Search This Blog

Loading...

Monday, June 30, 2014

Ramadhan 2014

day 2 of  Ramadhan 2014..
aku harapppppppppppppppppppp sangat thn ni aku dapat puasa penuh.
ada peluang puasa penuh, cuma tak taulah mampu ke tidak.
berdoa jelah agar dapat puasa dengan baik.

dulu masa mengandongkan Amni, aku tak puasa 18 hari okehhhhh.
jenuh ganti oi.
siap kena bayar fidyah lagi sebab dah terlepas thn.
padahal ada setahun utk ganti kan?
26 ramadhan aku warded.
so, sah2 tak puasa sebab kena cucuk bagai.
lagipun diorg hidang je makanan, then telan jelah.
pastu 29 ramadhan, dah selamat keluar mak enon tu..
hari2 lain yg aku puasa tu, tuhan saja yg tau.
azab nak menunggu petang.
takpe, tu smua dugaan and cabaran masa pregnant kan?
pepagi tu aku puasa dlu, dah tghr, dah teruk menggigil badan, aku bukak je puasa.
tau2 duk beratur kat kedai mamak beli nasi kandar... hahahaha..
lapar tu 1 hal, angin tu 1 hal.
aku puasa dgn tak, sama je.
muntah jugak.
muntah stok sampai terkencing and sampai takda menda nak keluar dah.
padahal time tu dah 8 bulan.
patutnya dah steady, boleh je nak puasa.
tapi sebab angin teruk sangat, tak mampu.

kali ni, tak tau lah cemana.
harap2 ok sebab now alahan dah kurang.
letih tu biasa la.
lapar pun dah bule tahan sket dah.
datang opis, buat keja, harap2 bule bertahan sampai petang.
klau nak buka pun apa je yg bule makan kat sini.
dlu kat opis lama, dekat Kangar bule cari kedai mamak.
duk kat kampus baru ni, jauhhhhhhhhhhhhhh oi.
takat makan biskut ngan milo, tak jadi apa.
lapar sama je.
cumanya, kena pikir anak dlm perut la.
klau tak mampu, tak payah nak bertahan la kan?
kita ada pilihan.
nnt dah selamat beranak, ganti la puasa tu.

kali ni berazam nak berjimat.
eceewahhh.
takmo membazir kat param (pasar ramadhan).
harap2 mampulah.
taktau lah duk pregnant ni, puasa, semua teringin plak kan?
end up, bila berbuka minum air banyak, makanan semua dah takleh masuk.
pastu buang je makanan tu.
dah la mahal semua ni.
mahal klau sedap takpe jugak kan?
membazior jeeeeeee..
harap2 mampulah bertahan, tak ikut napsu sangat.
ikut aku, masa nak berbuka simple2 pun takpe.
masak sendri lagi best.
tapi dgn keadaan mcm ni, taktaulah mampu ke tidak.
berdoa jelah harap2 kuat.

1 thing, harap dapat tunaikan teraweh..
1st night dah terlepas sebab tak larat.
dlu2 aku buat sensorang kat umah je pun.
kali ni taktau lah.
teringin sangat nak g masjid.
dah lama tak teraweh kat masjid...
nak rasa suasana bulan puasa..


to all, selamat berpuasa.
moga ramadhan ni antara ramadhan terbaik utk kita.
sama2 kita lipat gandakan amalan di bulan yg suci ni yeh...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...