Search This Blog

Tuesday, June 24, 2014

To my dearest daughter, Amni Maisarra bt Shahrizal..

To my dearest daughter, Amni Maisarra bt Shahrizal..
ketahuilah, mama sayangkan kamu lebih dari apa yg mama ada di dunia ini.
kamu adalah anugerah terindah dari Tuhan untuk mama.
utk mama, utk papa, dan untuk keluarga kita.
Insyallah, selagi ada daya mama, ada kudrat mama, panjang usia mama, selagi diizinkan Tuhan, mama tidak akan sesekali abaikan kamu.
susahnya mengandungkan kamu, menanti kamu selama kamu di dlm rahim mama, akan mama kenang sampai bila2.

doa mama, moga kamu sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya selamanya.
doa mama, moga mama tidak menzalimi kamu, mengabaikan hidupmu, membiarkan nasibmu tidak terbela, dan tidak terputus kasih dan sayang mama kepada kamu. Amin!






skang ni kecoh betul kes adik Muhammad Firdaus tu kan?
kat blog2, kat fb, kat media sosial, semualah..
memula tgk gambar, aku tak buka pun berita tu.
tak sanggup.
lepas sehari 2, baru aku baca semua berita2 tu semua.
bergenang air mata.
cuba utk tidak berburuk sangka.
cuba utk bersangka baik.
cuba utk tidak menilai org dengan hanya sekadar 1 berita.
tapi..
naluri seorang ibu tidak mampu menidakkannya..
Allahuakbar!

kesian..
sedih.
geram.
marah.
semua perasaan ada.
rasaya seluruh rakyat Malaysia yg membaca berita tu berkongsi perasaan sama dgn aku.
mostly bloggers yg update pasal adik ni, marahkan tindakan ibunya.
yelah, nak marahkan siapa lagi kan?
aku nak taip entry pun takes time, cuba utk bertenang.
takmo cakap bukan2, menilai org, mengutuk org sesedap rasa.
kerna aku juga punya anak, dan aku sedang mengandung.
tapi Insyallah, selagi ada akal aku, aku takkan buat anak2 aku mcm si Lola ni buat.
apalah salah dan dosa anak kecil tu pada kita kan?
baru 15thn dan OKU pulak tu.
lainlah klau dah besar, dah diberi pendidikan, diberi kasih sayang, tapi menderhaka pada mak bapak, boleh la nak hukum.
tapi hukum pun ada caranya, bukan main hukum membuta tuli.
kita ada agama, kita ada undang2.

skang ni Amni tengah membesar.
Alhamdulillah, sihat semuanya.
budak2 kan ada fasa dia.
ada hari dia tak nak makan, tak nak tdor siang, nak  main je.
ada hari dia nakal, dia menguji kesabaran aku.
sabar and istigfar je banyak2 bila dia buat perangai.
tapi, the most thing yg aku akan pastikan is, dia tak lapar.
kemana pun aku pegi, klau bawak dia, aku akan make sure dia tak lapar.
kena bagi dia makan dlu apa pun.
supaya dia tak meragam bila lapar, then buat perangai and mak pun nak menaga bila anak mengamok.
marah2, padahal anak lapar.
susah hati bila dia makan sikit, taknak makan nasi yg dah jadi ruji and nak makan roti je.
mak2 lain pun sama mcm aku kut?
susah hati tak tentu pasal bila anak buat perangai taknak makan, and mak sibok nak suap anak makan.
padahal anak ok je, minum susu berbotol2 and elok je mainnya kannnn?
baru sehari ye dok, kita dah risau..
siap sms laki bgtau anak taknak makan..
kan?
pastu anak main banyak, berpeluh, busuk masam, mandi and sabun banyak2, taruk bedak banyak2 bagi wangi2, pakai baju cantik2 walau duk umah je
ini tak terbayang dek akal, tak bagi anak makan, sampai kurus kering, baju tak bertukar sampai reput baju, kusut masai tak mandi, begelumang dgn najis..
Allahuakbar..
takleh bayang dlm kepala otak aku apa yg ada dlm fikiran si emak.
anak OKU bukan alasan utk kita biar.
anak syurga tu..
besar pahala klau kita jaga dia elok2.
dia tetap amanah Allah utk kita.
Insyallah, kalau kita jaga dia dgn baik, walau sesusah mana pun kita, kalau niat kita baik, utk si anak, takkan terputus rezeki dariNya.
setiap anak yg lahir, dah ditetapkan rezkinya.
walau tak mewah, cukup makan pakainya.

aku salute habis dgn mak2 yg punya anak OKU, yg tabah menjaga.
bukan mudah dan bukan semua org mampu.
aku sendri pun tak tau aku mampu ke tidak utk lalui semua tu.

sama2 kita berdoa moga adik Muhammad Firdaus makin sihat dan mendapat perlindungan sebaiknya.
Tuhan sayangkan dia, walau terbiar, kurus kering mcm tu, umornya masih panjang.
moga dia kembali sihat lepas ni.
doa aku, moga si ibu sedar akan apa yg dia buat.
anak itu suatu hari nnt akan mendoakan kita bila kita dah tiada.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...