Monday, August 25, 2014

Beg dah packing!!

ok, beg dah packing!!
both beg, for mama and baby.
eheh..
last week terpikir, so jomlah kita packing sesiap.
dah masuk 8 bulan kan?
sediakan payung sebelum hujan..
muehehe..


hijau = beg baby
belang2 = beg mama

beg hijau tu beg Amni.
kawan aku hadiahkan dlu.
kondisi masih elok sebab guna masa dia kecik2 je.
dah besar, banyak pulak nak isi, guna beg besar sket.
yg ni klau pegi balik hari, sokay sebab size just nice je.
so, utk adik baby, muatlah nak isi keperluan masa mama nak beranak nnt.
beg belang2 tu, aku beli masa pregnantkan arwah Muhammad Aqil dulu.
memang nak buat beg isi barang masa check in nak beranak nnt.
tapi tak sempat guna pun.
lama dah jangka hayat beg tu.
beli murah je pon, elok sampai skang.
masa beranakkan Amni, beg nilah jugak yg aku guna.
kali ni pun beg ni jugak.
nak g memana pun, beg ni jugak yg aku capai.
sebab saiz dia, besar tak besar, kecik tak kecik.
packing utk 2 hari, just nice.

meh nak share apa ada dlm beg mama.
tapi gambar takda.
listing je..

baju tshirt lengan panjang 2 helai & lengan pendek sehelai.
yg ni terpulanglah nak bawak banyak mana, rasanya 3 helai dah lebih dari cukup. lagipun duk spital kena pakai gaun diorg, baju sendri pakai masa balik je pun.

sweater sehelai.
spare kut sejuk ke apa. slalunya pakailah, baru nampak mcm duk dlm pantang kan? heheh

kain batik 3 helai.
pun bnyk aku rasa, tapi lebih takpe. buatnya bocor, haaaaaaaaaaa, camno nak salin? pakai pun masa nak discharge ward je. duk spital pakai complete set gaun diorg. bocor ke apa no hal sebab spital punya.

nursing bra.
takat la ni aku baru beli sehelai. ujung bulan  ni nak beli sehelai 2 lagi. aku beli brand Avon je. selesa je aku pakai. dlu pernah beli online, brand apa ntah, tak best sgt pakai. lagipun aku mmg pengguna tegar bra brand Avon. selesa and tak mahal sgt. utk nursing bra, harga ahli dlm rm25++ kut. tak ingat. klau yg online, tak dapek laaaaaaaa.. rm40 pun ada sehelai. koser nak beli mahal2. pastu tak best sgt pakai. maybe org badan besar mcm aku kut. ntah, selera masing.



disposable underware.
haaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. yg ni penting. baru beranak, darah nifas adaah banyak! beranak mula dlu tak pandai and tak sempat carik ilmu. beranak 2nd, dah bijak sket. beranak 3rd dah bijak banyak. muahaha.. pakai je underware pakai buang. agak bocor, buang jelah. tak membazir mana pun sebab tak mahal sgt pun. 5 helai baru dlm rm7++. tengok kualiti. mostly harga bawah rm10 je yg aku beli. nama pun pakai buang, beli yg 5 helai rm5 pun ok je. klau rajin nak membasuh, boleh je nak pakai underware biasa yg pakai hari2 tu. tapi masa duk spital, better pakai yg disposable. mudah keja.

pads.
beli pad utk org beranak yeh? mcm2 brand ada, pureen, kotex. jgn pakai pad biasa eh?. kurang sesuai. sebab keras and ada gel tu. better pakai utk beranak punya. kapas and lembut jeeeeeeeeeee.. aku beli 2 pek, 40 keping. nnt agak dlm 2 minggu pas beranak, darah dah kurang, baru beli pad yg biasa.

toilettries.
yg ni depends lah. aku bawak berus gg, ubat gg, shower gel, sikat rambut, pencuci muka, dedorant. tu je. bawak smua yg travel set je. klau takda masalah, maybe duk wad dlm semlm je. pastu lepas beranak jgn gatai2 nak mandi pulak ehh. kang sejuk, dah 1 hal. nak2 klau pagi. so, maybe shower gel tu tak guna pun. unless klau ko nak mandi sebelum beranak tu la. aku pas beranak dlu, blk mandi kat umah je. mak aku ulang2 pesan, jgn mandi pas beranak. baeklah!!

stokin.
penting, sepasang cukup dah.

minyak angin.
bawaklah. klau kena overnight kat spital, mlm tu boleh pakai. kang sejuk ke apa ke kan?

towel kecik and towel besar.
bawak jugak towel kut nak  mandi sebelum beranak kan? nak basuh muka ke apa, nak lap2 nanti takda la menggagau cari towel.

tudung.
haaa, aku siap beli tudung soft awning. utk pakai masa duk spital nnt. senang klau terpenyek ke apa, tak risau awning patah. hahaha.. duk spital, nak beranak pulak tau, ko taulah dia punya selekeh tu mcm mana. time tu tak pikir dah tudung elok ke, senget ke apa ke. tau2 eh, awning patah pulak. sayang woh klau tu tudung feberet. so, iolls beli yg soft awning je. nak pakai pun senang. tak yah nak berswhal bagai lah yeee..

benda2 lain tu like beg plastik kosong, kena spare jugak. nak isi apa2 kan? bawak la 2,3 helai.
tisu utk kegunaan mak. takyah nak harap kat spital je, better bwk sendri.
selipar.
surah yassin@quran kecik. bule buat baca sebelum beranak klau admit awal.
air zamzam. aku tak pernah buat pun air selusuh. dah 2 kali, alhamdulillah, cepat je keluarnya. harap kali ni pun sama. takmo sakit lama2, ngerii!

apa lagi eh?



ok, next is beg adik baby.
masa packing beg adik baby, kakak meni tu sebokkkkkkkkkk la sama.
duk tanya, adik baby nak p jalan ke mama?
hahahaha..
pastu sebok nak packing beg dia pulak. sabor jelahhh..
jom cekidout apa ada dlm beg adik baby..

baju long sleeve 2 pasang + short sleeve 2 pasang.
cukup la kut. klau takda apa2, selalunya sehari semlm je checkin spital. klau kena tahan sebab jaundis ke apa ke, bukan leh pakai baju pun. pakai diapers je.. harap2 kali ni, baby bule balik dgn mama. Amin!

mitten, botties, cap.
aku bawak 2 pasang je.

barut 2 pasang.
selimut sehelai.
towel sehelai.
kain napkin sehelai.
wet tissue
tisu
diapers, 10 keping camtu. tak cukup takpe, rumah dekat jew.
bantal kecik 1.
minyak telon.
toilettries. depends apa nak bawak. aku bawak bedak je sebab selalunya baby tak mandi pun masa kat spital tu.

tu jelah kut.
bawak yg perlu jelah, tak payah sampai nak usung baju sebakul pun.
tilam bantal, banyak2 tu perlu pun.
but depends lah, ikut org.
pengalaman aku, ini je yg perlu nnt.
kalau ada apa2 yg teringat pasni, boleh tambah2.
aku tak risau sgt sebab rumah aku dgn spital dlm 3km jeeee..
klau dr umah aku, dlm 20km++.
dari opis pun sama, 20km.
then nak ke spital, mmg lalu umah aku, so no worries.
heheheh..
takda apa2, gegas laki suh blk ambik.
beg pun aku tak masuk dlm kreta, letak kat umah je. klau nak pegi spital, lalu umah jugak.
tak jauh.

oh, another thing, buku merah and ic.
tu paling penting ehhh...
klau keja goverment, kena ada gl.
but aku tak perlu yg tu sebab now dah online.
senang keja..

utk part makanan, tu later2 la.
umah dekat, so tak risau sgt.
laki ada, kita gegas dia nnt ehh..

harap2 smuanya dipermudahkan nanti..
amin!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...