Search This Blog

Loading...

Wednesday, July 23, 2014

Day 16 Ramadhan | Tomyan seafood + telur dadar

otw balik keja, hari2 mesti pikir nak masak apa hari ni utk berbuka..
kadang tepu otak nak pikir.
bawak kreta pun tergagau2 sebab duk pikir menu.
bengong btoi...
tapi smua mak2 mcm tu kan?
hahahaha..
mengaku jelah..
tanya laki, langsung tak membantu.
bila tanya nak masak pe hari ni berbuka, jawabnya, masak la apa2, tak kisah.
bila kita masak, tak kena selera dia, muncunggggggggggggggg je.
cemuihhh..
tapi jarang sgt la dia nak muncung2..
berani muncung2, kang bini boikot tak masak baru tauuu..
laki aku benornya senang je makannya, janji ada ayam or daging.
tapi aku la cemuih klau hari2 asyik makan ayam kan?
kena tukar2 la jugak ye dok?
hari tu terpikir nak buat tomyam sebab dah lama kut tak buat.
kita buat tomyam seafood sebab ada udang ngan sotong dlm esbok.
memula laki taknak sebab nnt pedas katanya.
amboi, manja angattttttttt..
so, kita kurang pedas sket utk mu suami terchentaaa..


tomyam seafood versi kak yah.
ada sotong and udang.
tapi aku taruk sket ayam, utk lakiiiiiiiiiiii.. eheh
sayur yg ada hari tu cuma carrot ngan tomato.
jadikla dari takda.
bawang holland takda, pakai bawang besar je..
pun boleh.

bahan2:
binatang yg nak digunakan : udang, sotong, ayam dll
pes tomyam
sayur2 : carrot, tomato, bawang holland, dll.
bawang putih
lengkuas
serai
daun limau purut
cili merah
air
garam
gula

cara2:
bawang putih aku guna dlm 5 ulas.
serai 2 batang
lengkuas besar ibu jari.
cili 2 batang je
semua tu ketuk je.
masukkan segala binatang yg ada, serai, lengkuas,cili, bawang putih and sayur yg keras.
tomato ngan bawang jgn masuk lagi.
masuk air ngan pes tomyam
agak la sukatan pes tomyam tu ikut jenis yg korang guna.
nak pedas ke tak.
pastu jerang api sederhana.
agak mendidih, masuk garam gula, tomato and bawang serta daun limau purut.
dah masak tutup api.
senang kan?
menu sihat sebab rebus je..
aku agak2 je rasa ni, puasa kan mana bule rasa.
dah azan, tak cedok lagi..
rasa dlu, haaa ok, baru masuk dlm mangkuk.
kut terpedas ke tawar ke apa ke..
bila puasa ni, masak tu tawakal jelah..
alhamdulillah, menjadi je walau takleh rasa.
masak campak2 laki aku kata..


lawan dgn tomyam, haruslah telur dadar dan sambal belacan.
memula angkat, kembang semangkok telur ni.
pastu srettttttttttt, kuncup.
apa2 jelah, janji sodapppp.
bertambah2 nasi laki bini makan hari tu.
Amni ratah telur dadar je, feberet dia.


kuih dari param.
laki g beli pkul 7 dah, ni je yg ada.
bolehla dari takda sebab bini nak muncung2 dah sebab takda kuih.
tepung pelita tu, 1 Amni dah rodok.
nak makan sendri, sudahnya rosak gitu je kuih tu.
sabau jelahhh..


air spesel sket hari tu.
sirap bandung cincau..
sedapppppppppppppppppppppppppppppppppppnya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...