Search This Blog

Loading...

Thursday, July 31, 2014

Aidilfitri 2014

Apa macam raya kali ni?
ada seronot kaaaa?

aku tak cuti awal pun.
takda menda nak buat, sabtu ahad pun dah cuti kan?
senin baru raya, so sempat lagi nak buat persiapan, nak kemas2 umah ke apa.
cuti lepas raya sehari je, on 3rd raya.
khamis jumaat keja.
kazen aku yg balik kg, mostly cuti seminggu.
ganas depa ni..
jarang2 balik kg, sesekali cuti panjang.
iolls takpa, mmg duk kg dah, toksah cuti lama2 sgt.
ehek ehek..

raya kali lain okeh..
sebab 1st time on Aidilfitri, suami kak yah adaaaaaaaaaaaaaaa..
hahahaha..
4 thn kawin, baru sekali ja dia cuti raya pertama.
thn 2011, sebab aku beranakkan Amni a day before raya puasa kan?
so, otomatik la dia cuti on 1st day raya.
2nd day keja dah.
tapi tak g beraya pun la sebab aku baru  sehari beranak and duk umah je.
pastu duk ulang tgk Amni kat wad.
selalunya, raya haji je dia dpt cuti on 1st raya.
tak sama kan, raya haji ngan raya puasa.
thn ni kak yah gosok dia lebih sket, dapatlah cuti 1st raya.
lagipun dia dah ada staf, so boleh la gilir.
hari ahad pun dia cuti, sampai senin.
kemain dia kemas umah, basuh tingkap bagai.
feel nak raya katanya..
selasa dah keja balik dah..
jadi tak tau nak buat apa sebab suami ada di hari raya pertama.. haahaha..
ramai gak sedara aku yg terkejut, sebab slalu dia tak da kan?
duk kena perli je memasing, but no hal lahh..


tema kami thn ni purple!
ni jelah gambar raya yg adoo..
dah la bukan senang suami nak ada di hari raya, gambar raya tak ambik pulokkk.
haishhhhhh..
takpe, esok lusa nak g ambik gambar kat studio..
err, aku pakai baju ni, diorg kata tak nampak sgt perut walaupun dah 7 bulan++.
padahal aku sengkak tak ingat hari tu..
makan banyak oih..


cik kuntum di pagi raya..
jenuh la nak ikut mood dia sebab nak dia pakai baju ni.
baju ni aku kirim ke kak ipar aku masa dia g vietnam sebelum puasa hari tu.
dia meniaga baju kat The Curve bulan puasa hari tu.
masyukkkk katanya.
pesan ke dia, pastu dia bagi terus kat Amni.
baju raya katanya.. tenkiuu maklong.
dia beli kaler pepel, so, kami pun ikut jelah baju Amni, semua pepel.
dari beli, sampai sudah tak nak try.
dia pelik kut tgk manik2 liplapliplap tu.
seb baik pagi raya dia mau pakai.
tu punnnnnnnnnnnnnnnn sebab dia tgk papa pakai baju melayu.
and duk layan channel ceria, ada upin ipin raya.
siap cakap nak raya ngan upin ipin, ngan kak ros ngan opah bagai.
so mama kata kena pakai baju ni nak p raya.
and dia pakai elok je
phewwwww, selamat.

pas papa balik smayang raya, lepak umah wan dulu.
mama masak nasi, ayam ros, kurma daging dgn hati lembu masak apa ntah.
sodappppppppp dap dap..
makan2, lepak2 beraya dulu.
Amni dgn Hana, masya Allah, penat nak bertempik.
main, lari sana sini, peluh tak ingat.
main gaduh, main gaduh.
lantak hampa lah.
tghr sedara mara ayah dtg.
sembang2, makan2, beraya mcm biasa.
pastu gerak g umah kawan papa jap.
makan laksa uolls.. sodapppppppp.
pkul 2++, gerak blk umah mak pak aku pulak.
semua sedara mara, kazen dah berhimpun sana.
dlu masa arwah tok chaq and tok bah ada, semua g berhimpun sana pas smayang raya.
now, diorg dah takda, berhimpun kat umah yg paling tua pulak.
mula2 umah wa, pastu umah abah aku pulak.
penuh umah, riuh rendah sebab masing2 nak bercakap.
hahahahaa..
gambar thn ni tak ado!
hadoih laaaa.
memasing duk tunggu teduh sket nak bergambar.
sudahnya, nak gerak pkul 4.30 ptg tu, duk panas terik lagi.
smua tak sanggup nak bergambar kat depan.
slalu, tiap2 kali dtg beraya, pakat duk pose kat depan umah aku tu.
ada pokok, ada sungai, so cun nak posing.
ada la gambar candid sket2, tapi yg proper takda.
panas sungguh hari tu.
aku duk sabar jelah tunggu nak tukar baju.
peluh tak ingat.
lepas smua balik, zass tukar pakai tshirt ngan kain batik je.
legaaaaaaaaaaaaa rasa.

mlm, pas maghrib gerak blk umah aku.
sebab ada makan2 kat umah sedara ayah kat Paya.


Amni pakai baju kembang2 maklong eija kasik lagi..
haishhh la maklong ni..
2nd trip g vietnam tambah baju sebab stok habis.
ada je dia belikan utk mek ni.
lawa, ngam2 je ngan Amni.
pakai g open house, dah tercabut reben tu.
bergedik bnyk sgt.
mama je duk makan, dia duk main.. hehehe
blk tu singgah umah maknjang aku pulak.
sebelum tu dah kena bihun sup, steamboat bagai, pastu spagheti pulak.
ptg tu kat umah mak aku, bihun sup siam dah.
mlm tu, nak tdor pun tak boleh.
siap muntah lagi.. 
sian adik baby.. huhu..

2nd raya, suami keja.
kenkonon aku ni nak g beraya lah ngan Amni.
skali, baring dari pagi sampai petang.
ambik kauuuu..
letih semacam, cant describe..
bgn pagi, mandi, break1st ngan Amni, pastu baring je depan tv.
tghr masuk bilik, tdor sampai petang.
pkul 4 baru bgn smayang, and carik makan.
Amni pun kena paksa tdor.
masa aku duk baring depan tv tu, koser dah nak layan dia.
buatlah apa ko nak buat nak oii..


nilah jadinya..
2nd raya niiiiii..
sabaq jelah aku tgk.
pagi2 nak makan kek, nak tiup lilin bagai.
kek tu aku bakar hari ahad, saja buat dah takda apa kat umah.
pas bg dia mkn kek, layan nyanyi hepi besday to u bagai, aku g baring.
senyap2 dia buka peti ais, ambik coklat, makan sendri!
comot habis....
takpelah takpelah.. mama redho jelahhh..
pastu dia main sensorang..
papa dia balik pun terkejut tgk kemain sukahati dia punggah mainan..
tulah keja anak awak..
seb baik takda org nak dtg beraya.
klau tak, mau rebah aku nak kemas..

petang tu, apak mentua kol ajak g beraya.
rasa mcm kuat sikit, jomlah kita pegi.
ambik angin luar sket, dah seharian duk baring.

baju raya Amni yg seterusnya.
bnyk lagi baju  tak pakai sebab tak g memana..
sian dia.. nak buek camno, mama tak sihat.

mlm tu, pegi umah bapak sedara ayah kat Paya, ada open house lagi.
siap kambing golek lagi.
gagahkah diri pegi jugak sebab ingat time ni je nak jumpa sedara mara sebelah ayah@suami.
diorg tak duk sini, raya je balik Perlis.
makan2, sembang2 sat, pkul 10, gerak balik.
tak daya dah..

raya ke 3, duk umah jugak.
tak g memana sebab Amni pulak duk batuk2.
main bnyk sgt kut, dengan cuaca panas lahai..
mlm, blik umah mak aku, tdor sana.
sebab khamis jumaat mama keja, Amni kena tinggal dgn tok umi.
papa keja sampai mlm sebab ujung bulan.

pastu, memasing keja mcm biasa.
tu jelah cerita raya kami yg hambar..
huahuahua..
apa nak buat, keadaan aku tak mengizinkan nak beraya sakan.
kazen2 aku merata pegi, siap g langkawi.
mak ngan adik siap2 pegi berkelah kat gunung jerai.
pegilah.. kak yah tak daya..
sobs sobs sobs!!
Insyallah, sabtu ahad ni sambung beraya sket lagi.
g umah sedara sket2 yg dah laa tak pegi.
harap2 aku sihat dan kuat.
banyak nak makan niiiiiiiiiiiiiii..

4 comments:

  1. selamat hari raya... lawa baju raya cik kuntum... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya aty.. haaa, nasib baik dia mau pakai. dari mula beli sampai sudah tak nak try. tawakal jelahhhh

      Delete
  2. baju raya cik kuntum tu cantik..gambar yg last tu..alahai..cute je..nk beraya katakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh kirim baju tu, from vietnam nu.. heheh.. gambar last tu dia tgh duk berleter apa ntah. nak g beraya, syok la tu..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...