Monday, July 07, 2014

Day 4 Ramadhan

nahhh, entry ramadhan baru nak keluar.
dah seminggu puasa oii.
ini hari ke 4 puasa.
sebab entry ni keluar adalah kerana aku masak!
muahaha..
4 hari puasa baru masak kak yah hampa..
kenapaaa?

jumaat 27 jun aku EL.
sebabnya incik suami muntah2 sejak mlm tu.
sampai ke subuh aku takleh tdor duk dgr dia muntah.
toilet dlm bilik tidor kan, so boleh dengar dengan jelas.
sebabnya dia muntah lagi teruk dari aku yg mengandung nih.
sampai Amni pun terjaga 2, 3 kali tgk apak dia.
dah pkul 8 pagi kut baru dia boleh tdor.
aku pulak yg bengong sebab takleh tdor.
tgk dia teruk mlm tu, subuh2 aku dah sms bos mintak el.
tak sampai hati plak nak tinggal suami sensorang kat umah.. mithali sangatttttttttttttttt..
sampai ke pkul 3 ptg dia tdor hari tu.
ajak g klinik takmo.
tau dah , penakut jarum!
aku masak bubur ngan sup ayam hari tu.
aku ngan Amni pun  makan tu jelah hari tu, malas nak masak yg lain dah.
petang tu Amni tdor, aku g The Store jap cari baju raya Amni.
kang taktau bila nak g dah, nak puasa dah kan?
koser aku nak bersesak time puasa g shopping.
mlm tu, laki aku sambung muntah lagi.
asal makan je muntah.
haishhhhhhh.. rimas oi.
sabtu, pagi2 dia g klinik.
dapat ubat and mc skali.
doc kata ada gaya2 nak jadi gastrik.
yeszaaa.. laki aku mmg jenis tak jaga perut.
kena lak dia tu jenis klau salah makan, angin la perut tu.
skang ni badan dah susut dah, muntah2 mcm tu bertambah susut la.
now, lagi kurus.. bini plak yg ngemok... haiyaaa..
dah takleh sembunyi belakang laki dah...
siang tu ok, mlm tu jadi balik.
ahad, g klinik lagi skali tapi kak ipar aku bawakkan.
ajak g spital, mampoih tak nak.
blk tu, mkn ubat tdor.
aku puasa hari tu, dia haruslah tak.
aku buatkan bubur kosong je bg dia.
mkn 2 mulut, uwekkkkkkkkkkkkkkkkk..
hoih dah lebih teruk dr org mengandung dah.
sabar jelah aku layan.
adik2 aku datang ptg tu sebab plan asal nak blk berbuka umah mak bapak aku.
sebab nak ambik skali adik aku yg kecik tu.
dia masuk hostel senin pagi.
tapi dek kerna takleh tinggal laki yg duk uwek2 tu, adik aku, fizah dtg hantar afiqah (adik bongsu).
so, mlm tu berbuka kat umah aku la.
1st day puasa, tak masak apa pun, lauk mak dah kirim siap.
adik2 aku g param beli kuih2 je.
mlm tu laki aku duk muntah2 lagi, cuma tak teruk sgt.
aku stress, tdor luar. hahahaha..
sebab dia sejuk, takmo buka aircond, kipas bagai.
tak tahan oih..
senin aku g keja. dia dah kuat sket dah, boleh tinggal sorang.
pandai2 la bawak diri, umah mak bapak dia sebelah umah je..
ptg tu, dia dah kuat sket.
aku blk keja, g bli lauk kat param je.
aku beli murtabak ngan kuih2. mkn tu je utk berbuka.
tak lalu nak makan nasik.

selasa, aku tak puasa..
cannot tahan pedih perut.
angin kut.
padahal sahur mkn nasi bertambah2 sebab buat ikan bilis kicap+telur.
pkul 2 lepas tadarus kat opis, minum milo ngan biskut.
pkul 4 muntahhhh.. angin la tu.
blk keja, menggeletar 1 badan.
laki lak keja sampai mlm, cover yg bnyk hari mc tu.
pandai2 la bini carik makan.. huwaaaaaaaaaaaaaa..
hari rabu, try puasa balik.
so far, ok pulak..
blk keja, terasa nak masak, nak makan mcm2.
malas nak g param sebab malas nak bersesak dgn org.


menu pertama, kubis panjang masak lemak.
kegemaran suami dan anak dara.
sapsapsoi je nak buat ni.
masuk santan dlm periuk + sayur yg bahagian batang dlu.
aku campur skali carrot.
dah mendidih, tambah perasa sket, garam@kiub ikan bilis tu.
pastu masuk sayur bahagian daun, then pecah telor sebijik.
kadang2 aku letak fishcake or udang.
godak2, tutup api. siap!
aku tak perasan, dah hiris smua sayur, skali tgk santan takda dlm esbox.. huwaaaaaaaaaaaaaaa..
seb baik ada santan kotak dlm pantry sebagai penyelamat, hantam sajalahh..
sedap la jugak.


sambal telur itik.
suami suka sangat nih.
klau dia jumpa telur itik, harus dia beli and menu ni je dia mau.
telur itik ni sedap klau goreng, cuma takleh makan selalu.
bnyk kolestrol katanya...


star of the day is ayam goreng rempah.
yg ni versi pemalas lipas and express.
gaul garam kunyit, pastu tambah rempah daging je.
pastu goreng...
bau dia bule buat nak buka posa jam tu jugak.
sodapppppppppppppp yo!
kegemaran suami kak yah ni..
aik? semua lauk kegemaran suami ehh?
muahahaha... kira ni signature dish aku utk suami la ni..
hahahaha...
klau masak antara lauk2 di atas, memang bertambah2 la makan.
takpe masak lauk kegemaran suami pun, isteri ok je makan.
banyakkkkkkkkkkkkk pahala masak utk suami and utk org berbuka puasa ye dok?



klau dah terlebih rajin kan?
siap ada air tembikai okehhh..
ada tembikai dlm esbox, lupa nak makan.
dari masam camtu je mohle kita buat jus tembikai.
yg ni Amni boleh minum sebab aku buat sendri. tambah gula sket je sebab buah ni dah manis dah.
tapi masa buat ni, jalan pun dah terkengkang2 dah.
dah tak larat sgt dah, duk bilang jam bila la nak cukup waktu, nak azan.
siap masak, hidang, terus duk kat meja tunggu azan.
nasi pun lak tlg cedokkan, bini dah tak larat nak gerak.

puas hati berbuka hari tu sebab masak sendri.
aku tak reti beli lauk kat param kecuali ayam golek@bakar je.
lauk pauk lain tak reti beli sebab tgk mcm tak sedap.
rasa mcm tak berbaloi beli, padahal boleh je nak buat sendri.
klau nak beli pun, yg susah nak masak je.
hahaha..
takat ayam masak kicap, sayur lemak, buat sendri lahhhhhhhhhhhhh.

sahur mlm tu, panaskan lauk2 ni jelah.
day 5, aku tak puasa.
sebab, pagi2 dah muntah.
pfffffffffffffffffff...
dah gitu, bawak bekal siap2 g opis.
masa rehat tghr, siap panas nasi dlm microwave.. muahaha..
tapi ptg tu, muntah lagi. tskkk...
pas berbuka, muntah lagi.
dah 2 hari tinggal puasa.
ingatkan boleh puasa penuh thn ni...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...