Search This Blog

Loading...

Monday, July 14, 2014

Day 10 Ramadhan | Resipi Singgang Ikan

tekak terasa rasa nak makan singgang.
aku suuuuuuuuuuuuuuuuuuuka singgang.
nasi, kuah banyak2, masuk kicap kipas udang yg merah tu, makan dgn ikan goreng, cicah dgn sambal belacan.
bertambah2 nasi okessss..


menu hari ke 10 berpuasa.
klau datag mood rajin, plus tekak mengada2, bolehla masak dengan jayanya.
klau malas, apa pun tak bule.
balik keja, laju2 masuk dapur nak masak.
bahan2 dah ada, tak renyah sangat kan?
pkul 7, smua dah ready tinggal nak goreng ikan.
klau nak goreng ikan or ayam aku buat last skali.
kang nak berbuka, panas2 lagi baru sedap nak makan.
sesambil tgk Indah Halina, bila iklan, lari g dapur goreng ikan.
tau2, ikan dah hangussssssssssssss.. hahahaha..


singgang ikan kegemaran..
dek kerna singgang ni, sampai ke sahur makan nasik bertambah laki bini..
hahahahaha..
singgang ikan togel namanya ni.
sebab singgang ikan ni ada ikan semata, takda sayur2 apa pun.
slalu org letak bendi, tapi aku tak minat bendi and takda pun bendi dlm esbok.
lagipun nak makan kuah je ponnnn.. hehehe..
singgang ni mcm2 cara gak org buat.
ni cara aku eh...
boleh cuba, sedap tauuuuuuuuuuuuuuu..
selalu duk buat masak lemak bagai, kali ni kita ubah selera sket, buat sayur air org perlis kata..
mudah je pun..

bahan2:
ikan. tak kisah la ikan apa. kembong  bule, tongkol bule, selayang pun also can. sotong pun bule.
cili merah. ikut nak pedas ke tak. aku guna sebatang je.
bawang merah seulas.
belacan. sikit je.
serai sebatang.
asam keping sekeping.
air, garam+gula
* bahan2 ni utk ikan sekor je, tak banyak mana pun. agak2 la ehh

cara2:
tumbuk belacan, bawang, cili.
masuk dlm periuk.
tambah air, asam keping, serai yg dititik dgn ikan.
pastu jerang atas api.
dah mendidih, perasakan dgn garam gula.
klau nak masuk bendi, blh masukkan skali time ni.
tutup api.

senang kan?
sapsapsoi je masak.
dah la senang, sedap plak tu.
cubalah...


memula nak buat sambal sotong, tapi kang Amni takleh makan pulak.
so, sotong goreng kunyit sudahlah.
bule letak sayur sket.
banyak makcik tu makan hari tu.
kalah org puasa..
dia suka nasi ada banyak kuah, taruk kicap sket.
mmg laju dia makan...


lawan dgn sambal belacan, ikan rebus goreng dgn telur masin.
licin semua yg ada!
hahahaha...
sahur pun mkn yg ni jugak.
ikan rebus tu sedap woooh..
korang kena try. rasa mcm pernah share kat sini.
takpe aku share lagi skali.
ikan, paling sedap ikan selayang.
masuk ikan, asam keping dgn garam. pastu air.
air tu paras2 ikan je, jgn banyak.
dah mendidih, air dah kering, tutup api.
dah sejuk, goreng pulak ikan tu.
goreng mcm biasa, garing2 sket.
sedap dap dap, sebab asam keping dgn garam tu meresap masuk dlm isi ikan.
makan dgn pulut+kelapa pun sodapp.
haishhh, meleleh ailio bila teringat ni.. hahahaha..



kuih muih wajib ada masa nak berbuka.
klau tak rasa tak lengkap.
yg dlm pinggan, semua aku beli je.
kat Perlis ni boleh dapat lagi kuih 4 biji singgit.
ada tempat 3 biji singgit.
dlm mangkuk tu pak mentua kasik.
diorg panggil jongkong.
alah, mcm tepung bungkus, tapi isi dlm pisang.
sedap, manis2 rasa.
dlm tipuware, bubur lambuk dari opis.
mkn nasi bnyk, kuih pun bnyk, tak sempat rasa pun bubur lambuk tu.
sudahnya ke tong sampah dgn bekas skali..
dah membazior..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...