Wednesday, June 04, 2014

Sudut istimewa rumah

entry ni sempena cabaran kat Susun atur Sioca..
dah lama peram, ni baru ada daya nak menulis.
cabaran lepas, kak yah agak bertuah.
menang uolls.. ehehe..
tapi, hadiah belum sampai lagi.
dah pos ke fizah?
hihi..

okes..
sudut@ruang istimewa kat umah.
klau ikutkan, ruang aku suka, ialah bilik tidor.
hahahah..
sebab situlah tempat paling lama aku duduk dlm sehari.
tdor je dah 6 jam ye dok?
tapi tak kuasa nak share gambar bilik tdor.
dulu2 masa duk umah sewa, duduk berdua, mmg bilik tdor sentiasa cun.
baru kawen kannnnnnnnnnnnnnnnn?
now, duk umah sendri, cun jugak bilik tdor aku.
cuma, sometimes tu serabut sket. heheheh..
bnyk sgt anak2 Amni sampai aku naik rimassss.
lagipun skang takda katil, mcm tak berapa lawa.

so, aku share ruang istimewa aku yg seterusnya..
haruslah jantung umah kan?
daporrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..
mak2 sangat kannn?
hehehe.
nak tgk entry dapor, kelik saja kat sini..


dapur saya yang luuuuuuuuuuuuuuuuuuuuas..
hihi..
pandangan dari pintu masuk dapur.
sesapa yg 1st time dtg umah, mesti cakap, luasnya dapoq hanggggggg..
hahahahaha..
yessss..
masa memula draw plan umah, perkara pertama bgtau suami, mama nak dapor luas ye.
alang2 buat umah sendri kan?
klau beli umah siap, redho la dapor besar mana.
ada duit lebih, boleh extend kemudian.
jadi, bila dah buat sendri ni, moh le kita buat dapor besar terus.
aku org kg, dah biasa dapor besarrrrrrrrrrr.
senang nak kenduri kendara. idok le berlaga bontot ye dok?

dah nak dapor luas, dapat dah.
tapi ada la a few things yg aku agak tak puas hati.
memula frust jugak, but now dah nak masuk 3 tahun, belajarlah bersyukur.
ada yg  gini pun dah bertuah sgt kan?
klau tgk tingkap, luas sgt.
bagus tu ada utk pengudaraan kat dapor.
tapi bila nak buat kitchen kabinet, nak gantung, agak susah.
nak letak barang pun susah gak sebab ada tingkap.
aku pun tak perasan masa plan umah yg awal tu.
then, bapak mentua aku pulak g tiles habis sampai atas and ikut keluasan kitchen kabinet tu.
bertambah susah klau nak tebuk, nak drill bagai.
kemungkinan utk tiles tu pecah adalah tinggi.
so, kita hold dlu kitchen kabinet atas tu.
thats y la, hood dapor nampak togel je sensorang dia kat situ.
tu pun berpeluh ketiak laki aku edjas.
nak pasang grill dapor pun kena tgk jugak nnt.
kena pasang kat luar abah aku kata, klau tak confirm pecah tiles tu.
patutnya tak pasang  tiles tu awal2.
tapi pak mentua aku nak senangkan kami, dia suh pasang sesiap.
sila berterima kasih ye..
utk kitchen kabinet, aku suh tukang buat siap2 masa buat dapor.
so, binaan konkrit dan kukuh.
cumanya kaler utk table top, bukan kaler pilihan.
then bila dah siap, redho jelah.
bila buat pintu kitchen kabinet tu, serasikan dgn kaler table top.
kat table top kaler dark brown, then ada light brown sket.
so, aku pilih kaler light brown utk pintu.
klau kaler gelap jugak, tak cun, kang dapor jadi gelap.
tak suke.
cat dinding aku pulih kaler cream nak balancekan dgn tiles.
utk roller blind kaler cream jugak.
memula nak letak kaler brown, tapi nnt dapor jadi gelap, tak suke jugak.




ini pandangan dari sebelah kiri.
sini dah plan nak letak peti ais.
klau dpt buat kitchen kabinet, mcm impian aku, haishhh, harus lawaaaaa.
agak kucar kacir plan dapor ni sebab time tu aku dlm pantang.
so, laki aku main setuju je smua janji semua siap cepat.
redho.
peti ais yg kecik tu dah rosak benarnya, tapi duk situlah dulu.
nanti2 kita pikir apa nak buat.
nak alih, taktau nak letak mana.
nak repair, mcm tak berbaloi dah.
cadangnya nnt nak cari/tempah rak yg sesuai, utk replace peti ais tu.


ni pulak pandangan sebelah kanan.
ada 1 almari dapor aka pantry aku.
segala stok makanan, stok memasak, susu, gula bagai semua duk situ.
cadangnya kat situ nnt nak buat kitchen kabinet jugak.
plug letrik, paip air dah buat awal.
cadangnya nnt nak letak water filter mahal kat situ. kohkohkoh...
cumanya tunggu duit jatuh dari langit.
pastu ada meja seketoi, meja lama dari umah sewa lagi.
ada meja je, takda kerusi pun.
kerusi tu dari meja makan depan, aku bawak ke situ buat duduk sebentar masa nak masak.
hajatnya nak tukar meja tu, nak carik yg kecik sket
yg 4 seater je, now 6 seater.
besar dan makan ruang.
tapi belum jadi hal penting, so kita hold dlu lah.
survey hari tu, dekat 300 gak. so bertabahlah.
pintu tu, ke bilik ke 3 aka bilik kerja suami.

takda sebarang dekorasi pun kat dapor ni.
soon, ada.
tengah berimaginasi.. hehehe..
dapor besar sgt, mcm susah pulak nak hias.
kang serba tak kena, jadi tak lawa.
impian nak buat island kat tgh2 tu.
tapi pikir2, nnt, dapor jadi sempit pulak.
perancangan la semua tu..

masa buat kenduri baru pindah umah dulu, seronok je mak2 sedara aku yg datang.
syok lepak kat dapor sebab besar.
senang nak buat keja.
klau umah beli, dapor seciput ke kata diorg.
mmg la syok, tapi nak mengemas, nak mop tu mengah jugak la..
eheh..


okes, ini penaja hadiah utk cabaran kali ni.
hembos2 sket kut2 ada rezki kak yah lagi.
auwww..
Link penaja:


8 comments:

  1. seronoknya..selesa aja nak buat keje2 memasak kan

    ReplyDelete
  2. @Rizziela : a'ah, seronok masak, tak seronok nak kemas.. hehe

    ReplyDelete
  3. suka tgk dapor luas2 cmni kak...dapur sy comel sgt..tak sesuai klu nk kenduri kendara bagai..hihi

    p/s kak, sy igt da smp hadiah. nnti sy tny penaja sbb hadiah penaja yg poskan...tp penaja warded hr tu, tu yg terlepas pandang kut...nnti sy update smula ok :))

    ReplyDelete
  4. @fizah : mekasih... eh, tak malu pulak tanya pasal hadiah kan? hahaha..

    ReplyDelete
  5. ehhh takpe sis...kena bgtau tu...sy betul2 igt da smp..kalu tak bgtau kang smp ke sudah tak dpt pulak..hehe...sy da emel penaja...nti penaja da reply sy update tau =)

    ReplyDelete
  6. @fizah : tq eh. takpe2.. saya ok je. saja tanya sbb hari tu saya lambat reply email awak.

    ReplyDelete
  7. Selamat petang Kak, cantik betul dapur.. Panjang jugak akak extend. 10 feet ada eh lebih kurang. Kitchen cabinet akak, kelas hard top siap pasang cooker hood lagi. Yg dapur akak buat cantik pasal pasang downlight dan saya suka tingkap besar. Kalau sambil masak tu boleh tgk pemandangan luar dgn dpt natural sunlight.. ; ) Dan saya tahu apsal akak pasang blind dekat tingkap tu.. psl kadang2 kalau waktu malam kakak kt dapur sorg2 takut org ke apa ke jenguk atau terbangkan..... ; ) (Gurau je... )

    ReplyDelete
  8. @Damski Fashion : tq2.. takda la cantik sgt,biasa2 je. heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...