Search This Blog

Loading...

Thursday, July 24, 2014

Persiapan raya

tak lama dah nak raya..
3 hari je lagi klau ikut kalendar.
tgk anak bulan ahad ni.
nampak, raya senin.. tak nampak, raya selasa.
selalunya nampak lah kan?

tak sabar nak rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.
hehe..
nak makan ketupat, lemang, kuih raya banyak2.
nak naikkan berat yg turun hari tu.
muahahah..
kuih raya dah beli sket2.
mana yg aku terasa nak makan.
beli kerepek2 sket, utk umah sendri, umah mak, umah mentua, umah pengasuh.
tiap2 kali raya, camnilah aku.
ada rezki lebih sket, belilah utk diorg.
sket2 jelah pun..

persiapan raya lain, kelautt.
yg setel awal, cik kuntum tu jelah.
utk dia, sebelum puasa dah setel.
sebabnya aku tak kuasa dah nak keluar, bersesak dgn org, nak membeli utk dia.
klau keluar, jumpa yg berkenan, aku beli jelah.
sesapa yg dah ada anak ni, selalunya dahulukan keperluan anak lah kan?

utk dia thn ni ada 2 pasang baju kurung.
1 maklong eija dia kasik.
made in vietnam lagi.
lawaaa, baju kurung pahang, siap manik2 lagi.
tapi, dia takmo pakai.
hadoilahh..
jauh maklong awak beli tu meni oii.
dia tgk manik2 tu dia takmo pulak.
harap2 hari raya nnt dia nak pakai la.

bgn tdor, blm mandi, serabai, nak try baju raya.
dah pandai pakai sendri kan?
kaler apa? sepraiseeee.
aku yg pilih benornya...
tok umi kasik duit, beli baju raya kat cucu.
kiranya thn ni aku tak belikan pun baju kurung utk dia.
sepppp.. hehe.

ni yg lagi sepasang, tok umi buat sama dgn kaklong amierah.
yg ni hari2 nak pakai.
sabau jelahhhhhhhhhhhh..
sebab bunga2, comel je baju tu.
sabar, tunggu raya ehh.
baju kasual, aku beli gaun 2 pasang.
menggedik seronok tgk baju kembang2..
suh try, lajuuu je nak try.
siap pusing2 pose depan cermin bajet pwincess.
apa2 jelah anak.
pastu seluar jeans 2 helai and tshirt 3 helai.
kebetulan seluar dia dah takda yg baru and jeans yg ada dah senteng.
cepat pulak awak tinggi, dlu ketot je.
kasut ada 2 pasang, 1 beli kat bata.
kebetulan lalu ada sale, pastu cun pulak sebab mcm sport shoes tu.
dia dah lama takda sport shoes, so belikan jelah.



blk umah aku sembunyi sebab asyik nak pakai.
klau tak, nilah keja dia..
baru2 ni jumpa pulak ke dia, beriya duk pakai jln dlm umah.
pastu beli selipar biasa sepasang.
raya nnt takda maknanya nak pakai kasut ni, haruslah nak sarung selipar je.
buat susah nak buka, nak pakai nnt.
yg tu pun kena sembunyi.
klau tak, asyik nak pakai.
budak suka bergaya skang ni, nak pakai yg baru ja.
jenuh nak layan.

utk mak bapak, takda beriya mana.
aku beli 1 jubah online kat Nile.com
skali sampai, besau nauu..
jenis princess cut tu, dah 1 hal kena edjas pulak.
minta mak aku potong sket, dah kembang2 ngalahkan Amni pulak.
tak minat aku, rasa bersepah je bila jln, kembang over sgt.
so, kena potong sket.
harap mak aku dah potong dah.
klau tak, kak yah takda baju raya nnt.
2 bulan lepas ada aku beli kain, minta mak aku buatkan jubah selai.
tapi blk berbuka puasa jumaat lepas, tak siap lagi la.
agagaga...
mak aku baru potong je, ntah sempat siap ke idok.
aku dah beli lace dah nak pasang kat jubah tu sebab kosong je.
harap2 sempat la mak aku jahitkan.
pastu beli tudung selai, shawl selai.
blouse ada selai, beli kat Nile.com jugak, tapi tak best.
tu je, takda baju baru lain dah.
tak kuasa nak pikir.
nak beli maternity dress, mcm malas nak g mencari.
aku tak minat sgt pakai jenis dress tu.
klau maternity blouse ok, pakai dgn kain or seluar.
dah memboyot ni tak kuasa nak shopping raya beriya.
pakai jelah mana ada.
ada selai jubah yg baru pakai 2 kali, pastu muat lagi.
pakai jelah yg tu nnt.
bukan nak pegi mana pun raya ni.
laki iolls cuti kejap je kut sebab lepas raya ujung bulan dah kan?
haruslah dia kena keja..
redhooo..
utk suami, benornya belom beli baju melayu lagi.
dia tu mana kisah smua ni, aku yg kena pikirkan.
nak keluar mlm2, memasing malas.
thn ni nak carik baju ready made je, pastu dia nak warna bebas pulak.
amboihh..
memula nak setuju, tapi now tak setuju dah sebab baju mama ngan Amni dah sedondon dah.
papa pun kena beli sama kaler jugak.
tapi taktau lah, hujung2 baru nak g carik, silap2 takda saiz.
tengok lah cemana nnt.

rumah, dh kemas sket2.
aku bukannya nak ada kat umah sgt klau raya.
baik la aku lepak umah mak aku.
pagi raya duk umah mentua dlu, ptg kang aku lambung blk umah mak aku.
2nd day raya jln2 belah family aku pulak.
aku ambik cuti sehari je raya ni, rabu tu je.
khamis jumaat keja.
sebab senin depan ada appointment dgn gynea, cuti lagi.
so, raya cuti kejap jelah.
nak cuti lama pun, khamis jumaat laki keja.
takda maknanya..
plus, keja pun membanyak kat opis.
ala kadar sudahhh..
thn ni sebab pregnant kut, mood raya tu kurang.
sebab aku tak larat sgt.
dah mcm siput dah berjln pun.
taktau lah kuat ke tak nak g beraya umah sedara nnt.


persiapan raya korang cemana?
meriah tak?


2 comments:

  1. Sama la kita princess cut. mmg kembang giloss lah, hehe.
    saya buat sendiri ikut lebar bidang kain je, takat 45inci..

    tampal border lace jugakkkkkkk...
    warna pe tu kak yah, satni sama plak kita, hahaha..

    nak pi raya umh kak yah la, thn ni blk kedah, ngeh ngeh..

    ReplyDelete
  2. @nabila : kaler rahsiaaaaa.. hahahaha..
    meh la, nak datang ke. umah mak kita kat kodiang. umah saya kat kgr..
    pm mai no phone kat azziahnawawi@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...