Tuesday, June 17, 2014

Checkup 22weeks..

lama pulak entry bekas bawang tu bersarang kat situ.
huhu.
mood kelaut sket nak mengupdate.
padahal last week, senin aku mc, kamis jumaat aku cuti.
terasa nak buka lappy, nak update, tapi malas lagi banyak, so lantak ko disitu..

last week abang aku anak beranak balik sini.
ada makan2 sket hari ahad tu sempena besday amierul and besday abah.
nntlah cerita, gambar blom transfer.

senin, aku mc.
aktif sgt masa weekend tu.
so, tanggung la padahnya.
bgn pagi, nak siap2 g keja, terasa sakit ngap2 kat pepet.
yes, sakit kat bawah tu.
menyengat je rasa, berdenyut2.
suami suh g klinik check je sebab tgk aku nak bergerak dah mcm teruk je katanya.
tapi still boleh drive lagi.
sesekali dia datang sakit tu, memang hadap la.
tapi yg pasti bukan sakit nak beranak.
gegas pepagi g klinik Faezah kat kangar.
g cari doc perempuan lah sebab nak cerita agak segan klau doc laki..
klinik Faezah ni klau kat kangar adalah agak glamer.
sebab doc perempuan and dia antara yg senior and bagus.
so, org suka, and hadap la nak tunggu lama sebab tak buat appointment.
takpelah, sabar dan redho kekdahnya.
tapi seb baik, walau walk-in, aku tak tunggu lama sangat.
sejam tu biasaaaa.
bgtau doc nak scan je memula, pastu masa dia scan baru cerita gitu gini sakit bla bla bla..
detail betul dia scan, habis diukurnya.
syokkan?
air ketuban, kepala baby, kaki tangan, jantung, pundi kencing, jantina. ehhh?
so, gender baby dah tau sebab dah 3 kali scan, sama je.
apakah ia?
rahsiaaaaaa.. hahahaha..
pastu dia check, uri aku agak rendah katanya.
so, baby makin besar and duk tekan, sebab tu aku sakit.
:-(
dulu masa 20weeks, aku mc 2 minggu lebih kurang.
sebab asyik bleeding, tapi tak banyak la.
hairan, rupanya uri kat bawah.
bergerak lebih, bleeding la.
so, hadap la duk melentang saja kat umah dekat 2 minggu.
satu apa tak buat, sampai makan pun mentua hantarkan.
best dokkk?
takda ubat apa hari tu, just bg aku mc utk rest kat umah.
rest, duduk, tdor, sakit tu tetap ada.
hadap jelah.

khamis, aku ada appointment dgn klinik kesihatan kangar pulak.
checkup utk 22weeks.
pegi awal, pkul 2 dah sampai.
ingat pegi awal leh setel awal and bule balik awal.
tapi nan hado, sebab nurse yg attach dgn aku tu dah start cuti bersalin.
pfffffffffffffff..
sejam jugak tunggu nak jumpa nurse.
sabor jelah.
skang ni, klau 1st time pegi kena check misi bedah, so, misi bedah la akan check sampai ko beranak.
kira skang ni tetap dgn misi tu je utk sepanjang check up.
lagi senang kan?
klau tak dlu, sekali pegi misi lain, pegi pulak bulan depan, misi lain.
sekali pegi, sekali nak khatam buku merah, pegi pulak, ehhhh, khatam pulak.
buang masa.
bila tetap misi tu, banyak kelebihan.
tunggu pun tak lama mcm dulu2.
dek kerna misi aku dah nak beranak, so tukar misi lain.
and hari pun  bertukar. now khamis, pasni ke hari rabu pulak.
takda hal.
jom kita check jom..
kali ni, hb aku adalah rendah!
tinggal 10.3 okeh..
oh myyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy..
patut aku letih semacam je lately nih.
sebelum ni duk kat border line je, 11++.
kali ni menjunam.
sebab aku makan shaklee pulak.
sebelum ni makan iberett, dedulu pun makan iberett.
saja nak tukar, sebab aku sembelit teruk sket kali ni.
maybe shaklee kurang sesuai dgn aku.
optional sekarang ni aku tambah dos dlu or back to iberett.
pasrah.. shaklee masih banyak, sebab baru mkn dlm 3 minggu.
mahai oi beli tu.. hahahaha..
sebelum kena tambah darah ke apa, skang ni aku up dos dlu.
agak mabuk bila mkn ubat bnyk2 ni.
aku perasan, bila aku mkn shaklee ni, sekali sekala aku muntah pulak.
padahal, masuk 5 bulan pregnant, aku dah tak muntah sgt dah.
now  nak kena upd os pulak kan?
sabo jelahhh.
aku dah la tak suka makan ubat!
iberett senang, sebijik je ko telan, cukup smua.
senang keja aku tak payah telan banyak2 biji, mcm2 jenis.
kalsium la, omega la, apa lagi lah..
haishhh, cemuihhhh tapi kena la hadap.
lambat lagi nak beranak ni.

dek kerna hb low, bawah border line, next week kena ambik darah lagi skali.
pasrahhh..
haishhhh....
semlm insaf, makan nasi lemak ngan sambal kerang dengan harapan ada peningkatan pada hb.
huahuahua..
tgk la minggu depan camna, klau tak naik jugak, maybe kan back to iberett.

aku skang ni badan dah membadak dah.
perut tak sangat.
ikutkan tu besar dah pada aku.
bila check up, nurse kata ok je.
berat baby pun dah 400g++.
kena dengan usia.
cumanya badan aku jenis sedia besar, so perut tak nampak sgt.
padahal baju semua ketat.
masuk bulan jun, aku dah tukar uniform dah.
tak mampu nak pakai baju kurung dah, sengkak perut sebab kain tak leh zip.
toksah paksa diri, moh le kita tukarrrr..
kali ni tak beli maternity wear baru pun lagi.
seluar je beli selai masa g penang hari tu.
tu pun dah ketat sebab jenis cawat pendek.
nyesal beli.
pakai yg lama je.
kesian adik baby.. huhu..
mama belum sampai fasa nak bergaya ke nak bersiap lawa2.
pakai baju asal boleh je skang ni.
dengan pemalasnya, dengan selekehnya, haishhhh..
jangan la laki p usha org lain. nauzubillah bang oiii..
kejap je yek.
thn depan, bini awak pasang badan balik.
i janji! i diet, pastu pakai cantik2 utk awak yehhhhhhhh..



2 comments:

  1. aty masa pegnan dulu...jarang sangat hb nak cantik.. memanjang kene marah jer ngan nurse tau...ngeeee

    ReplyDelete
  2. @aty_fared : sama la. border line. duk ulang alik keje ni risau kut pitam je.. huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...