set tu humakaiiiii, mau 200 hengget.
telan ailio kak yah.
teringin sebab cantik and bekas tu tahan betul based on review la.
tapi pikir2, mcm tak berbaloi gak.
ni ayat org kedekut.. hahahahaha..
guna tipuware pun sokay je pun.
beli yg sama bentuk, sama kaler, susun elok2 dlm peti ais, cun je kan?

kadang2 klau tak bnyk benda freezer atas tu ok la, susun bekas2 ni smua.
kadang2 ada nugget la, fries la, eskrem la, semak plak aku tgk.
banyak sgt bekas.
sejak kawen, dlm tipuware tu la aku simpan semua.
dlu guna bekas yg dpt free masa beli soya or kuih raya.
pastu beli bekas yg elok sket kat tesco.
bekas yg putih tudung biru tu dari avon.
ada 1 lagi, besar siap ada raga dlm tu, sesuai utk simpan daging@ayam.
ok, pikir2 pasni nak simpan mcm mana pulak.
nak jimatkan ruang kekdahnya..
peti ais aku idok besar mana, standard 2 pintu je..
nyesal pulak tak beli yg besarrrrr terus dulu..


4 comments:

  1. saya ketaj dlm plastik..nak jimat ruang

    ReplyDelete
  2. saya yang surirumah nie pun buat stok seminggu terus..hihi malas nak kuar rumah tetiap hari nak ke pasar tue..stakat nie saya pun guna tipuware gak utk simpan stok..ok lps nie nak try letak dlm plastik n then letak dlm tipuware...

    ReplyDelete
  3. saya pon buat camni..senang..nanti nak masak kuarkan mana perlu jer.. teringin gak nak beli tupperware...heheh...

    ReplyDelete
  4. @rizziela : tu la, terpikir nak guna plastik pula pasni
    @ira_violet_bee : buat stok ni cepat sket nak masak kan?
    @aty_fared : jom2 beli tupperware.. hehehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...