Friday, August 29, 2014

Cik kuntum turn 3!

entry ni khas utk cik kuntum ucuk acin mama..
sempena awak 3 tahun hari ni.
dah 3 tahun, dah big gurl dah.
dlu awak kecikkkkkkkkkk je.
skang ni besau dah..

ni gambar sehari sebelum puasa.
nak keluar g padang besar, papa mc, jom kita g jln..
haha..

kenit ni klau cakap nak g jalan, hoih dia punya seronok tuuuuuuuuuuu..
padahal kadang2 nak g isi minyak keta ja pun.
budak2 kan, syok nak keluar, naik kreta..
lagipun kami jarang la bawak dia g memana, vacation ke jln2 ujung minggu ke.
sebab cuti mama papa tak sama.
nak g memana, salah sorang kena berkorban cuti.
takda hal tu payah la nak keluar.
both suka duk umah kekdahnya..
kononnya lah..
thn ni tak kemana2 sebab mama tak larat.
eh ada, awal thn tu ke penang.
tapi kejap jelah.
skang ni dia duk sebut nak g penang, nak tgk butterfly.
thn depan jelah nak oi..
skang ni mak tak daya..
thn depan kita jln2 dengan adik baby skali, baru syiokk...


ini masa bulan puasa hari tu.
petang, nak blk umah mak aku, nak berbuka kat sana.
dah siap2, nak keluar, habis diangkut smua anak2 dia.
kena marah ngan aku, tinggal 2 ekor je.
tu pun aku suh tinggal chip tu, bawak babyboy dia je.
apa lagi, drama swasta la.
menangis heret anak2 dia depan pagar.
sambil menangis sambil panggil papa.
tgk gambar yg 1st tu, duk tercebik2 menangis.
hoihhhhhh.. aku duk mengucap je tengok dia punya perangai.
drama memang kuat budak ni.
nak kata layan sinetron takda pun, tapi bab drama hebat plak.
seharian duduk dgn mama ok je.
elok papa balik, ehhhh jam tu jugak ko nak menangis.
hek hek hek, menangis mengada.
memula papa layan, lama2 papa pun cemuih, lantak ko disitu.
hahahaha..
dia nak pay attention la kan?
so, meh drama swasta sket.
kekadang tu kami layan gak la, tapi selalu sgt tak elok jugak.
kang asyik drama je, jadi bad habit plak.
now dah kurang sket drama tu, ada sket2 je.
so, layan jelah.
peel nak bule adik papa dia kata.


ni kes beli kasut baru.
dah lama takda sport shoes@kasut bertutup, skali dapat ciwi habis.
asyik la nak pakai klau duk umah.
aku tak larat sembunyi dah.
jumpa ke dia, haaaaaaaaa, berkawad penuh umah.
seronok sungguh nak pakai kasut raya.
dah pandai pakai stokin kasut sendri plak skang ni.
risau apa, kang rosak pulak pelekat tu, apa pun tak boleh.


dengan babyboy ni memang takleh kata apa dah.
berkepit jelah 24/7 okeh.
takleh tinggal langsung even g supermarket pun bawak.
tensi aku  nak ikut peel dia.
tak kasik, menangis beria, drama la apa lagi.
klau tinggal kang baby nangis duk sorang.
ok bawak.
dah nak turun kreta g supemarket punnnnnnnnnn nak bawak jugak.
klau tinggal baby dlm kreta nnt dia panas, kesian.
kelek la dlm pasaraya tu.
malu kat orang nak oihhhhhhh..
ni baru bgn tdor, dgn muka tak basuhnya, siap pakai kasut raya, pastu suh mama ambik gambar dgn baby.
layan jelah aku pun.
tak layan kang sentap.


sejak mama dah kasik makan kek masa umo 2thn setengah, dia addict sungguh dgn kek.
makan tak la bnyk sgt, tapi dia suka.
pastu smua kek adalah kek besday.
kek besday org pun kek besday dia.
paling dia suka haruslah kek yg mama buat.
dah pandai request nak kek.
mama kata nnt mama beli.
takmau, nak kek mama buat.
amboihhhhh.. tapi takpe, maknanya awak suka kek mama lah kan?
ehek2... malu mama.. +___+
tu kek yg aku buat masa raya lepas.
bila nak potong nak makan, beriya la nak pasang lilin bagai.
ikut jelah apa dia nak.
pastu beriya nanyi lagu hepy beday to u amni.
bajet besday girl, pastu tepuk tangan, pastu tiup lilin.
pun bolehhhhhh..


baru balik beraya umah sedara belah wan.
duk main2 depan umah sambil berleter.
kenit ni kan suka bercakap.
duk merepek apa ntah aku tak ingat.
seronok sebab dpt g jln2, g beraya.
dapat pakai baju baru, g jln2 haruslah seronok.


peel dgn babyboy dia.
mama duk lipat baju2 adik baby, dia pun sibok sama.
baju dia dlu tu, elok lagi, kita basuh kasik adik baby pulak.
then, nak pakaikan baju utk baby dia.
skang ni, baju2 dia pun dia pakaikan kat baby tu.
besar pun besarlah, janji pakai.
kadang2 aku layan jelah, kadang2 aku marah jugak.
ater, spender mama pun awak pakaikan kat baby, mana mama tak menaga.
haishhhh..


Alhamdulillah, dah 3 tahun usia anak aku nan seorang ni.
Alhamdulillah, membesar dengan sihat walau masa mengandungkan dia, mcm2 hal jugak and beranak dulu alahai keciknya. duk ulang spital je masa dlm pantang.
Alhamdulillah, tuhan permudahkan bnyk urusan berkaitan dia. takda banyak halangan dlm proses tumbesaran dia.
Alhamdulillah, tuhan murahkan rezkinya. dapat beli makan minum dia, dapat beli baju baru, dapat beli mainan utk dia. dan sumbangan2 dari sedara mara, dari kawan2. terima kasih smua!
Alhamdulillah dan terima kasih Allah utk anugerah terindah ini.

membesarkan dan menjaga Amni tak susah.
tak pernah sakit demam yg serius.
syukur sangat!
part anak sakit aku mmg takleh nak hadam.
risau oih.
mujur Amni sihat2 je walau dia kategori premature.
maybe sebab aku over protected dia.
eh tak, tak over sangat pun.
aku over bab pemakanan je, bab lain tak sangat.
Insyallah bila pemakanan dia terjaga, lain2 pun ok.
skang ni pun masih jaga lagi cuma tak la mcm bawah 2 tahun dlu.
dia pun paham apa yg mama kasik dia makan apa yg tak.

dia anak yg mendengar kata.
slow talk, crita dgn dia, what's do and don't.
ulang2, lama2 dia paham.
so far dgn mama, dia ok.
dgn papa je dia ngada sket.
well, papa kan?
mana tau marah anak, smua ikutttttttttt je.
bukan suruh marah tahap dera anak.
tak smua yg anak nak tu kita kena ikut kan?
yg elok utk dia, ok.
yg tak elok, kena bgtau kenapa sebab dan akibatnya.
Amni budak yg cepat belajar, cepat ingat.
maybe sebab dari kecik aku selalu bercakap dgn dia walau dia tak paham apa2 pun.
masa baby tu.
selalu pesan itu ini.
mungkin sebab tu dia cepat bercakap and cepat paham.
now dia dah fasih bercakap, takda pelat2 dah.
ada la sket2 klau ayat yg susah2 tu, biasalah kan.
tapi overall, dah bule buat teman bicara.
dah faham apa dan kenapa.
dia banyak bertanya, kita pun kena jawab then dia ingat.
kadang2 dia bule buat cerita.
yg dah lama lepas, yg dia tiba2 ingat, pun dia bule cerita.
pada kami laki bini, tu hebat la utk budak umor 3 tahun.
bule bercerita mcm2 yg dah lepas, still ingat and bercerita.
1 thing, ingatan dia kuat jugak.
jgn pandai2 janji and tipu dia.
dia boleh la digula2kan lagi, cumanya dia ingat bila kita janji apa2.
then bila dia tuntut, ko tak sampai hati nak kelentong ye dok?
kesimpulannya, membesarkan Amni adalah tidak sukar.
beranak pun senang sgt.
masa menagndung je mak alah sket.
eh tak sket, baaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak! hehehe..
cumanya, dah nama budak kan?
ada lah jugak tantrum dia.
sekali sekala tu mengamuk tak tentu pasal, mengada, menangis.
biasalah tu.
klau kata 3 tahun tak pernah buat hal langsung nampak nau menipunya.
bukannya dia tekleh bercakap ye dok?
sket2 tu, boleh la dikawal lagi.
walau kadang2 mengundang kemarahan mama.
masa below 2 years, aku urut dada jelah.
dia belum paham apa2 kan?
but now, ada part aku marah jugak.
dia dah tau tak boleh tapi nak buat jugak.
memang kena la kan?
hahahah..
tapi idok le aku pukul sampai lebam ke apa..
marah bagi dia tau apa yg dia buat salah.
pukul pun takat pap sket kat kaki ke tangan ke, sket je pun.
pastu dia pulak klau dia mmg tau dia buat salah, pastu kena marah, dia punya menangis tu, tahap kena dera.
sakitttttttttttttttt pulak hati aku.
mcm saja je ko nak menangis kuat2 kan?
bagi wan dengar mama pukul cucu dia.. hahahaha
dia ni klau dia buat salah, kena marah, takut, memang meraung kaw2.
pastu time tu ko duk marah dia suh diam, jgn menangis, tutup mulut.
takda makna nak dengar.
lagi kuat dia meraung.
sajaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat!
dia punya perangai, kena marah, bila dia menangis kena pujuk, kena peluk baru diam.
dah mama peluk, slow talk, baru diam.
pastu tetiba bule cakap elok2 dah ngan mama.
anje angat angattttttttttttttttt.
hoishhhhh.. gewam aku.
aku ni plak kadang2 takleh nak kawal gak, rimas dgr duk menangis meraung ni.
kadang2 saja malas nak slow talk, nak bg dia tau mama marah.
tapi idoknya heran pun.
lagi kuat meraung nak bagi mama stress.
sabar jelah..

skang ni klau mama marah tu mcm tak hairan sgt.
sebab mama slalu marah kut? hahaha
tapi klau papa hepp sket, meraung guling2.
sebab papa jarang marah.
papa ikuttttttttttttttttttttttttt je dia.
aku plak kadang2 sakit hati.
yelah, smua dia ikut apa anak dia nak buat.
laki aku ni jenis anje2 jugak.
kadang2 aku pun konpius mama pak mana anak.
Amni klau dgn papa, memang gedik habis.
dia pun selalu cakap, dengan papa bule, dengan mama tak bule
amboihhhhhhhhhhhhhhhh...
smua org tgk, smua org kata gitu.
dia lagi close dgn papa.
yelah2.. padahal seharian dgn mama kut.
pastu papa, sabtu ahad keja, so masa diorg tak bnyk.
sebab tu kut dia manja ngan papa.
papa pun jarang sgt nak marah dia, cuma bila papa letih dia buat hal, kena la jugak.
papa mmg suka manjakan dia.
takpelah, sebelum Amni ada, mama dah manja2 dah ngan papa.. ehek ehek...
aku ok je bila dia duk layan je kerenah Amni.
cumanya, kadang2 aku geram jugak bila dia ikut sgt.
sampai ada part yg tak patut dia ikut, dia ikut.
grrrrrrrrr.. jgn sampai menjahanamkan anak papa oih.
sebab bila papa takda, dia  mengada dgn mama.
sory la mama nak layan.
tgg papa balik, mama tak koser laaaaa.
pastu bila anak dia mengada, dia pulak stress padahal dia yg ajar kan?



apa pun, tu smua pengalaman membesarkan anak.
seronok sangat, hari2 ada pengalaman baru.
hari2 pegi keja, tak sabar nak balik nak tgk dia, nak main dgn dia nak gomol2 dia.
hari2 rindukan dia, sampai sekarang ni pun.
klau ada pilihan, nak je duk umah jaga anak sendri kan?
paling aku suka, tgk muka dia time tidor.
dlu masa dia baby, banyak gak gambar dia time tidor.
rasa mcm alahai tenangnya jiwa tgk anak tdor.
skang ni nak tdor mama kena ada,
sebab nak bergentel.
thn ni paling seronok bergentel sebab mama mmg tdor awal.
masuk bilik, on arcond, buka lampu tdor, meh la dia baring sebelah mama dgn botol susu siap.
tgn kiri pegang botol, tangan kanan pegang tgn mama.
bukan pegang saja, gosok2, usap2, gentel2, cubit2.
ngan papa tak jln sangat, maybe sebab tgn papa ada bulu roma.
lagipun papa geli.
mama pun geli, tapi tahan jelah.
seronok gak sebab tgn dia kecik, pastu lembut kan?
cumanya bila sampai ke ketiak dia gagau, tu kena la..
geli oihh..
tgh2 mlm, klau dia mengigau, aku hulur je lengan sasa aku ni bg dia pegang senyap la.
gosok2 jap, lena balik.
dah jadi tabiat...


tapi skang ni......
bila dah besar ni, dah jadi gini, taklah berapa tenang sangat nak tgk.
hahahahahaha....
kenit ni, tdor lasak ya ampun!
padahal kecik2 dlu sampau umo 6 bulan tdor berbedung.
klau g tdor umah org or tdor hotel, part ni lah paling aku susah hati.
1 tilam dia pusing, guling sana sini, tungging buyung smua ada.
kadang2 sampai ke bapaknya dia pegi.
tau2 duk dlm kain pelikat papa.
mama ni, tak larat jadi  mangsa sepak terajang dia dah.
sesedap rasa dia nak landing kat mana, kat kaki ke, kat perut ke, kat muka ke, gasakkkkk..
mama jenuh la mlm2 nak alih dia.
dah alih, eh datang balik.
jatuh tilam tu, hmmm, bnyk kali dah.
tau2 tgh mlm duk meraung tergolek dah.
padahal, bantal keliling tilam kut aku letak, punnnnnnnnnnnnnnn, selamba dia langgar je.
mak pak aku pun mengucap je tgk dia tdor.
penah tinggal dlu masa aku g kursus, g bandung ngan vietnam tu.
terus takleh tdor depa mlm 1st dgn Amni.
pastu mak aku serik.. hahahaha..


panjang eh entry ni.
mama buat khas utk Amni sempena Amni 3 tahun hari ini.
nnt bila Amni dah besar, klau blog mama ada lagi, mama harap Amni bule baca.
dan mama nak Amni tau, betapa mama sayangkan Amni.
harta dunia akhirat mama.
and papa also.
walau Amni lagi manja ngan papa, sket2 nak papa, mama tau ada masa Amni tetap nak mama kan?
nak2 waktu tdor la kan? hehe...
doa mama sentiasa ada utk Amni.
mama harap, moga Amni terus membesar dengan sihat, sentiasa dibawah lindunganNya.
kalau umur mama tak panjang, mama nak Amni tau, sayang mama pada Amni tiada penghujungnya.
Amni anugerah tak ternilai utk mama and papa.
 

2 comments:

  1. part nangis mcm kena dera tu sejibik mcm sy..stress bila mhadap situasi mcm tu. seronok. sy bc entri ni..
    moga amni jd anak yg bjaya dunia akhirat..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. mcm2 ragam anak ni. ada part mmg sronok layan, ada part tu istigfar jelah.. hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...