Search This Blog

Loading...

Thursday, July 24, 2014

Day 17 Ramadhan | Nasi ayam

day 17, cuti nuzul al-quran.
suami ada kat umah.
pastu memasing duk kemas2 umah, dah letih kan?
tanya suami nak makan apa..
isteri nak masak ikut selera suami.
sebab suami tolong kemas umah kannnnnnnnnnnn?
kita bagi ganjaran sket..
ececeh..
suami kata ikut suka, so isteri suggest nasi ayam.
lamaaaaaaaaaaaa kut tak buat.
suami on je..
so, berbuka ngan nasi ayam kita hari tu..


presentation kena mantop.
rasa belakang kira.
hahahah..
puasa kannnn?
lama tak buat nasi ayam, bukan susah pun.
cuma malas je.
mendapat sambutan anak beranak hari tu.
seronok isteri, hilang letih masak bila apa yg dimasak setellll.....

aku masak nasi ayam, simple je pun.
share jugak lah, walau simple tahap budak darjah 3.

memula aku buat sup ayam dulu.
aku pakai bunjut je, buat sup mcm biasa.
bunjut, halia, bawang putih, ayam = rebus.
pastu perasakan dgn garam dan gula sket.
then taruk daun sup ngan daun bawang part batang yg bawah tu.
dah setel sup aku.

ayam klau boleh jgn potong kecik2 sgt.
dah sup masak, toskan ayam.
sebab nnt nak perap utk goreng pulak.
aku buat bnyk jugak ayam sebab nak hantar ke jiran aka mentua.
muahaha...

sup dah sejuk, kita nak masak nasi pulak.
basuh beras, pastu tos.
ada org tumis terus dlm periuk nasik letrik tu.
tapi aku tak berani.
so, aku tumis dlm periuk lain.
tumis pakai butter dlm 3 sudu, campur minyak sket.
tumis bawang merah+bawang putih yg diblend.
masuk skali kulit kayu manis, buah pelaga dgn bunga lawang.
pastu masuk sup ayam tadi.
godak2 bagi serasi dgn bahan tumisan.
pastu tuang masuk dlm periuk nasi tadi.
agak2 sukatan sup tu, klau kurang, tambah lagi kuah sup tu.
pastu on suis, masak la nasik tu.
kena tgk2 jugak nasi tu, gaul2 sket supaya sekata masaknya.

utk ayam, aku perap dgn kicap+madu+sos tiram.
gaul2, masuk peti ais dlu.
dekat nak berbuka baru goreng.
goreng kejap je sebab ayam dah masak kan?
tapi kami suka garing, so goreng lama sket.
agak hitam, tapi sodapp..

utk sos, guna cili merah + bawang putih + garam + gula + cuka + sos cili.
agak2 la kuantiti ikut tahap kepedasan masing.
blend smua tu kecuali sos, pastu masak kejap atas dapur.
masa masak tu baru tambah sos.
dah mendidih, tutup api.

utk kicap, aku pakai kicap kipas udang tu je campur sup sket.
malas dah nak buat sebab tak da sapa nak makan pun kecuali aku sorang.


ada sedikit kerajinan, buat agar2 sirap bandung+lengkong.
manis2, sedap!
Amni makan bnyk sebab lembut je aku buat.
terlembut benornya, lebih air sket, tapi takda sampai lembik.
cuma klau keras sket, lagi sedap.
Amni suka lembik2 mcm ni, so bnyk dia makan.
nasi pun banyak jugak dia makan.
dah mcm dia pulak yg letih puasa and buat keja umah bnyk hari tu..


blanja lagi 1 gambar lauk.
gambar nasi takda pulak.
mentua tanya nasi ayam ke nasi minyak sebab nasi nampak putih je.
muahaha...
selalu nasi ayam kuning kan?
iolls lupa taruk kunyit sket.
tapi tatap sedapppp and wangi nasi kak yah.
heheheh..

sup tu aku taruk bawang goreng, daun sup ngan daun bawang sket.
kentang pun ada.
utk cik kuntum.
itu yg bertambah2 dia makan.
dia suka sup2 ni .

sahur pun makan yg ni.
ayam perap ada lebih 3-4 ketol, cukup la utk laki bini.
siap tapau nasi ayam dgn sup utk Amni g umah pengasuh esok tu.
agar2 pun sama, tapau jugak.
and sampai hari ni ada lagi sket agar2 tu dlm esbok.
makan sejuk2, sodap wohh..


2 comments:

  1. sedap agar2 tu... :) [ngah lapar apa pon sedap] ;p

    ReplyDelete
  2. @aty_fared : tengok skang ni mmg nampak sedapppppppppppp.. huahuahua

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...